Al-Muttaqi Billah (Arab: المتقي) bergelar Abu Ishaq, dengan nama penuhnya Ibrahim bin al-Muqtadir bin al-Mu'tadhid bin al-Muwaffaq Thalhah bin al-Mutawakkil merupakan Khalifah Bani Abbasiyah di Baghdad dari tahun 940 sehingga 944. Beliau dilantik sebagai khalifah setelah kematian saudaranya iaitu ar-Radhi. Ketika saat dilantik, beliau berumur tiga puluh empat tahun. Ibunya adalah bekas hamba yang bernama Khalub, ada pula sumber lain yang menyatakan nama ibunya adalah Zahrah.

Didahului oleh:
ar-Radhi
Khalifah Bani Abbasiyah
(940944)
Digantikan oleh:
al-Mustakfi