Amaluddin Darus

ahli politik Malaysia

Ustaz Amaluddin Darus merupakan ahli politik Malaysia kelahiran Kedah. Beliau antara pemimpin awal parti PAS seangkatan dengan Ahmad Fuad Hassan, Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Zulkifli Muhammad, Yusof Rawa,dan Abu Bakar Hamzah. Beliau banyak menulis rencana dan buku berkaitan dengan politik semasa pada zamannya. Beliau termasuk dalam kalangan kumpulan awal Senator di Dewan Negara, Malaysia..

Ustaz

Amaluddin Darus

Ahli Dewan Negara
Lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
11 September 1959 – 21 Oktober 1974
Didahului olehJawatan baharu
Digantikan oleh Mohd Amin Yaakob
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Dalam jawatan
1962–1964
Didahului olehAbu Bakar Hamzah
Digantikan olehAbu Bakar Hamzah
Butiran peribadi
Lahir24 Disember 1927
Kulim, Kedah
Meninggal dunia5 Mei 1990(1990-05-05) (umur 62)
Hospital Besar Kuala Lumpur
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (1952-1977)
PekerjaanAhli politik

Negara digemparkan dengan cubaan anak lelaki beliau yang sedang giat menyebarkan ajaran sesat Al Ahmadi di platfom media sosial pada 2024. Ajaran sesat Al Ahmadi yang jelas sesat dengan membatalkan syariat wajib solat 5 waktu untuk umat islam, mengagungkan Syaidina Ali ra secara berlebihan dan banyak lagi yang jauh menyimpang dari islam. Anak lelaki beliau juga mendakwa Allahyarham Amaluddin Darus adalah seorang syiah yang telah difatwakan sesat oleh majlis fatwa kebangsaan. Parti PAS belum mengeluarkan apa2 kenyataan untuk mengesahkan kenyataan anak lelaki Allahyarham Amaluddin Darus ini.

Mengembangkan PAS di Kelantan sunting

Amaludin Darus berusaha mengembangkan PAS di Kelantan sejak 1953 dengan pergi ke sana terutama di Pasir Mas. PAS ditubuhkan di Pasir Mas pada 23 Julai 1953 hasil usaha Amaluddin Darus, Omar bin Yusuf, Ustaz Badullah Ahmad , Ahmad bin Yatim dan Mohd Noor bin Senik. Amaluddin Darus menjadi Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan dan Terengganu.

PAS bertanding dalam pilihan raya 1955 di Kelantan tapi kesemuanya kalah. Beliau tidak pula bertanding. Hanya Tuan Haji Tuan Ahmad Tuan Hussin menang di Kerian,Perak.

Dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 pada Ogos 1959, PAS akhirnya menang 28 dari 30 kerusi negeri Kelantan. Profesor Zulkifli Muhammad selaku Timbalan Yang DiPertua PAS Pusat dan calon luar, menang di Bachok.

Kebangkitan PAS di Kelantan berkait dengan semangat menentang penjajahan British sebelumnya. Antaranya ialah perjuangan Tok Janggut. API diharamkan oleh British dan ramai pemimpinnya ditangkap.PAS ditubuhkan di Kelantan pada 1951 dan kembalinya Mohamad Asri dari Maahad Ehya Al-Syariff ke Kelantan,meningkatkan lagi semangat mereka.

Meninggalkan PAS sunting

Beliau meninggalkan PAS pada 1977 selepas PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional. Hal itu itu diceritakannya dalam buku 'Kenapa saya tinggalkan PAS'. Pimpinan Pas melucutkan jawatan Datuk Haji Mohamed Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa merujuk kerajaan pusat terlebih dahulu. Pilihan raya kecil Kelantan pada Mac 1978 menyaksikan PAS hanya menang di Kemumin dan Manek Urai.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Malaysia
    • Pingat Peringatan Malaysia (Perak) (P.P.M.) - 1965

Hasil Tulisan sunting

  • Amaluddin Darus (1988). Demokrasi dan diktator : sepanjang sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Syarikat Abad.
  • Amaluddin Darus (1988). Serbasalah Melayu di Malaysia. Petaling Jaya: Syarikat Abad. ISBN 9679944115.
  • Amaluddin Darus (1986). Kassim murtad atau muallaf ? : sanggahan terhadap Kassim dan bukunya "Hadis : Satu Penilaian Semula". Petaling Jaya: Pustaka Abad.
  • Amaluddin Darus (1984). Pelawat dari angkasa. Kuala Lumpur: Pustaka Abad. ISBN 9679944026.
  • Amaluddin Darus (1984). Pintu langit mula dibuka. Kuala Lumpur: Pustaka Abad. ISBN 9679944018.
  • Amaluddin Darus (1984). Al-Quran dan manusia di bumi. Kuala Lumpur: Pustaka Abad.
  • Amaluddin Darus (1983). Keruntuhan Arab dan Kebangkitan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Abad.
  • Amaluddin Darus (1981). Impian Yahudi menjelang ajalnya. Kuala Lumpur: Pustaka Abad.
  • Amaluddin Darus (1981). Wasiat Zulkiflee Muhammad. Kuala Lumpur: Pustaka Abad.
  • Amaluddin Darus (1980). Alim tetapi jahil : satu komentar terhadap beberapa tulisan Syeikh Mahmud Syaltut. Kuala Lumpur: Pustaka Abad.
  • Amaluddin Darus (1980). Israa-Miraj dan percobaan manusia ke langit. Kuala Lumpur: Pustaka Abad.
  • Amaluddin Darus (1979). Di balik tabir. Kuala Lumpur: Pustaka Abad.
  • Amaluddin Darus (1979). Menjelang Isa turun kebumi. Kuala Lumpur: Pustaka Abad.
  • Amaluddin Darus (1979). Adakah Imam Mahdi telah muncul?: peristiwa di Masjidilharam. Kuala Lumpur: Pustaka Abad.
  • Amaluddin Darus (1979). Kembali ke masjid. Kuala Lumpur: Abad Enterperais.
  • Amaluddin Darus (1979). Satu cabaran. Kuala Lumpur: Abad Enterperais.
  • Amaluddin Darus (1979). Mahu ke mana kita. Abad Entaperais.
  • Amaluddin Darus (1978). Lintasan politik Malaysia. Abad Entaperais.
  • Amaluddin Darus (1977). Kenapa saya tinggalkan PAS. Harimau Press.
  • Amaluddin Darus (1977). Yakjuj dan makjuj bertarung di Malaysia: bagaimana mengatasinya. Abad Enterperais.
  • Amaluddin Darus (1976). Manusia di langit dan manusia di bumi: suatu analisa politik mengenai manusia keturunan Adam di bumi. Abad Entaperais.
  • Amaluddin Darus (1963). Rahsia kemenangan Islam. Kota Bharu: Pustaka Islam.
  • Amaluddin Darus (1961). Umat Islam : di antara dajal dan yakjuj makjuj. Kota Bharu: Pustaka Islam.

Rujukan sunting