Iran merupakan negara yang berbilang penganut. Mengikut perlembagaan Iran, hanya empat agama sahaja yang diiktiraf iaitu agama Islam, Kristian, Yahudi dan Majusi. Penganut agama Islam merupakan kumpulan terbesar di negara ini. Seramai 99 peratus penduduk Iran beragama Islam. Penganut minoriti lain ialah penganut agama Hindu, Bahai, Mandea dan Yarsan

Agama di Iran (census 2011)[1]

  Islam (99.6%)
  Other (0.4%)

Agama Islam sunting

Majoriti penduduk Iran beragama Islam. Malahan, agama Islam ajaran Syiah merupakan agama rasmi Iran. Kebanyakan penduduk Iran mengikut ajaram Syiah dan selebihnya berpegang kepada Sunah Waljamaah. Kebanyakan bangsa Iran adalah penganut ajaran Syiah dan penganut ajaran Sunah pula merupakan bangsa Turki, suku Kurdi, suku Balochi dan suku Arab. Sejarah Islam di Parsi bisa ditelusuri semejak zaman khulafa ar-Rasyidin dimana panglima Islam; Rashid ibn al-Walid, menawan Iraq daripada tangan empayar Parsi Sassanid. Semenjak detik itu, Islam mula menjadi agama utama di Parsi atau Iran. Syiah Islam pula diperkenalkan di Iran ketika era pemerintahan Safavid. Seramai 98 peratus penduduk Iran beragama Islam dan daripada jumlah ini, 90 peratus berpegang kepada ajaran Syiah dan selebihnya berpegang kepada ajaran Sunah.

Kajian Mei 2019 oleh Pusat Penyelidikan Pew mendapati bahawa 87% orang Iran berdoa setiap hari, yang merupakan peratusan kedua tertinggi di Asia-Pasifik, setelah Afghanistan (96%) dan mendahului Indonesia (84%)[2]

Agama Kristian sunting

Penganut agama Kristian adalah antara penganut agama utama di Iran. Kebanyakan mereka berketurunan Assyria dan Armenia. Aliran Kristian utama di Iran ialah Kristian Apostolik Armenia dan Kristian Assyria Timur. Walaupun kerajaan Iran mengiiktiraf agama Kristian, tetapi ajaran-ajaran Kristian Protestan tidak diiftiraf. Berbeza dengan agama Islam, Kristian tidak pernah menjadi agama utama di Iran.

Agama Yahudi sunting

Agama Yahudi merupakan antara agama yang paling tua di Iran. Ia dipraktikan sebelum kedatangan Islam seperti yang tertera di dalam Taurat dan Injil dimana orang-orang Yahudi dibenarkan pulang ke Palestin oleh Cyrus Agung, seorang raja Parsi, setelah beliau mengalahkan kerajaan Babylon. Pada hari ini, kumpulan Yahudi dijanjikan perlindungan dibawah pemerintahan Republik Islam Iran. Di Teheran sahaja, terdapat 11 kuil Yahudi dibina.