1UP.com merupakan sebuah laman web permainan video milik UGO Entertainment, iaitu sebuah divisyen Hearst Corporation, setelah penyerapan 1UP Network (kecuali Electronic Gaming Monthly) daripada Ziff Davis Media.[1] Rangkaiannya turut merangkumi GameVideos, MyCheats dan GameTab.

1UP.com
Tampilan laman utama 1up.com
Laman utama 1up.com pada 31 Disember, 2008
Maklumat umum
URLhttp://www.1up.com/
JenisLaman web permainan video
Tersedia dalamBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
Ditubuhkan2003 Edit the value on Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikHearst Corporation
PenciptaZiff Davis (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
PengasasZiff Davis
TemaPermainan video Edit the value on Wikidata
KomersialYa
PendaftaranPilihan
Perangkaan
Kedudukan Alexa376,364 (28 November 2017) Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dilancarkan pada tahun 2003, 1UP.com membekalkan artikel-artikel asli, rencana berita, ulasan permainan video dan temu ramah berformat video; laman webnya berkembang dalam rencana EGM dan mempamerkan kandungan bertumpu kepada komputer (sebuah pengembangan daripada terbitan sebelumnya iaitu Games for Windows: The Official Magazine). Berbeza daripada laman web yang lebih lama seperti GameSpot, IGN dan GameSpy, 1UP.com asalnya dibina untuk dijadikan sebuah laman web rangkaian sosial bertumpu kepada komuniti untuk para penggemar permainan video [perlu rujukan].

1UP.com menghos "kisah muka hadapan online" istimewa selama seminggu (contohnya seperti Soulcalibur III, The Legend of Zelda: Twilight Princess dan Virtua Fighter 5) yang saban hari memperkenalkan sebuah kisah mendalam, temu ramah bersama pereka, galeri tampilan permainan video, video permainan, dan/atau video studio permainan video serta para pembangun.

Rujukan sunting

  1. ^ "Ziff Davis Menjual 1UP Kepada UGO/Hearst, Menutup EGM". gamasutra.com. Dicapai pada 6 Januari 2009. Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Pautan luar sunting