Akua regia atau akua regis (bermakna "air diraja") atau istilah sainsnya asid nitro-hidroklorik adalah satu campuran asid menghakis yang sangat tinggi. Larutan ini berwarna kuning atau merah berwasap. Campuran ini dibentuk oleh dengan mencampurkan asid nitrik dan asid hidroklorik pekat yang baru,[1] biasanya dengan nisbah isipadu 1:3. Ia dinamakan sebegitu kerana ia boleh melarutkan apa yang dikatakan logam diraja atau berharga iaitu emas dan platinum. Walaupun begitu, titanium, iridium, rutenium, tantalum, osmium, rodium dan beberapa logam lain berkebolehan untuk menahan sifat-sifat menghakisnya itu.[2]

Penyedian akua regia yang baru adalah tidak berwarna, tetapi ia bertukar ke oren di dalam masa beberapa saat. Di sini, akua regia yang baru telah ditambah ke dalam tiub NMR untuk membuang semua jejak bahan organik.
Penyediaan akua regia untuk membuang mendakan garam logam.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Kepekatan asid di dalam air berbeza-beza, dan nilai-nilai penunjuk boleh jadi 65% asid nitrik dan 35% bagi asid hidroklorik—iaitu, NHO3 sebenar:nilai isipadu HCl kurang daripada 1:2,
  2. ^ Encyclopædia Britannica Online. "Aqua regia".

Pautan luar sunting