Al-Mansur Ibn Abi Aamir

Abu Aamir Muhammad Ibn Abdullah Ibn Abi Aamir, Al-Hajib Al-Mansur أبو عامر محمد بن عبد الله بن أبي عامر الحاجب المنصور (sek. 938 - 8 Ogos 1002), lebih dikenali sebagai Almanzor, adalah pemimpin de facto Muslim Al-Andalus pada akhir kurun ke-10 hingga awal kurun ke-11. Pemerintahan beliau menandakan kemuncak kuasa untuk Moor Iberia.

Patung Almanzor di Algeciras, Andalusia, Sepanyol

Asal sunting

Nama sebenar beliau ialah Muhammad Ibn Abi Aamir, yang dilahirkan dalam keluarga bangsawan Arab dari kawasan Algeciras. Beliau tiba di istana Cordoba senagai pelajar untuk mempelajari undang-undang dan kesusasteraan. Kemudian beliau menjadi pengurus kepada Putera Hisham II.

Dalam masa beberapa tahun beliau berubah kedudukan dengan menghapuskan saingannya di dalam bidang politik. Khalifah Al-Hakam II mangkat pada 976 dan Ibn Abi Amir menjadi ghairah di dalam menabalkan Hisham II, yang berumur sepuluh tahun di atas takhta. Almanzor mempunyai pengaruh yang besar dalam Subh, pemimpin sebagai ibu kepada Hisham II. Dua tahun kemudian, beliau menjadi Hajib (gelaran yang sama dengan Perdana Menteri bagi Muslim Timur), atau Kaunselor. Dalam tempoh tiga tahun beliau menyatukan kuasanya dengan membina istana baru di Córdoba, al-Madina az-Zahira, dan dalam masa yang sama mengasingkan sepenuhnya Hisham II yang menjadi orang tahanan di dalam Medina Azahara.

Pemerintah yang efektif sunting

 
Kekhilafahan Cordoba c. 1000, at the puncak pemerintahan Al-Mansur'

Pada 981, dalam perjalanan pulang ke Cordoba dari Perang Torrevicente, di mana beliau menghancurkan saingannya yang terakhir (dan bapa mentuanya, Ghalib Al-Nasiri), beliau mengambil gelaran Al-Mansur bi-llah, Victorious by Grace of God. Di Eropah beliau dirujuk sebagai Almanzor.

Kuasanya yang meluas ke seluruh Cordoba sudahpun lengkap. Beliau memulakan perang dengan kerajaan Kristian di semenanjung. Beliau mengorganisasi dan mengambil bahagian di dalam 57 kempen, dan menang kesemuanya. Sebagai upah kempen berperang dengan wilayah Kristian, beliau membawa Berber , yang mengikuti arahan politik setiap masa.

Walaupun beliau berselisih faham dengan León dan Castile, pada 985 he menyerang Barcelona dan pada 997 beliau menyerang Santiago de Compostela di Galicia. . Beliau juga diupah dlam beberapa kempen berperang dengan Kerajaan of Navarra, beliau menewaskan tentera Castile di Perang of Cervera.

Beliau berkahwin dengan Abda, puteri kepada Sancho Garcés raja Navarra, yang melahirkan anak yang diberi nama Abd al-Rahman. Beliau pada umumnya dikenali sebagai Sanchuelo (Little Sancho, dalam bahasa Arab: Shanjoul).

Turutan sunting

Kejayaan berturut-turut beliau di utara telah memaksa pemimpin Kristian di semenanjung berdamai dengan beliau (c. 1000). Beliau telah digantikan oleh anaknya Abd al-Malik al-Muzaffar, yang menyambung kepimpinannya di Andalus sebagai Hajib sehingga kematiannya pada 1008.

Selepas Abd al-Malik, adiknya yang bercita-cita tinggi Abd al-Rahman Sanchuelo mengambil alih. Walau bagaimanapun beliau cuba merampas hak kekhilafahan dari Hisham sebagaimana al-Mansur menjadikan Hisham sebagai pemerintah utama. Keadaan ini menyebabkan negara ini berada di dalam keadaan huru-hara. Pengaruh kekhilafahan telah berpecah kepada beberapa kerajaanTaifa Kejadian ini merupakan sejarah hitam bagi orang Muslim di Iberia dan kerajaan Kristian dapat menakluk Taifa satu demi satu.

Almanzor peak di tengah Spain dinamakan selepas beliau.

Rujukan sunting