Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa sunting

Mengikut tempat sunting

Yunani sunting

  • Alexander dari Macedon menaklukkan Damascus dan selepas pengepungan selama tujuh bulan, memusnahkan Tyre melalui pembunuhan beramai-ramai, serta penjualan wanita-wanita dan kanak-kanak sebagai abdi.
  • Meninggalkan Parmenion di Syria, Alexander mara ke arah selatan tanpa sebarang penentangan sehingga tiba di Gaza. Di Gaza, kemaraan Alexander diberhentikan selama dua bulan oleh penentangan dan beliau mengalami cedera bahu semasa menyerang.
  • Alexander menaklukkan Mesir daripada Parsi. Penduduk-penduduk Mesir mengalu-alukannya sebagai penyelamat, dan Mazaces, satrap Parsi, dengan bijaksananya menyerah kalah. Penaklukan Alexander ke atas Mesir menyiapkan penguasaannya terhadap seluruh pantai timur Mediterranean.
  • Alexander menghabiskan musim sejuk menguruskan pentadbiran Mesir. Beliau menggajikan gabenor-gabenor Mesir dan mengekalkan tenteranya di bawah kuasa pemerintahan Macedon yang berasingan.
  • Alexander mengasaskan kota Alexandria berhampiran dengan cabang barat Sungai Nil di sebuah kawasan antara laut dengan Tasik Mareotis yang dilindungi oleh pulau Pharos. Beliau menggajikan Deinocrates, arkitek Rhodes, untuk menyusun atur kota itu.

Empayar Parsi sunting

  • Raja Darius III dari Parsi dua kali menghantar surat persahabatan kepada Alexander. Di dalam surat keduanya, Darius menawarkan wang tebusan yang banyak untuk pengembalian keluarganya, menyerahkan semua kawasan Empayar Parsi di sebelah barat Sungai Euphrates, serta memperisterikan puterinya sebagai balasan untuk sebuah perikatan. Alexander menolak kedua-dua pucuk surat itu, dan mara menuju Mesopotamia.

Itali sunting

Kelahiran sunting

Kematian sunting