Koordinat: 30°11′31.12″N 120°11′9.79″E / 30.1919778°N 120.1860528°E / 30.1919778; 120.1860528

Alibaba Group Holding Limited (NYSE: BABA) ialah sebuah syarikat e-dagang/e-lelong China yang mengkhususkan perniagaan sejagat. Syarikat ini yang berpusat di Hangzhou, memiliki pejabat pemasaran dan jualan luar di lebih 30 buah bandar raya di China, serta di Hong Kong, Switzerland dan Amerika Syarikat.

Alibaba Group Holding Limited
Dinamakan sempenaAli Baba Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiNYSE: BABA
ISINKYG017191142
US01609W1027 Sunting ini di Wikidata
IndustriInternet, perdagangan elektronik, perisian komputer
DitubuhkanHangzhou, China (1999)
PengasasJoseph Tsai
Jack Ma Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabat6/F Chuangye Mansion, East Software Park, No.99 Huaxing Road, Hangzhou, 310099, China
Kawasan perkhidmatanWorldwide
Tokoh pentingMa Yun (Jack Ma)
Hasil USD 7.5 billion (2013) [1]
Pendapatan kendalian89,678,000,000 Renminbi (2021) Sunting ini di Wikidata
Pendapatan bersih143,284,000,000 Renminbi (2021) Sunting ini di Wikidata
Modal657,500,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2022) Sunting ini di Wikidata
Jumlah aset1,690,218,000,000 Renminbi (2021) Sunting ini di Wikidata
Jumlah ekuiti937,470,000,000 Renminbi (2021) Sunting ini di Wikidata
PemilikJack Ma, SoftBank Group, Altaba, Joseph Tsai Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan22,000 (March 2014)[2]
Anak syarikat
  • Alibaba Cloud Computing
  • Alibaba.com Ltd.
  • Alisoft Holding Limited
  • AutoNavi Holdings Ltd
  • China Yahoo!
  • ChinaVision Media Group Limited
  • cnzz.com, Inc.
  • eTao
  • Taobao.com
  • Tmall.com
Tapak webhttp://www.alibaba.com/
Facebook: alibabagroupofficial Twitter: AlibabaGroup Instagram: alibaba.group LinkedIn: alibaba-group Youtube: alibabagroup TikTok: alibaba.com_official Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Ibu pejabat Alibaba di Hangzhou

Pada tahun 2012, dua portal Alibaba mengendalikan 1.1 trilion yuan (AS $170 bilion) urus niaga.[3] Sebahagian besar operasi syarikat ini ialah di Republik Rakyat China (RRC), dan pada tarikh penawaran awam permulaannya (IPO), 19 September 2014, nilai pasaran Alibaba ialah AS$231 bilion.[4]

Pada September 2013, syarikat ini mencari IPO di Amerika Syarikat selepas satu urusan tidak dapat dipersetujui dengan pihak berkuasa Hong Kong.[5] Perancangan berlaku selama 12 bulan sebelum kemunculan di Bursa Saham New York (NYSE) pada September 2014. Simbol Alibaba di papan tanda adalah "BABA.N", manakala harga IPO pada mulanya mengumpul AS$ 21.8 bilion, yang kemudiannya meningkat kepada AS$ 25 bilion, menjadikannya IPO terbesar dalam sejarah dunia pelaburan dunia, serta telah mengalahkan IPO Facebook (yang terbesar sebelum ini).[6][7]

Portal pengguna-ke-pengguna Alibaba Taobao, serupa dengan eBay, memiliki hampir satu bilion barang dan menjadi antara 20 tapak web paling-dilawat di seluruh dunia. Tapak web kumpulan ini bertanggungjawab terhadap lebih 60% penghantaran bungkusan di China setakat Mac 2013,[3] dan 80% jualan dalam talian negara itu setakat September 2014.[4] Alipay, suatu perkhidmatan eskrow dalam talian, bertanggungjawab terhadap sekitar separuh urus niaga bayaran dalam talian di China.[8]

Sejarah

Alibaba diasaskan oleh Jack Ma pada tahun 1999 sebagai sebuah perkhidmatan papan buletin agar syarikat perniagaan dapat mengeposkan, membeli dan menjual perintis jualan. Softbank, sebuah perbadanan telekomunikasi dan media yang berpusat di Jepun, merupakan salah satu pelaburnya yang terawal. Syarikat Jepun ini mula-mulanya melabur sebanyak AS$18 juta pada tahun 2000 dan kemudiannya juga menyertai pembiayaan yang berikut. Seterusnya, Alibaba menjadi sebuah laman sesawang sejagat untuk perusahaan kecil dan sederhana, bukan sahaja untuk mengenal pasti bakal rakan perdagangan yang berpotensi tetapi juga untuk berinteraksi antara satu sama lain dan menjalankan perniagaan dalam talian.

