Aedes merupakan genus nyamuk yang asalnya ditemui di kawasan tropika dan subtropika, namun telah tersebar disebabkan kegiatan manusia ke seluruh dunia kecuali benua Antartika. Namanya diperolehi daripada perkataan Yunani Kuno aēdēs, yang bererti "tidak menyenangkan", kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi. Aedes albopictus merupakan spesies yang sering ditemui di Asia. Kakinya berbelang hitam putih. Aedes aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.

Aedes
Aedes aegypti
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Aedes

Meigen, 1818
Spesies

Lihat Senarai spesies Aedes
Aedes albopictus
Aedes aegypti
Aedes cantator
Aedes cinereus
Aedes rusticus
Aedes vexans

Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.

Tabiat nyamuk aedes sunting

  1. Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya
  2. Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
  3. Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah

Tempat pembiakan nyamuk aedes sunting

  1. Dalam Rumah
    1. Akuarium
    2. Perangkap semut
    3. Pasu Bunga
    4. Timba
    5. Tempayan
    6. Kolam (kolah) mandi
    7. Tempat air peti sejuk
  2. Luar Rumah
    1. Tayar buruk
    2. Tempurung kelapa
    3. Botol atau gelas pecah yang mengandungi air
    4. Salur air hujan
    5. Tempayan
    6. Pokok pisang
    7. Pokok keladi
    8. Longkang yang tersekat
    9. Tangki septik (terdedah)

Pencegahan pembiakan nyamuk aedes sunting

  1. Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
  2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
  3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
  4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
  5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
  6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
  7. Peliharalah ikan seperti ikan gupi dan ikan puyu dalam tangki besar yang memakan jentik-jentik.
  8. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali