Agensi Antidadah Kebangsaan

Agensi mencegah penyalahgunaan dadah Malaysia

Agensi Antidadah Kebangsaan atau nama singkatannya iaitu AADK (dahulu dikenali sebagai Agensi Dadah Kebangsaan atau ADK) telah ditubuhkan secara rasminya pada 7 Februari, 1996. Penubuhannya diluluskan dengan menggabungkan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN).

Agensi Antidadah Kebangsaan
Agensi Antidadah Kebangsaan
Intisari agensi
Dibentuk17 Februari 1996; 28 tahun yang lalu (1996-02-17)
Bidang kuasa
Kementerian Dalam Negeri
Ibu pejabatKajang, Selangor Darul Ehsan
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Agensi
  • Tuan Sutekno bin Ahmad Belon, Ketua Pengarah
  • Dato' Dr. Muhamad Sade bin Mohamad Amin, Timbalan Ketua Pengarah (OPERASI)
  • Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Pengarah (PENGURUSAN)
Laman sesawang
http://www.adk.gov.my/

Sejarah sunting

Pada 17 Februari 1996, Mahathir Mohamad kabinet telah meluluskan penubuhan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi Antidadah Kebangsaan adalah urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah negara. [1]

Peranan sunting

Untuk menentukan segala usaha negara memerangi ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah.

Bidang Tugas sunting

Bidang tugas Agensi Antidadah Kebangsaan adalah seperti berikut :-

    • Melaksanakan program pencegahan
    • Melaksanakan program rawatan dan pemulihan Meningkatkan sistem maklumat dadah dan menilai keberkesanan program anti dadah negara
    • Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi ancaman dadah
    • Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan

Agensi AntiDadah Kebangsaan juga ditubuhkan di peringkat Negeri, dan Daerah. Pengarah AADK Negeri adalah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah AADK manakala Ketua Pegawai AADK Daerah bertanggungjawab kepada Pengarah AADK Negeri.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.