Biduan Negara Datuk Mohd Jais Ahmad (28 Mac 1936 - 11 Oktober 2011) atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais merupakan salah seorang penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagunya di Malaysia dan Singapura.

Biduan Negara
Datuk Haji

Ahmad Jais
Datuk Ahmad Jais di majlis kenduri kahwin.
Latar belakang
Nama lahirMohd Jais Bin Ahmad
Kelahiran(1936-03-28)28 Mac 1936
Berasal dariKapar, Kelang, Selangor, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia11 Oktober 2011(2011-10-11) (umur 75)
GenrePop asli
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1965–2011

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 28 March 1936.[1] Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957 dan mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin.

Pada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasibnya. Sebelum bintangnya mula bersinar, beliau pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle & Carriage dengan gaji RM80 sebulan. Bakat seni dalam diri Ahmad Jais mula terbukti apabila memenangi pertandingan nyanyian pada 1959 dan 1960.

Pada tahun 1961, ramai peserta pertandingan itu yang membantah apabila dia ingin mengambil bahagian buat kali ketiga kerana Ahmad Jais merupakan penyandang gelaran. Beliau terpaksa mengalah dan hanya menyertai pertandingan Lagu Pop Singapura, dan dinobatkan sebagai juara Lagu Pop Singapura.

Pada tahun 1962, Ahmad Jais kembali menyertai pertandingan Lagu Asli Singapura dan sekali lagi meraih gelaran juara. Beliau pernah merakamkan lagu-lagunya di bawah label Panda Records bersama Orkes Selayang Pandang.

Kata orang, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian, kerjaya nyanyian Ahmad Jais mula terbuka luas apabila beliau mendapat peluang menjadi penyanyi undangan untuk Kumpulan Seriwarna yang membuat persembahan di Panggung Victoria. Pada zaman itu, panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan. Ternyata kehebatan suaranya sewaktu menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.

Selain Seriwarna, Ahmad Jais pernah menjadi penyanyi jemputan bagi sebuah lagi kumpulan muzik terkenal di Singapura, Orkes Melati Putih. Akhirnya namanya mula menjadi sebutan. Selain menyanyi secara solo, Ahmad Jais juga terkenal dengan lagu duet bersama pasangannya, Allahyarham Datin Rafeah Buang iaitu, Juwitaku Sayang dan Budi Setahun Segunung Intan (Kartina Dahari).

Album pertama Ahmad Jais muncul pada 1965. Album itu tidak lain daripada Kucupan Azimat. Sehingga kini Ahmad Jais sudah merakamkan lebih 100 lagu dalam 15 album, kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP.

Dato Ahmad Jais turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd. [2]

Pada 23 Mac 2007, beliau diberi kepercayaan untuk mengadakan Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Meninggal dunia sunting

Pada 11 Oktober 2011, Datuk mohd Jais telah meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat menghidap penyakit lelah. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.30 pagi di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam, Selangor. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor selepas Solat Zohor.[3]

Allahyarham meninggal dunia di sisi beliau dan anak bongsunya iaitu Mashitah Mohd Jais. Sebelum itu Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.

Beliau dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu. Bagaiamanapun pada 15 September lalu beliau terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam. Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC kerana beliau mempunyai rekod perubatan di situ.[4]

Filemografi sunting

Filem sunting

Diskografi sunting

Album sunting

  1. Ahmad Jais Terbaik
  2. 14 Album Emas Ahmad Jais
  3. Cinta Lahir Kembali
  4. Ahmad Jais 1964-1974 Vol 1 & 2 (Kompilasi)

Senarai Lagu-lagu sunting

  1. Abang Pulang (Lagu Raya)
  2. Aidilfitri Di Perbatasan (Lagu Raya)
  3. Berilah Jawapan
  4. Berpisah Jauh
  5. Budi Setahun Segunung Intan (duet Kartina Dahari)
  6. Bukti Jadi Sejarah
  7. Dewi Rindu
  8. Dikau Sumber Ilhamku
  9. Doa Ikhlas Mereda Tangisan
  10. Gelisah
  11. Hujan Semalam
  12. Jauh-jauh
  13. Jumpa Mesra (duet S. Effendi)
  14. Kau Pergi Tanpa Relaku
  15. Keagungan Tuhan (S. Effendi)
  16. Kembali Untukku
  17. Khayal Penyair (S. Effendi)
  18. Lagu Rindu
  19. Lembaran Terakhir
  20. Menanti Di Esok Hari
  21. Mungkin Bersama
  22. Nikmat Hujan
  23. Potong Padi
  24. Rayuan Hasratku
  25. Rindulah Rindu
  26. Si Baju Merah
  27. Si Buyung
  28. Sumpah Setia
  29. Tak Ku Sangka
  30. Tari Inang Pulau Kampai
  31. Untuk Bunga Mu
  32. Waspada
  33. Tiada maaf bagimu
  34. Jangan ditanya bila ku berdua
  35. Mengharap sinar menalan kabus
  36. Kucupan azimat
  37. Gelisah
  38. Satu Syawal
  39. Selamat Hari Raya
  • Azizah
  • Bahtera Merdeka
  • Berpisah Jauh
  • Budi Setahun Segunung Intan (Duet dengan Kartina Dahari).
  • Bungaku Puja Dipetik Orang
  • Di Ambang Sore
  • Gelisah
  • Juwitaku Sayang (Duet dengan Allahyarham Datin Rafeah Buang)
  • Ke Mana Di Mana.
  • Kucupan Azimat
  • Lembaran Terakhir
  • Mengharap Sinar Menelan Kabus
  • Selamat Tinggal Bungaku
  • Takwa Iman.
  • Umpan Jinak Di Air Tenang
  • Mata Duitan

Anugerah sunting

Ahmad Jais turut menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Ke-63 - 2006[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Utusan Malaysia : 28 Mac 2007, Konsert Bahtera Merdeka kemuncak kerjaya Ahmad Jais.[pautan mati kekal]
  2. ^ Konsert Pop Yeh Yeh Di Mana Silapnya?
  3. ^ TheStarOnline - Veteran singer Ahmad Jais passes away
  4. ^ "SOROTAN 2011: Mereka 'Pergi' Tinggalkan Jasa, Oleh KEMALIA OTHMAN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-13. Dicapai pada 2021-08-14.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-07. Dicapai pada 2011-01-07.

Pautan luar sunting