Menjelang bulan Oktober 2005, Alibaba dan Yahoo! menjalin sebuah perkongsian strategi jangka panjang, dengan Yahoo! mengambil alih 40% daripada syarikat Alibaba pada harga AS$1 bilion berserta aset Yahoo! di China yang bernilai sekitar AS$700 juta. Melalui perkongsian ini, Alibaba juga mendapatkan teknologi Yahoo! serta dapat mempergunakan sumber sejagatnya. Yahoo! turut memasukkan gelintaran dalam taliannya ke dalam portfolio perniagaan e-dagang Alibaba dan dengan itu, membantu Alibaba menjadi salah satu syarikat internet yang terbesar di China.

Pada 5 September 2014, kumpulan ini meletakkan julat harga awal AS$60-$66 untuk penawaran awam permulaannya (IPO). Penyenaraian di Bursa Saham New York (NYSE) ini dijangka menghasilkan lebih $20 bilion, menjadikannya penyenaraian teknologi terbesar dalam sejarah A.S., mengatasi Facebook.[9] Pada 18 September, IPO Alibaba diberi harga AS$68, mengumpul AS$21.8 bilion bagi syarikat itu dan pelaburnya.[10][11] Pada 19 September, saham Alibaba (BABA) mula didagangkan di NYSE dengan harga pembukaan $92.70 pada 11:55am EST. Penaja jamin Alibaba kemudian mengumumkan mereka menggunakan pilihan greenshoe untuk menjual 15% lebih saham daripada rancangan asal, meningkatkan jumlah IPO ke $25 bilion.[7]

Entiti berkaitan

  • Alibaba.com
  • Taobao
  • Tmall.com
  • Juhuasuan
  • eTao
  • Alipay
  • Alibaba Cloud Computing
  • AliExpress
  • China Yahoo!
  • Laiwang
  • ChinaVision Media Group
  • Youku Tudou
  • 11 Main
  • Alibaba Group R&D institute

Rujukan

  1. ^ "2011年阿里集团收入达28亿美元 利润率超40%" (dalam bahasa Chinese). Sohu. 2012-06-07.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Alibaba group FAQs". 2012-06-07.
  3. ^ a b "E-commerce in China: The Alibaba phenomenon". The Economist. 23 Mac 2013.
  4. ^ a b LIANA B. BAKER, JESSICA TOONKEL, RYAN VLASTELICA (19 September 2014). "Alibaba surges 38 percent on massive demand in market debut". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-20. Dicapai pada 20 September 2014.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ "UPDATE 3-U.S. to get coveted Alibaba IPO after Hong Kong talks founder". Reuters. 25 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-25. Dicapai pada 26 September 2013.
  6. ^ "IPO launch of Alibaba pushed back by a week". China National News. 1 September 2014. Dicapai pada 1 September 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  7. ^ a b Picker, Leslie; Chen, Lulu Yilun (22 September 2014). "Alibaba's Banks Boost IPO Size to Record of $25 Billion". Bloomberg. Dicapai pada 23 September 2014.
  8. ^ "Alibaba: The world's greatest bazaar". The Economist. 23 Mac 2013.
  9. ^ "Alibaba IPO expected to be biggest technology listing in US history". Big News Network.com. 6 September 2014. Dicapai pada 8 September 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  10. ^ "Alibaba's IPO Priced at $68 a Share". The Wall Street Journal. 18 September 2014. Dicapai pada 18 September 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  11. ^ "Alibaba prices at $68, becomes top U.S. IPO". USA Today. 18 September 2014. Dicapai pada 18 September 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

Pautan luar