Ajutan Jeneral atau adjutant general ialah seorang ketua pegawai bahagian pentadbiran tentera.

Perancis sunting

Di Perancis moden, adjudant-général ialah pegawai kanan staf, secara lazimnya sebagai pembantu kepada seorang pegawai Jeneral . Ia merupakan posisi khas bagi Leftenan Kolonel dan Kolonel dalam perkhidmatan staf. Bermula tahun 1795, hanya Kolonel yang boleh dilantik ke posisi ini. Ia telah ditambah dengan pangkat adjudant-commandant pada tahun 1800. Pada 1803 posisi ini telah dimansuhkan dan adjudants-généraux dikembalikan ke pangkat kolonel.

Empayar Rusia sunting

Di Empayar Rusia, Jeneral-Ajutan (Rusia: Генерал-адъютант) merupakan seorang pembantu yang mengiringi Tsar, Fil Marsyal atau Jeneral.

India sunting

Di India Ajutan Jeneral ialah pegawai tadbir kanan bagi Tentera Darat India dan melapor kepada Ketua Turus Tentera Darat.

Pakistan sunting

Di Pakistan, Ajutan Jeneral dan Ketua Hakim Peguam ialah pegawai kanan tadbir dan perundangan tentera darat.

United Kingdom sunting

Di United Kingdom, Ajutan Jeneral Pasukan Bersenjata lazimnya dirujuk sebagai Ajutan Jeneral (AG), merupakan salah seorang pegawai paling kanan dalam Tentera Darat British. Beliau bertanggungjawab bagi membangunkan polisi anggota Tentera Darat dan penyokongan warganya

Amerika Syarikat sunting

 
Kor Ajutan Jeneral Tentera Darat AS

Di Amerika Syarikat, terdapat tiga definisi bagi istilah ini:

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting