Acanthopholis (disebut /ˌækənˈθoʊfəlɨs/) (bererti "sisik berduri") adalah genus dalam dinosaur ankylosaurid dalam keluarga Nodosauridae yang hidup sekitar Awal Tempoh Cretaceous (tahap haiwan Albian hingga Cenomanian sekitar 100 juta tahun dahulu. Nama dinosaur ini merujuk kepada perisainya (Yunani akantha bererti 'duri' atau 'tajam' dan pholis bererti 'sisik'). Perisai Acanthopholis terdiri dari sisik bulat mendatar dengan kulit, dengan sisik terjulur dari kawasan leher dan bahu, sepanjang tulang belakang. Acanthopholis merupakan haiwan berkaki empat dan maun. Saiznya telah dianggarkan sekitar 3 hingga 5.5 meter (10 hingga 18 kaki) panjang dan seberat sekitar 380 kilogram (840 paun).

Acanthopholis
Julat zaman: Usia kapur awal
Gambaran artis tentang Acanthopholis
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Klad: Dinosauria
Order: Ornithischia
Keluarga: Nodosauridae
Subkeluarga: Acanthopholinae
Nopcsa, 1917
Genus: Acanthopholis
Huxley, 1867
Spesies jenis
A. horrida
Huxley, 1867

Jumpaan kelonsong otak dan unsur postcrania dijumpai di England pada 1867, dan dinamakan Acanthopholis horridus oleh Thomas Huxley. Acanthopholis adalah nama tidak sah bagi sesetengah sumber, yang menyatakan bahawa tidak cukup maklumat dijumpai untuk membuktikan jumpaan ini adalah lebih dari nodosaur.

Rujukan sunting

  • Carpenter, Kenneth (2001). "Phylogenetic Analysis of Ankylosauria". Dalam Carpenter, Kenneth(ed) (penyunting). The Armored Dinosaurs. Indiana University Press. m/s. 455–480. ISBN 0-253-33964-2.CS1 maint: extra text: editors list (link)

Pautan luar sunting