Dr Avul Pakir Jainulabdeen Abdul Kalam (Tamil: ஆவுல் பக்கிர் ஜைனுலாபுதீன் அப்துல் கலாம்; diringkaskan kepada ஆ. ப. ஜெ. அப்துல் கலாம் APJ Abdul Kalam) atau ringkasnya (15 Oktober 1931—27 Julai 2015) atau Dr. ialah seorang saintis India yang pernah berkhidmat sebagai Presiden India ke-11. Anak kelahiran Rameswaram, Tamil Nadu ini belajar fizik di Kolej St. Joseph, Tiruchirappalli serta kejuruteraan aeroangkasa di Institut Teknologi Madras (MIT), Chennai.

A. P. J. Abdul Kalam
ஆ. ப. ஜெ. அப்துல் கலாம்
Abdul Kalam pada tahun 2008
Presiden India ke-11
Dalam jawatan
25 Julai 2002 – 25 Juai 2007
Perdana MenteriAtal Bihari Vajpayee
Manmohan Singh
Naib PresidenBhairon Singh Shekhawat
Didahului olehKocheril Raman Narayanan
Digantikan olehPratibha Devisingh Patil
Butiran peribadi
Lahir (1931-10-15) 15 Oktober 1931 (umur 92)
Rameswaram, British India (kini Tamil Nadu, India)
Meninggal dunia27 Julai 2015(2015-07-27) (umur 83)
Shillong, Meghalaya, India
Alma materKolej St. Joseph, Tiruchirappalli
Institut Teknologi Madras
ProfesionProfesor, penulis, saintis, jurutera aeroangkasa
Laman web rasmiabdulkalam.com

Beliau menjadi jurutera aeroangkasa di bawah Pertubuhan Penyelidikan Pertahanan dan Pembangunan (DRDO) serta Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO). Abdul Kalam juga dikenali sebagai Missile Man of India ("Lelaki Peluru Berpandu India") atas jasanya membangunkan peluru berpandu balistik dan teknologi pelancaran. Beliau memainkan peranan penting dalam organisasi, teknikal dan politik dalam ujian nuklear Pokhran-II (1998) yang pertama sejak ujian nuklear negara tersebut pada tahun 1974. Bagaimanapun menyatakan beliau adalah ahli fizik nuklear tanpa kuasa dan hanya menjalankan kerja bagi pihak Homi J. Bhabha dan Sarabhai Vikram.

Kalam dilantik sebagai Presiden India pada tahun 2002 setelah mengalahkan Lakshmi Sahgal dan disokong oleh parti Kongres Kebangsaan India dan Parti Bharatiya Janata yang merupakan parti politik utama India. Beliau menjadi profesor pelawat di Institut Pengurusan Ahmedabad India dan Institut Pengurusan Indore India, Canselor Institut Sains Angkasa India dan Teknologi Thiruvananthapuram, profesor Kejuruteraan Aeroangkasa di Universiti Anna (Chennai), Universiti JSS (Mysore) dan melakukan lawatan ke seluruh universiti India.

Kalam amat menyokong rancangan pembangunan India menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 dalam bukunya India 2020.

Beliau menerima beberapa anugerah berprestij antaranya termasuk Bharat Ratna iaitu penghormatan tertinggi awam India. Kalam memberi motivasi dan dan berinteraksi dengan komuniti pelajar di India. Beliau melancarkan Misi Belia India 2011 sebagai suatu langkah membanteras rasuah di India.

Ketika Abdul Kalam menyampaikan sebuah syarahan di Institut Pengurusan India Shillong, beliau tersungkur akibat penyakit jantung dan kemudiannya meninggal dunia pada 27 Julai 2015 berusia 83 tahun.[1] Beribu-ribu orang termasuk orang kenamaan dalam negara menghadiri majlis pengebumian jenazahnya di kampung halamnanya di Rameshwaram; di mana beliau dikebumikan dengan penghormatan penuh yang diberikan oleh pemerintah India.[2]

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Abdul Kalam dilahirkan pada 15 Oktober 1931 .Bapanya Jainulabdeen, pemilik bot serta imam masjid dan ibunya Ashiamma, seorang surirumah, di Rameswaram di Tamil Nadu selatan India. Beliau dari keluarga miskin dan mula bekerja pada usia muda untuk menambah pendapatan keluarga. Selepas menamatkan sekolah, Kalam mengedarkan surat akhbar bagi menambah pendapatan keluarga.Semasa di sekolah, beliau hanya mempunyai purata gred biasa tetapi mempunyai keinginan yang kuat untuk belajar dan menghabiskan masa berjam-jam untuk belajar terutama matematik

Beliau bersekolah di Rameshwaram Elementary School ;Kolej Saint Josephs,Tiruchirappalli dan bidang fizik (1954). Di Madras (1955) belajar kejuruteraan aeroangkasa.

Kerjaya sebagai saintis sunting

Antara guru beliau ialah Dr. Vikram Sarabhai, Prof. Satish Dhawan dan Dr. Brahm Prakash. Beliau belajar di Madras Institute of Technology (MIT - Chennai) (1960). Kalam menyertai Organisasi Pembangunan Penyelidikan Pertahanan (DRDO) sebagai ketua saintis. Kalam merekabentuk helikopter untuk Tentera India di bawah Vikram Sarabhai , saintis angkasa terkenal. Tahun 1969, Kalam telah dipindahkan ke Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) - mnejadi pengarah projek satelit pertama India ( SLV -III)(Julai 1980). Abdul Kalam memulakan projek roket di DRDO pada tahun 1965. Pada tahun 1969, Kalam menerima kelulusan kerajaan dan memperluaskan program untuk merangkumi lebih banyak jurutera.


Pada tahun 1963-64, beliau melawat NASA, Pusat Penyelidikan Langley di Hampton Virginia , Goddard Space Flight Center di Greenbelt, Maryland dan Kemudahan Penerbangan Wallops dan Pantai Timur Virginia . Antara 1970-an dan 1990-an, Kalam membangunkan SLV Kutub dan projek SLV-III.


Rujukan sunting

  1. ^ Rishi Iyengar (28 July 2015). "India Pays Tribute to 'People's President' A.P.J. Abdul Kalam". Time Inc. Dicapai pada 20 August 2015.
  2. ^ Neha Singh (30 July 2015). "'People's President' APJ Abdul Kalam Buried with Full State Honours in Rameswaram". International Business Times. IANS. Dicapai pada 20 August 2015.