A. Samad Said

penulis dan sasterawan Malaysia

Dato' Seri (Dr) Abdul Samad Mohamed Said (lahir 9 April 1935)[1][2] ialah seorang penulis dan penyair Malaysia. Pada Mei 1976, beliau dinamakan oleh komuniti kesusasteraan Malaysia dan banyak ahli bahasa negara sebagai Pejuang Sastera dalam dekad berikut, di Anugerah Penulis S.E.A. 1976 dan, pada tahun 1986, sebagai penghargaan tulisan dan sumbangan berterusannya kepada warisan sastera negara, atau Kesusasteraan Melayu, Sasterawan Negara. Pada tahun 2015, beliau menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP).[3]


Dato' Seri (Dr) A. Samad Said pada 28 Mac 2015.
Kelahiran
Abdul Samad bin Mohamed Said

(1935-04-09) 9 April 1935 (umur 89)
Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia)
Pusat pendidikanSekolah Victoria, Singapura
PekerjaanPenulis, penyair, pengarang, aktivis keamanan
Tahun aktif1955 - kini
PasanganSalmi Manja (k. 1958; m. 2023)
Karier menulis
BahasaMelayu (utama)
Inggeris (kedua)
GenreCereka sastera, sajak, catatan perjalanan
Karya terkenalSalina (novel)
Anugerah
  • Pejuang Sastera (1976)
  • Anugerah Penulis S.E.A. (1979)
  • Sasterawan Negara (1985)
  • Sasterawan Nusantara (1999)

Kehidupan awal sunting

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, Isterinya, penyair Salmi Manja rajin menulis sajak dan cereka. Dari ibunya beliau sering mendengar cerita rakyat seperti cerita Batu Belah batu Bertangkup. A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Victoria Institution, Singapura (1956). Sebagai pembaca, beliau mengenali Asraf, Usman Awang, Han Suyin, Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya Ananta Toer, Achdiat Kartamiharja, Hamzah Fansuri dan Wijaya Mala. Beliau juga gemar membaca novel-novel Barat seperti Oliver Twist, Wuthering Height dan Almayer’s Folly.

Beliau membaca pelbagai penulisan dari pelbagai bidang seperti politik, sosiologi, ekonomi dan psikologi serta karya-karya besar Li Po, Tu Po dan Rabindranath Tagore. Ketika membaca, beliau akan menggaris atau menanda ayat-ayat, dialog-dialog atau ungkapan-ungkapan yang menarik.

Kerjaya sunting

Mulanya sebagai kerani di Hospital Umum Singapura selama enam bulan. Bekerja dengan akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestamam di Kuala Lumpur. Beliau kembali ke Singapura dan bekerja dengan akhbar mingguan Utusan Zaman di bawah Usman Awang. Apabila Syarikat Utusan Melayu berpindah, Usman Awang, Said Zahari, dan beliau turut berhijrah. Wartawan Abdul Samad Ismail dari Berita Harian berhijrah pula ke The New Straits Times. Semasa A. Samad Ismail ditahan ISA, Samad Said menjadi penolong khas kepada Pengarang Kumpulan The New Straits Times dan sebagai Pengarang Berita Harian sehingga 8 Mac 1978. Pada 1981, menjadi Ketua Pengarang akhbar Warta Teberau. Kemudian Samad Said menjadi Ketua Pengembangan Sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times.

A.Samad Said menggunakan pelbagai nama pena seperti Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir. Puisinya yang pertama diberinya judul “Untuk Angkatan 50” yang tersiar dalam Utusan Zaman (1950). Samad menjadi ahli ASAS 50, badan penulis yang bergerak dengan slogan, “Seni untuk Masyarakat “.Beliau berjaya menghubungkan sasterawan-sasterawan 50-an yang mementingkan tema dan mesej dengan sasterawan yang lebih cenderung menekankan nilai dalam kesusasteraan.Beliau membesar di Singapura. Oleh itu, dia tidak pernah secara aktif terlibat dalam perjuangan politik atau ideologi yang menentang penjajah.

Novel pertama berjudul Gerhana ditukar judul kepada Salina. Profesor A. Teeuw dan sesetengah sarjana mengangkat novel ini sebagai bertaraf antarabangsa. Namun novel ini hanya memenangi hadiah penghargaan dalam Peraduan Penulisan Novel 1958 anjuran DBP .Ketika itu Samad berusia 23 tahun. Salina menceritakan kehidupan daif masyarakat Melayu di Kampung Kambing, Singapura selepas Perang Dunia Kedua. Penduduk bergelut dengan kemiskinan, keruntuhan moral di kota dan kebobrokan.Tema sebegini sama sekali asing dalam kesusasteraan Melayu. Novel Salina telah diadaptasi menjadi teater oleh dramatis Johan Jaaffar dan dipentaskan sempena Pesta Kesenian (1986), dan kemudiannya di Singapura.

Novelnya Sungai Mengalir Lesu menggambarkan masyarakat Singapura yang menderita akibat perang. Masyarakat Melayu dan orang Indonesia yang hidup melarat dan menjadi buruh di Singapura ketika diperintah tentera Jepun (1942-1946).

Antologi puisi 'Liar di Api' jelas bereksperimen dengan sajak-sajak bebas. Antologi lain ialah Benih Harapan (1973), Daun Semalu Pucuk Paku (1975) dan Benih Semalu (1984).

Samad menulis latar belakang pengalamannya semasa menulis Salina, Sungai Mengalir Lesu dan Langit Petang dalam Dari Salina ke Langit Petang. Buku bercorak autobiografi ini merupakan rakaman pengalaman Samad, pahit maung dan peristiwa berkaitan yang diterapkan dalam novel-novelnya.

Bibliografi sunting

Karya diterbitkan sunting

  1. Salina,  : DBP 1961, 495 hlm.
  2. Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikir, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 103 hlm.
  3. Sungai Mengalir Lesu, : Pustaka Gunung Tahan, 1967, 135 hlm. DBP , 1984, 137 hlm.
  4. Di Hadapan Pulau,  : Pustaka Sistem Pendidikan, 1978, 129 hlm.
  5. Adik Datang, : Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1980, 220 hlm.
  6. Langit Petang, : DBP , 1980, 143 hlm.
  7. Daerah Zeni, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1985, 182 hlm.
  8. Hujan Pagi, : DBP , 1992, 418 hlm.
  9. Cinta Fansuri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1994, 156 hlm.

Novel remaja dan kanak-kanak sunting

  1. Bendera Merah di Atas Bukit, : Pustaka Melayu Baru, 1968, 79 hlm.
  2. Lima Kawan ke Rumah Rahsia, Kluang: Pustaka Pendidikan Sdn. Bhd., 1968, 101 hlm.
  3. Jangan Ikut Jalan Ini, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 101 hlm.
  4. Mengejar Tetamu di Waktu Senja, : Pustaka Melayu Baru, 1974, 94 hlm.
  5. Yang Berat Sama Dipikul, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 85 hlm.
  6. Keledang, ; Mac Millan Publishers Ltd., 1979, 143 hlm.
  7. Antara Kabus ke Kabus, : Pustaka Melayu Baru, 1980, 72 hlm.
  8. Di Simpang Jalan, : DBP , 1980, 95 hlm.
  9. Jalan Retak, : Pustaka Melayu Baru, 1980, 65 hlm.

