Ahmad Fakri Saarani

Ahmad Fakri bin Saarani (lahir pada 8 Julai 1989 di Kota Bharu), merupakan bekas pemain bola sepak. Beliau berkebolehan menjadi penyerang dan sayap kanan.

Ahmad Fakri Saarani
Maklumat peribadi
Nama penuh Ahmad Fakri bin Saarani
Tarikh lahir (1989-07-08) 8 Julai 1989 (umur 34)
Tempat lahir Pengkalan Chepa, Kelantan, Malaysia
Ketinggian 1.73 m (5 ka ​8 18 in)
Posisi permainan Penyerang, Sayap kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Melaka United
Nombor 13
Kerjaya remaja
2006 Piala Presiden Perak
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2007–2008 Perak 4 (4)
2008–2009 Harimau Muda 24 (9)
2010–2011 Perlis 36 (21)
2013–2015 Kelantan 32 (5)
2016–2017 Kedah 24 (1)
2018–2020 Melaka United (0)
Pasukan kebangsaan
2006–2009 Malaysia B-20 17 (7)
2009–2011 Malaysia B-23 28 (6)
2009– Malaysia 30 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 19 Jun 2018
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 07 September 2016

Fakri lahir di Kota Bahru tetapi membesar di Batu Gajah, Perak. Beliau membuat penampilan pertama untuk Perak dalam perlawanan Liga Super Malaysia menentang Negeri Sembilan pada 24 Mac 2007. Di dalam perlawanan ini, beliau menjaringkan hatrick dan satu assist dengan berkesudahan pasukan beliau menang dengan 5-1.

Kata-kata dikeluarkan oleh beliau yang sentiasa diingat dan sering disebut oleh peminat ialah "Kalau bola itu tak nak masuk, buat macam mana pun tetap tak akan masuk". Di situlah membuatkan beliau digelar sebagai Lord Fakri sehingga ke hari ini.hahaha

Sejarah sunting

Fakri telah dinaikkan taraf ke dalam pasukan pertama daripada pasukan Piala Presiden (pasukan simpanan) kerana penyerang pasukan senior, R. Surendran telah bersama dengan pasukan senior Malaysia pada satu lawatan permainan ke Sri Lanka. Musim berikutnya Fakri disenaraikan untuk mewakili pasukan Harimau Muda. Dia kemudian berhijrah ke Perlis pada musim 2009.

Peringkat kebangsaan sunting

Beliau adalah ahli skuad kebangsaan Malaysia dan bekas Malaysia Bawah-20. Beliau telah melibatkan diri di dalam Kejohanan Remaja Persekutuan Bola Sepak ASEAN 2006 dan Kejohanan Remaja Persekutuan Bola Sepak ASEAN 2007. Beliau juga telah bermain di dalam Trofi Hassanal Bolkiah 2007. Pada tahun 2008, Ahmad Fakri telah dipinjamkan ke Harimau Muda, sebuah pasukan Liga Premier Malaysia yang terdiri daripada ahli-ahli pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah-20.

Pada bulan November 2010, jurulatih Malaysia, K. Rajagopal telah memanggil Fakri untuk Piala Suzuki AFF 2010, tetapi kemudian diketepikan akibat cedera semasa Sukan Asia 2010 dan digantikan oleh Mohd Ashaari Shamsuddin.

Fakri turut bermain untuk pasukan Malaysia pada Sukan Sea ke-26 di Indonesia. Walaupun timbul pelbagai kontoversi berhubung prestasi beliau, Fakri akhirnya berjaya membawa Malaysia ke peringkat akhir di mana beliau telah menjaringkan gol kemenangan Malaysia semasa menentang Myanmar pada peringkat separuh akhir, Malaysia menang 1-0. Pada peringkat akhir menentang Indonesia dimana kemenangan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti. Fakri merupakan antara 5 orang yang melakukan sepakan tersebut bersama Mahali Jasuli, Fandi, Mohd Fadhi Mohd Shas dan Baddrol Bakhtiar. Namun, sepakan beliau berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Indonesia. Malaysia menang dengan keputusan 5-4.

Rujukan sunting