4 World Trade Center

4 World Trade Center ialah sebuah bangunan pejabat sembilan tingkat yang terletak di sudut tenggara tapak itu di Lower Manhattan, Bandar Raya New York. Ia musnah teruk akibat serangan 11 September 2001 dan terpaksa dirobohkan untuk memberikan laluan kepada pembinaan pencakar langit baru, iaitu Four World Trade Center dan Three World Trade Center.

Gambar pandangan 4 WTC dari udara oleh NOAA, selepas serangan pengganas. Sebahagian besar bangunan ini dihancurkan oleh runtuhan 2 WTC. Hanya sebahagian kecil yang masih berdiri. Dalam gambar ini, arah utara terletak di kanan atas sedikit.
4 WTC, sudut kanan bawah.

Antara penyewa utama bangunan ini ialah Deutsche Bank (Tingkat 4, 5, dan 6) dan New York Board of Trade (Tingkat 7, 8, dan 9).

4 World Trade Center merupakan tempat letaknya babak Orange Juice Exchange di akhir filem Trading Places. Di 4 World Trade Center juga letaknya lima agensi pertukaran komoditi di salah satu lantai perdagangan yang terbesar di dunia pada suatu ketika dahulu. Antaranya ialah Bursa Kapas New York di mana diperdagangkannya kontrak sebenar Frozen Concentrated Orange Juice.

Four World Trade Center dan Three World Trade Center yang baru akan didirikan di tapak bekas 4 World Trade Center.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Koordinat: 40°42′38″N 74°00′45″W / 40.7105°N 74.0125°W / 40.7105; -74.0125

Templat:World Trade Center


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.