Cerpen sunting

  1. Liar di Api, : Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm.
  2. Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), : Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.
  3. Debar Pertama, : Penerbitan Federal Berhad, 1964, 76 hlm.
  4. Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja?,  : Pustaka Melayu Baru, 1966, 118 hlm.
  5. Panorama (Peny.), : Penerbitan Federal Berhad, 1966, 112 hlm.
  6. Bunga Gunung (Peny.) : Berita Publishing Sdn. Bhd., 1982, 153 hlm.
  7. Angin Pulau (antologi bersama), : Teks Publishing Sdn. Bhd. 1985, 153 hlm.
  8. Angin Pulau (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 339 hlm.
  9. Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 405 hlm.
  10. Hati Muda Bulan Muda: Kumpulan Cerpen 1954 – 1992 (Peny. Othman Puteh), : DBP , 1993,495 hlm.

Puisi sunting

  1. Liar di Api,  : Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm.
  2. Puisi Baru Melayu 1942 – 1960 (antologi bersama), : DBP , 1961, 26 hlm.
  3. Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), : Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.
  4. Sajak-sajak Melayu Baru 1946 – 1961/Modern Malay Verse 1946-1961 (dwibahasa), (antologi bersama), : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1969 (cetakan keempat), 135 hlm. Cetakan pertama 1963.
  5. Benih Harapan, : Grafika Sendirian Berhad, 1973, 24 hlm.
  6. Daun Semalu Pucuk Paku, : Balai Penerbitan Nusa, 1975, 39 hlm.;
  7. Kuala Lumpur, (antologi bersama), : GAPENA, 1975, 57 hlm.
  8. Pilihan Puisi Baru Malaysia-Indonesia (anatologi bersama), : DBP , 1980, 314 hlm.
  9. Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama),  : DBP , 1981, 294 hlm.
  10. Benih Semalu, : DBP , 1984, 69 hlm. (cantuman dua antologi: Benih Harapan dan Daun Semalu Pucuk Paku).
  11. Bintang Mengerdip (antologi bersama), Kuala Lumpur: DBP , 1984, 75 hlm.
  12. 100 Sajak Malaysia (antologi bersama), : Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 141 hlm.
  13. Bunga Gerimis (antologi bersama), Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 132 hlm.
  14. Puisirama Merdeka (antologi bersama), : PENA, 1986, 141 hlm.
  15. Malaysia dalam Puisi, : DBP , 1988, 316 hlm.
  16. An Anthology of Contemporary Malaysian Literature (antologi bersama), : DBP , 1988, 413 hlm.
  17. Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry (1975 – 1985)(antologi bersama): DBP , 1988
  18. Puisi Baharu Melayu (1961-1986) (antologi bersama), : DBP , 1990, 941 hlm.
  19. Balada Hilang Peta, : DBP , 1993, 69 hlm.
  20. Suara Rasa/Voice from Within (antologi bersama), : Maybank, 1993, 228 hlm.

Drama sunting

  1. Di Mana Bulan Selalu Retak, Singapura: Malaysia Publication Ltd. 1965, 135 hlm.
  2. Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja, : Pustaka Melayu Baru, 1966, 118 hlm.
  3. Wira Bukit, : DBP , 1986, 92 hlm.
  4. Lantai T. Pinkie, : DBP , 1996, 137 hlm.
  5. Lazri Meon Daerah Zeni, : DBP , 1992, 138 hlm.

Esei dan kritikan sunting

  1. Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman Awang):Penerbitan Federal Berhad, 1963
  2. Damai (kata pengantar), : Penerbitan Federal Berhad, 1966, 136 hlm.
  3. Laungan (Kata pengantar), : Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.
  4. Tangan yang Simpatik, : Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1981, 279 hlm.
  5. Between Art and Reality (Selected Essays), : DBP , 1994, 479 hlm.

Autobiografi sunting

  1. Dari Salina ke Langit Petang, : DBP , 1979, 83 hlm.

Umum sunting

  1. Warkah kepada Salmi Manja, : Penerbitan Federal Berhad, 1965, 68 hlm.
  2. Antara Bulan dan Wira, : DBP , 1989, 632 hlm.
  3. Warkah Eropah, : DBP , 1991, 235 hlm.
  4. Koleksi Terpilih A. Samad Said (Peny. Sarah Sadon), : DBP , 1995, 510 hlm.

Kontroversi sunting

Gerakan Mansuh PPSMI sunting

Datuk Seri A. Samad Said bersama-sama pejuang bahasa lain telah melancarkan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan seperti pada 31 Januari 2009 dan 7 Mac 2009. Beliau bersama lebih 8,000 penyokong bahasa Melayu berjaya menghantar memorandum Anti PPSMI ke Istana Negara untuk diserahkan pula kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Polis dan FRU telah digunakan untuk menghalau orang ramai. Beliau turut terkena gas pemedih mata.

Pada 15 Mac 2009, beliau mencabar menteri dan pemimpin Barisan Nasional/UMNO berceramah dalam bahasa Inggeris ketika kempen dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang diadakan pada 24-28 Mac 2009 diharap akan membincangkan untung nasib bahasa Melayu di tanahairnya. Dalam perhimpunan UMNO itu, semua peringkat pemimpin yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris hendaklah menggunakan bahasa Inggeris sahaja, jangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan milik mereka, bukan milik UMNO.[4] Dalam kebanyakan majlis , beliau akan mendeklamasikan sajak berbau politik seperti di Dewan Majlis Perbandaran Kajang. A Samad Said melancarkan program "Kembara Kasih Bahasa" ke seluruh negara.

Bersih 2.0 2011 sunting

 
A Samad Said hadir semasa pelancaran Perhimpunan Bersih 2011

Beliau juga antara pemimpin Perhimpunan Bersih 2011. Pada 5 Julai 2011, Beliau bersama pengerusi Bersih Dato' Ambiga Sreenevasan dan anggota jawatankuasa Zaid Kamaruddin menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara ekoran kenyataan Agong agar Bersih dan kerajaan kembali ke meja rundingan[5]. Beliau mendeklamasikan sajak bertajuk 'Unggun Bersih' di Kuala Lumpur pada 19 Jun 2011. Sajak itu disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 27(5) Akta Polis kerana pengucapan puisinya.[6]

Bersih 3.0 2012 sunting

 
A Samad Said hadir semasa Perhimpunan Bersih 2012

Datuk Seri A. Samad Said juga menjadi pengerusi bersama Perhimpunan Bersih 2012 pada 28 April 2012. Semasa perhimpunan itu, beliau 'terperangkap' di jambatan menghubungkan Pasar Seni dengan bangunan Dayabumi.[perlu rujukan]

Anugerah dan pencapaian sunting

  • 29 Mei 1976 - Pejuang Sastera.
  • 1979 - panel Anugerah Sastera
  • 1979 - Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards)
  • 1985 - Sasterawan Negara 1985. Drama beliau bertajuk Wira Bukit telah ditayangkan.
  • 1993 - Anugerah ASEAN (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei Darulsalam.
  • 1996 - Dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) oleh TYT Negeri Melaka yang membawa gelaran "Datuk"
  • 2017 - Dianugerahkan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N) oleh TYT Pulau Pinang yang membawa gelaran "Dato' Seri"

Rujukan sunting

  1. ^ "Datuk Abdul Samad Muhammad Said (A. Samad Said)". Arkib Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-02. Dicapai pada 2018-10-02.
  2. ^ "Datuk Abdul Samad Muhammad Said (A. Samad Said)". Arkib Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-02. Dicapai pada 2018-10-02. (Melayu)
  3. ^ Radzi Razak (13 June 2015). "'Pak Samad can counter DAP's chauvinist label'". Malaysiakini.
  4. ^ Samad Said cabar pemimpin Umno berbahasa Inggeris dalam kempen pilihan raya kecil Diarkibkan 2012-02-20 di Wayback Machine Harakah Daily
  5. ^ http://bersih.org/?p=4221
  6. ^ "Teras: Tindakan polis siasat Samad Said keterlaluan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-30. Dicapai pada 2011-10-29.

Pautan luar sunting