Akta Pindaan Perlembagaan 2005

Akta Pindaan Perlembagaan 2005 (Bahasa Inggeris: Constitutional Reform Act 2005) (2005 c. 4) adalah Akta Parlimen yang diluluskan oleh Parlimen United Kingdom pada tahun 2005. Ia mendirikan Mahkamah Agung United Kingdom untuk mengambil alih kerja lords undang-undang dan sesetengah kuasa daripada Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privi dan membuang fungsi-fungsi Speaker House of Lords dan ketua Kehakiman England dan Wales dari pejabat Lord Chancellor.

Tajuk penuh Akta sunting

Tajuk panjang Akta adalah:

Suatu Akta untuk membuat peruntukan mengenai pemodifikasian pejabat Lord Chancellor, dan membuat peruntukan mengenai fungsi-fungsi megenai pejabat itu; untuk mendirikan Mahkamah Agung United Kingdom, dan untuk menghapuskan bidang kuasa kehakiman House of Lords; untuk membuat peruntukan mengenai bidang kuasa Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privi dan fungsi-fungsi Presiden Majlis; untuk membuat peruntukan lain-lain megenai kehakiman, perlantikan hakim dan disipline mereka, dan untuk tujuan berkaitan.

Sejarah perundangan sunting

Rang undang-undang ini secara mulanya dibentangkan di House of Lords pada 24 Februari 2004, dan mencadangkan perubahan-perubahan yang lebih radikal:

Rang undang-undang ini mendatangkan kontroversi dan Lords membuat pindaan kepadanya. Teks akhir Akta mengekalkan kedudukan Lord Chancellor, meskipun bidang kuasanya diterhadkan dan pemegang jawatan kini tidak secara automatik menjadi Speaker House of Lords. Satu lagi perubahan adalah bahawa Lord Chancellor kini boleh datang dariHouse of Commons atau House of Lords. Tindakan lain sama seperti yang di atas.

Kedudukan kabinet yang baru diwujudkan, iaitu Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Perlembagaan (asalnya diwujudkan untuk menggantikan terus fungsi eksekutif Lord Chancellor) akan terus wujud, meskipun pemegang jawatan itu - dinamakan semula sebagai Setiausaha Negara bagi Keadilan pada tahun 2007 - juga memegang pejabat Lord Chancellor juga. Lord Chancellor akan terus menjadi pemegang Meterai Agung.

Rang undang-undang ini diluluskan oleh kedua Dewan pada 21 Mac 2005, dan mendapat Perkenan Diraja pada 24 Mac.

Perubahan yang diwujudkan Akta sunting

Akta ini mengandugi peruntukan yang meminda beberapa institusi-institusi penting United Kingdom. Dokumen ini dibahagikan kepada tiga bahagian: pertama berkait pindaan pejabat Lord Chancellor, kedua adalah mengenai Mahkamah Agung yang baru, dan ketiga mengenai perlantikan hakim-hakim.

Penubuhan Mahkamah Agung baru adalah tujuan utama Akta dan ia punyai susulan untuk House of Lords dan pejabat Lord Chancellor. Seksyen-seksyen dalam Bahagian 3 melunaskan bahawa Mahkamah Agung akan punyai 12 hakim (s.23) dan hakim-hakim pertama akan terdiri daripada Lords of Appeal in Ordinary kini (s.24). Seksyen-seksyen seterusnya mendirikan peraturan untuk perlantikan hakim mahkamah pada masa hadapan. Satu jawatankuasa khas perlantikan yang diketuai Presiden Mahkamah Agung (jadual 8) akan mencadangkan satu masa untuk Lord Chancellor yang boleh menolak nama itu hanya satu kali sahaja. Seksyen-seksyen 32 hingga 37 dinamakan Terma Perlantikan dan berkenaan isu-isu seperti tempoh perkhidmatan, gaji dan peruntukan tambahan, perletakan jawatan dan persaraan, dan pensyen. Seksyen 37 menambah bahawa Mahkamah Agung akan mendapat bidang kuasa House of Lords dan bidang kuasa kehakiman Majlis Privi.

Seksyen-seksyen seterusnya terdiri daripada hal-hal seperti prosidur, staf, dan sumber Mahkamah baru dan fi para hakim. Ketua Eksekutif Mahkamah Agung mesti menyediakan laporan tahunan kerja dan ia mesti dibentangkan pada kedua-dua Dewan Parlimen (s.51).

Dalam bahagian ketiga Akta terdapat peruntukan mengenai perlantikan hakim. Pada tahun 1991 Masyarakat Undang-undang England dan Walesmasyarakat undang-undang]] telah mengkritik sistem lama (Ratu melantik hakim dengan persetujuan Lord Chancellor), menekankan kekurangannya dan mencadangkan penubuhan satu badan bebas yang bertanggungjawab melantik hakim. Akta Pindaan Perlembagaan merealisasikan harapan masyarakat itu. Seksyen 61 memperuntukkan pembentukkan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman, yang kini bertanggungjawab melantik hakim-hakim untuk mahkamah-mahkamah Inggeris dan Wales. Seksyen-seksyen berikutnya meregulisasikan struktur dan prosidur Suruhanjaya.

Meskipun Jawatankuasa Kehakiman House of Lords akan dimansuhkan, lords undang-undang kini akan mengekalkan status mereka dalam Mahkamah Agung baru. Ahli-ahli baru Mahkamah tidak akan mendapat kerusi di House of Lords dan akan dipanggil Hakim-hakim Mahkamah Agung. Lord Chief Justice menggantikan Lord Chancellor sebagai ketua kehakiman Inggeris.

Mahkamah Agung akan mendapat bagunan baru, berlainan daripada Dewan Parlimen di mana House of Lords bersidang, untuk menggunakan kuasa-kuasa kehakimannya. Selepas survey dijalankan di banyak tempat, seperti Somerset House, ia diputuskan bahawa lokasi baru mahkamah adalah di Middlesex Guildhall, di Parliament Square, Westminster, yang dahulunya bangunan mahkamah mahkota. Lord Foster dipilih untuk membuat pemindahan. Bagunan ini dijangka akan dibuka pada tahun 2009 selepas renovasi pada tahun 2008.

Motivasi sunting

Pejabat Lord Chancellor dipinda untuk membuang kebolehannya untuk bertindak kedua-dua sebagai menteri kerajaan dan hakim. Keadaan ini bertentangan dengan idea pembahagian kuasa. Pindaan bertujuan membuang kesatuan perundangan, kehakiman dan pentadbiran yang wujud akibat sejarah ini supaya menepati piawaian European Convention on Human Rights, kerana pegawai yang mempunyai ketiga-tiga cabang kuasa ini tidak difikirkan boleh membicara kes dengan adil.

Pautan luar sunting