Abu Mansur Nizar al-Aziz

Templat:Ismailiah

Abu Mansur Nizar al-Aziz (955–996) (Arab: أبومنصور نزار العزيز بالله) adalah khalifah kelima kerajaan Fatimiyyah (975–996).

Sejak Abdallah yang sepatutnya mewarisi takhta telah meninggal dunia sebelum ayahandanya Ma'ad al-Muizz Li-Deenillah (953-975), adiknya Abu l-Mansur Nizar al-Aziz telah mewarisi Khilafah dengan bantuan Jawhar as-Siqilli. Di bawah pemerintahan Al-Aziz empayar Fatimiyah telah melebar jauh ke Palestin dan Syria (dari 977/978). Makkah dan Madinah juga diletakkan di bawah pemerintahan kerajaan Fatimiyah.

Pembangunan sunting

Tempoh pemerintahan Khalifah al-Aziz telah ditandai dengan mengukuhkan pengaruh Fatimiyah di Mesir dan Syria, di mana kemudiannya telah ditakluki sejak (969). Pada tahun 975 M. al-'Aziz telah menguasai Baniyas di dalam usahanya untuk membendung penularan anti-Fatimiyah Sunni yang dipimpin oleh Mahammad b. Ahmad al-Nablusi dan pengikutnya.[1] Puak Tayyi' telah ditewaskan di Palestin pada 982 dan dihapuskan sepenuhnya di Damsyik pada 983. Sehingga ke akhir pemerintahannya al-Aziz telah mengembangkan kuasanya ke utara, menumpukan perhatiannya kepada Hamdanid di Aleppo. Sebenarnya mereka berada di bawah pengaruh Empayar Rom Timur yang akhirnya mencetuskan perang dengan kuasa besar ini, di mana konflik ini tidak dapat diselesaikan sehingga ke zaman pemerintahan Khalifah al-Hakim (996-1021).

Pembangunan lain yang dijalankan semasa pemerintahan al-Aziz's adalah memperkenalkan tentera asing. Apabila askar Barbar dari Maghribi berjaya di dalam perang dengan Carmathian di Syria, Al-Aziz mula menyusun unit tentera Turki, atau Mameluk.

Melalui pengembangan birokrasi (di mana terdapat banyak Yahudi dan Kristian mempunyai jabatan penting) pada permulaannya adalah untuk mengurangkan beban tugas khalifah. Perlantikan gabenor Yahudi di Syria oleh beliau , walau bagaimanapun, telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyatnya yang beragama Islam yang mendakwa mereka tidak mempunyai tempat di dalam jabatan kerajaan. Sebagai hasilnya, al-Aziz telah mengarahkan ketua orang Kristian dan Yahudi mengambil orang-orang Muslim ke dalam pejabat mereka.

Ekonomi Mesir telah berkembang dan hasil cukai juga bertambah melalui pelebaran jalan dan terusan serta menubuhkan nilai mata wang yang stabil. Ekonomi juga diperkembangkan melalui program pembinaan bangunan.

Zaman pemerintahan Al-Aziz juga memberi sumbangan dalam bidang ilmu pengetahuan. Wazirnya yang terkenal Yaqub ibn Killis (979-991) telah mengasaskan Universiti al-Azhar di Kaherah (988) yang kemudiannya menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan di dunia Islam. Khalifah Al-Aziz juga telah membina sebuah perpustakaan yang memuatkan sebanyak 200,000 buah buku di Kaherah.

Al-Aziz mangkat pada 13 Oktober 996. Baginda telah digantikan oleh puteranya Al-Hakim bi-Amr Allah (996-1021) sebagai khalifah.

Lihat juga sunting


Didahului oleh
Al-Muizz
Khalifah Fatimiyah
975–996
Diikuti oleh:
Al-Hakim

Nota sunting

  1. ^ Wilson, John Francis. (2004) ibid p 122