Académie française

Académie française [Sebutan bahasa Perancis: [akademi fʁɑ̃sɛːz], la.ka.dé.mi fran.séz] (bahasa Perancis untuk Akademi Perancis) yang ditubuhkan oleh Cardinal Richelieu, Ketua Menteri semasa pemerintahan Louis XIII,[1] merupakan académie tertua dalam Institut de France ("Institut Perancis"). Akademi ini merupakan pertubuhan terpelajar yang merupakan pihak berkuasa terhadap bahasa Perancis. Académie menerbit kamus rasmi bahasa Perancis. Namun, keputusan-keputusan Académie tidak wajib diikut oleh pengguna bahasa Perancis, dan hanya bersifat sebagai nasihat.

Dalam Revolusi Perancis 1793, Académie digantung operasinya. Pada 1803, Maharaja Napoleon telah memulihkan institut ini sebagai sebahagian daripada badan Institut Perancis.

Académie dianggotai oleh empat puluh orang, dikenali sebagai immortel ("orang abadi"). Anggota baru yang dipilih oleh Académie kekal sebagai anggota seumur hidup, namun mana-mana anggota yang didapati bersalah dalam melakukan tindakan tidak senonoh atau dianggap mencalar nama institusi boleh dipecat.

Peranan sunting

Badan ini menumpu khusus terhadap penggunaan bahasa Perancis yang sempurna dari segi peristilahan dan tatabahasa. Ia sendiri mengalakkan penciptaan perkataan yang bersesuaian menggantikan kata pinjaman bahasa Inggeris idea-idea baharu yang diterapkan dari masa ke semasa dalam masyarakat Perancis.

Ia menerbitkan suatu kamus yang dipakai secara rasmi se-Perancis iaitu Dictionnaire de l'Académie française hasil penghimpunan oleh seberapa anggota badan ini;[1] kamus ini telah diterbitkan sebanyak 13 edisi termasuk 8 buah edisi lengkap.[2]

Ia juga menganjurkan seberapa anugerah penting berkaitan bahasa ini seperti Grand prix de la francophonie bersama kerajaan Kanada.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "L'histoire". Academie Française official website. Dicapai pada 2010-01-13.
  2. ^ Classiques Garnier numérique Diarkibkan 25 Julai 2014 di Wayback Machine, Corpus of Dictionaries of the French Academy (from the 17th to the 20th Century), Dicapai pada 17 Julai 2011

Pautan luar sunting