Afrika Utara merupakan kawasan yang secara umum merangkumi:

  Afrika Utara (subkawasan PBB)
  geografi, termasuk yang di atas

Azores, kepulauan Canary, Ethiopia, Eritrea, Malta, Ceuta, Melilla, Gibraltar, dan Madeira kadang-kala dianggap sebagai sebahagian Afrika Utara.

Sebahagian Maghribi (juga dikenali sebagai Afrika Barat Laut atau Tamazgha) adalah bahagian Afrika Utara yang membentuk Maghribi, Sahara Barat, Algeria, Tunisia, Libya, dan Mauritania (dengan itu menyingkir Lembah Nil). Dalam kegunaan biasa - terutama dalam bahasa Perancis - istilah ini seringkali terhad kepada tiga negara pertama, kerana kesemuanya merupakan bekas koloni Perancis. Dalam bahasa Arab, istilah ini turut merujuk kepada Maghribi sahaja.

Sesetengan negara di Afrika utara, terutamanya Mesir dan Libya, sering kali dimasukkan sekali dalam istilah biasa Timur Tengah, kerana ia dari satu segi mempunyai ikatan rapat kepada Asia Barat berbanding Maghreb. Tambahan lagi, Semenanjung Sinai di Mesir merupakan sebahagian Asia, menjadikan Mesir sebagai negara antara benua.

Geografi sunting

Pergunungan Atlas yang merentasi sebahagian besar Maghribi, bahagian utara Algeria dan Tunisia, adalah sebahagian daripada lipatan kawasan pergunungan yang turut merentasi kebanyakan Eropah Selatan. Kawasan pergunungan ini menjadi semakin rendah di unjuran selatan dan timur, bertukar menjadi kepada permukaan steppe sebelum bertemu gurun Sahara yang meliputi hampir 90% daripada negara ini. Batu berkristal di kawasan tinggi berpuncak merupakan antara tinggalan purba di gurun Sahara yang berusia lebih daripada empat juta tahun.

Lembah terlindung di Pergunungan Atlas, Lembah Nil dan dataran, serta persisiran Laut Mediterranean adalah sumber utama untuk tanah perladangan. Terdapat pelbagai tanaman berharga termasuk bijirin, nasi dan kapas, serta kayu seperti gabus dan kayu manis ditanam di sini.

Tanaman tipikal untuk iklim mediterranean seperti zaitun, ara, kurma and buah sitrus juga ditanam di kawasan ini. Lembah Nil sememangnya subur, dan kebanyakan populasi Mesir tinggal berdekatan dengan sungai. Ditempat lain, sistem perpaipan adalah satu kemestian untuk memperbaiki hasil tanaman yang ditanam di kawasan gurun.


Penduduk sunting

Penduduk di Afrika Utara secara amnya dibahagikan secara kasarnya berdasarkan kepada keadaan geografi dan muka buminya seperti di bawah :

  • Kawasan Maghreb, Lembah Nil dan Sahara. Afrika Barat Laut secara keseluruhannya dipercayai didiami oleh puak Berbers sejak permulaan sejarah direkodkan lagi.
  • Bahagian Timur Afrika Utara pula menjadi tempat tinggal kepada penduduk Mesir, Habsyi dan puak Nubia (keturunan Sudan), walaupun penduduk Mesir purba merekodkan hubungan secara terperinci dengan penduduk yang merupakan puak Barbar atau proto-Barbar.

Diikuti pendudukan Arab-Muslim pada kurun ke-7 selepas Masihi, negara ini melalui fasa atau proses pengaraban dan pengislaman yang seterusnya mentakrifkan budayanya sehingga hari ini.

Identiti etnik selalunya berhubung rapat antara Arabisme dan/atau Islam, atau dengan budaya dan kepercayaan lama. Afrika Utara mempunyai kepelbagaian yang luas terhadap ciri-ciri fizikalnya iaitu dari berkulit cerah hinggalah berkulit hitam.

Kebanyakan puak nomad (puak yang hidup dengan berpindah-randah) Afrika Utara seperti puak Badwi, mengekalkan cara hidupnya yang tradisional di pinggiran gurun, menggerakkan kumpulan, kambing biri-birinya, kambing dan unta dari satu tempat ke satu tempat – melangkah sempadan negara untuk mencari kawasan tanah ragut untuk ternakan mereka.

Lihat Juga sunting

Utama sunting

Rantau Lain sunting