Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Akmal Rizal Ahmad Rakhli (lahir pada 12 Disember 1981) ialah seorang pemain bola sepak dari Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pemain dari Malaysia yang mendapat pengalaman luas di luar negara ketika muda.

Akmal Rizal Ahmad Rakhli
Akmal Rizal ketika bersama Kedah pada tahun 2013
Maklumat peribadi
Nama penuh Akmal Rizal bin Ahmad Rakhli
Tarikh lahir (1981-12-12) 12 Disember 1981 (umur 42)
Tempat lahir Jitra, Kedah, Malaysia
Ketinggian 1.7 m (5 ka 7 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Kedah United
Nombor 14
Kerjaya remaja
1998 Kedah (Piala Presiden)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1999 Kedah 0 (0)
1999-2000 RC Strasbourg 14 (5)
2000-2001 FCSR Haguenau 36 (10)
2002-2006 Kedah 53 (38)
2006-2008 Selangor 39 (23)
2009 Kuala Muda Naza FC 16 (3)
2010 Kelantan 18 (10)
2011-2012 Perak 45 (14)
2013 Kedah 16 (3)
2014 Sarawak 5 (1)
2015 Kedah United 0 (0)
Pasukan kebangsaan
1998-2004 Malaysia B-23 24 (20)
2001-2008 Malaysia 22 (9)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kerjaya sunting

Beliau mula dikenali semasa beliau mewakili untuk pasukan bola sepak bawah 14 tahun Malaysia. Selepas itu, beliau menerima latihan di RC Strasbourg dan dipinjamkan kepada kelab naungan RC Strasbourg, FCSR Haguenau. Selepas gagal untuk mengekalkan kontrak dengan RC Strasbourg, beliau kembali ke Malaysia dan bermain untuk pasukan asalnya, Kedah FA. Pasukan lain di Liga-M berasa iri hati atau cemburu terhadap Kedah FA kerana memiliki pemain berkebolehan. Namun pada akhir kerjayanya di Kedah FA, beliau menghadapi kecederaan lutut yang menyebabkan Akmal Rizal tersinggir selama semusim. Pada Disember 2006, beliau menandatangani kontrak dengan Selangor FA muncul sebagai seorang pemain gantian buat beberapa kali selepas sembuh daripada kecederaannya.

Selepas berakhirnnya musim 2007/08, kontrak Akmal Rizal bersama Selangor FA ditamatkan.[1]

Musim depan (2011) Akmal Rizal akan menyertai Perak.

Beliau mewakili Malaysia untuk Sukan Asia Tenggara 2003 di Hanoi, Vietnam, Piala Liga Perdana Inggeris Asia, dan juga di Piala Tiger 2002 di Thailand. Akmal juga mewakili Malaysia pada Piala Asia 2007 dengan membuat dua penampilan dalam perlawanan menentang China PR dan Uzbekistan.

Pencapaian sunting

Malaysia sunting

Kedah FA sunting

Selangor FA sunting

Gol Antarabangsa sunting

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Perlawanan
1. 8 Mac, 2001 Hong Kong, Hong Kong   Hong Kong 2-0 Menang Kelayakan Piala Dunia FIFA 2002 (AFC)
2. 8 Mac, 2001 Hong Kong, Hong Kong   Hong Kong 2-0 Menang Kelayakan Piala Dunia FIFA 2002 (AFC)
3. 25 Mac, 2001 Doha, Qatar   Palestin 4-3 Menang Kelayakan Piala Dunia FIFA 2002 (AFC)
4. 25 Mac, 2001 Doha, Qatar   Palestin 4-3 Menang Kelayakan Piala Dunia FIFA 2002 (AFC)
5. 11 Disember, 2002 Kuala Lumpur, Malaysia   Kemboja 5-0 Menang Persahabatan
6. 18 Disember, 2002 Singapura, Singapura   Singapura 0-4 Menang Peringkat Kumpulan Piala Tiger 2002
7. 20 Disember, 2002 Singapura, Singapura   Thailand 3-1 Menang Peringkat Kumpulan Piala Tiger 2002
8. 12 Julai, 2004 Kuala Lumpur, Malaysia   Singapura 2-0 Menang Persahabatan
9. 21 Jun, 2007 Petaling Jaya, Malaysia   Emiriah Arab Bersatu 1-3 Kalah Persahabatan

Rujukan sunting

  1. ^ "Selangor umum 16 pemain skuad 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-21. Dicapai pada 2008-09-19.

Pautan luar sunting