Allah Selamatkan Sultan Mahkota

lagu negeri Kedah

Allah Selamatkan Sultan Mahkota[1] merupakan lagu rasmi bagi negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Lagu kebesaran ini mula dimainkan secara rasmi pada tarikh 22 Mac 1937 (bersamaan dengan 9 Muharam 1356) setelah mendapat lulusan secara rasmi oleh kerajaan negeri. Sebelum tarikh tersebut, tidak ada lagu khas dimainkan di majlis-majlis rasmi selain daripada permainan nobat.

Allah Selamatkan Sultan Mahkota

Lagu Kebangsaan Negeri Kedah Kedah
LirikAlmarhum Abdullah Syed Hussain, 1958
MuzikJ. A. Redhill (Reutenberg)
Diguna pakai1937
Sampel audio
Allah Selamatkan Sultan Mahkota (instrumental)

Lirik lagu ini ditulis oleh Tun Abdullah Syed Hussain Shahabuddin, seorang bekas Pegawai Tadbir Negeri. Lagunya pula disusun oleh J. A. Redhill (Reutenberg atau Roeytenberg) yang merupakan Ketua Pancaragam Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur berketurunan Yahudi Rusia. Liriknya yang ringkas tetapi padat antara lain mendoakan lanjutan usia Sulta Kedah sebagai ketua agama terkandung di dalam empat baris dengan empat perkataan pada sebaris yang mempunyai rima akhir.[2]

Sejarah sunting

Reuternberg telah diperintahkan untuk mencipta lagu negeri untuk Kedah dengan $1000 sebagai ganjaran. Dia berjaya mengarangnya dalam masa 25 minit. Rancangan untuk mewujudkannya telah dimulakan oleh Penasihat British Kedah, S.L. Jones.

Lagu tersebut telah digubah semula oleh Tunku Yakob dengan tambahan liriknya yang ditulis oleh Hj. Mohammad Sheriff, Menteri Besar ketika itu dan melodi dari J.F. Agustin pada tahun 1949.

Lirik sunting

Versi Terkini sunting

Allah Selamatkan Sultan Mahkota[1]
Bahasa Melayu [3][4] Tulisan Jawi

Allah selamat Sultan Mahkota [3][4]

Berpanjangan usia di atas Takhta [3][4]

Memelihara ugama Nabi kita [3][4]

Negeri Kedah serata-rata. [3][4]

ﷲ سلامت سلطان مهکوتا
برڤنجڠن اوسيا دأتس تختا
ممليهارا اوݢام نبي کيت
نݢري قدح سرات-رات

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  2. ^ Utusan Malaysia. 2008. 30 Ogos.
  3. ^ a b c d e Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Negeri Kedah - Allah Selamatkan Sultan Mahkota". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  4. ^ a b c d e Dewan Undangan Negeri Kedah. "Lagu Negeri Kedah - Allah Selamat Sultan". mmk.kedah.gov.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)