Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah al-Mansur (bahasa Arab: (أبو عبد الله محمد بن عبد الله المنصور), juga dikenali dengan gelarannya Al-Mahdi (المهدي, "yang diberi petunjuk dari Tuhan") merupakan khalifah ketiga Bani Abbasiyyah yang memerintah selama 10 tahun. Beliau merupakan pengganti kepada bapanya, al-Mansur.

Al-Mahdi
ٱلْـمَـهْـدِي
Khalifah
Amirul Mukminin
Dinar emas Al-Mahdi
Khalifah Ketiga Kerajaan Bani Abbasiyah
Pemerintahan6 Oktober 775 – 24 Julai 785
Didahului olehAl-Mansur
Diikuti olehAl-Hadi
Keputeraan744 atau 745
Humeima, Bilad al-Sham
(kini Jordan)
Kemangkatan24 Julai 785 (umur 40–41)
PemakamanMasabadhan
Konsort
Senarai
Simpanan
Senarai
    • Muhayyat
    • Rahim,
    • Bahtariyah,
    • Shaklah,
    • Maknunah,
    • Basbas,
    • Hullah,
    • Hasanah,
    • Malkah
Anakanda
Nama penuh
Abu Abdallah Muhammad ibn Abdallah al-Mansur al-Mahdi
DinastiDinasti Abbasiyah
AyahandaAl-Mansur
BondaUmm Musa Arwa bint Mansur al-Himyari
AgamaIslam

Kehidupan awal sunting

Al-Mahdi dilahirkan pada 744/745 M di Humeima, Jordan. Ibunya bernama Urwa manakala ayahnya ialah al-Mansur. Ketika beliau berusia 10 tahun, ayahnya dilantik sebagai khalifah kedua Abbasiyah.[1]

Ketika berumur 15 tahun, al-Mahdi telah dihantar untuk mengalahkan pemberontakan Abdul Rahman bin Abdul Jabbar Azdi di Khorasan. Beliau juga mengalahkan pemberontakan Ispahbud, gabenor Tabaristan, dan Astazsis. Pada 762 M, al-Mahdi dilantik sebagai gabenor wilayah timur Abbasiyah, yang berpusat di Rayy. Di sinilah beliau jatuh cinta dengan al-Khayzuran, seorang anak perempuan panglima perang di Herat dan dikurniakan beberapa orang anak, termasuklah bakal khalifah keempat dan kelima, al-Hadi dan Harun al- Rasyid.[2] Sekitar tahun 770 Masihi (153 Hijrah), al-Mahdi telah dilantik sebagai Amir al-hajj.

Pemerintahan sunting

Al-Mahdi telah dilantik menjadi khalifah setelah ayahnya meninggal dunia di Mekah. Beliau memulakan pemerintahannya dengan membebaskan beberapa tawanan politik, memperluas dan menghiasi tempat-tempat suci Mekah dan Madinah, dan membina air pancut dan loteng untuk jemaah haji. Beliau juga meluaskan perkhidmatan mel, meningkatkan perkhidmatan rahsianya, membina kota berkubu, dan meningkatkan pelantikan kehakiman. Beliau juga banyak melakukan sumbangan amal.

Perpaduan dengan golongan penyokong Ali dalam khilafah berlaku semasa pemerintahan al-Mahdi. Keluarga Barmaki, yang telah menasihati para khalifah sejak zaman Abu al-‘Abbās sebagai wazir, memperoleh kuasa yang lebih besar di bawah pemerintahannya, dan bekerjasama dengan khalifah untuk memastikan kemakmuran Abbasiyah.[3]

Al-Mahdi juga memenjarakan wazir yang paling dipercayainya, Ya'qub ibn Dawud. Pada tahun 783 M, al-Mahdi mengadakan undang-undang rasmi yang membawa kepada hukuman mati terhadap orang yang didakwa Zindiq (ahli bidaah). Beliau gemar muzik dan puisi, maka beliau menyokong ekspresi muzik dan puisi di seluruh wilayah kekuasaannya sehinggakan ramai pemuzik dan penyair menerima naungannya.[4]

Setelah Mahdi berasa aman dalam pemerintahannya, beliau mula memerangi Byzantine dengan kekuatan yang lebih besar daripada pendahulunya. Beliau meningkatkan garis kawalannya dari Syria ke sempadan Armenia dan menuntut bandar Tarsus, yang menghubungkan Anatolia, Syria, dan utara Iraq. Pada tahun 777 M, beliau berjaya menumpaskan pemberontakan Yusuf ibn Ibrahim di Khurasan. Al-Mahdi juga telah memulakan dua pelayaran ketenteraan pada tahun 779 dan 781 M.[5]

Al-Mahdi telah diracun oleh salah seorang gundiknya pada tahun 785 M. Gundik itu berasa cemburu dengan seorang hamba perempuan lain yang didekati al-Mahdi. Dia menyediakan hidangan manisan dan meletakkan sebiji pir beracun di bahagian atas pinggan. Lubang pir telah dikeluarkan dan digantikan dengan pes maut. Dia menghantar hidangan itu kepada al-Mahdi melalui seorang pelayan, namun al-Mahdi memintas pinggan tersebut dan memakan buah pir itu tanpa teragak-agak. Tidak lama selepas itu, al-Mahdi mengadu sakit perut dan meninggal dunia pada malam itu semasa beliau berusia 43 tahun.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "The Abbasid Caliphs During the Lifetime of Imam Reza (A.S.)". Imam Reza Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-20. Dicapai pada 10 December 2016.
  2. ^ Kennedy, Hugh (2004). "The True Caliph of the Arabian Nights". History Today. 54 (9).
  3. ^ Bobrick 2012, m/s. 24.
  4. ^ Hilary Kilpatrick, ‘Mawālī and Music’, in Patronate and Patronage in Early and Classical Islam, ed. by Monique Bernards and John Nawas (Leiden: Brill, 2005) pp. 326-48.
  5. ^ a b Bobrick 2012, m/s. 25.
Al-Mahdi
Tarikh keputeraan: 744 Tarikh kemangkatan: 785
Gelaran Sunnah Islam
Didahului oleh
Al-Mansur
Khilafah Islam
755 – 785
Diikuti oleh:
Al-Hadi