American President Lines

American President Lines Ltd. (atau singkatannya APL) ialah syarikat perkapalan dan pengkontenaan ke-7 terbesar di dunia.[1] Ia menawarkan perkhidmatan di lebih 140 negara[2] melalui satu jaringan yang menggabungkan operasi pengangkutan antara mod dengan IT dan e-commerce. Ia merupakan sebuah syarikat subsidiari kepada Neptune Orient Lines (NOL), sebuah syarikat pengangkutan dan logistik yang berpangkalan di Singapura.[3]. APL mempunyai pejabat operasi di hampir 100 negara di seluruh dunia.[4]

Kapal kontena APL, APL Turquoise di Bremerhaven, Jerman

Sejarah sunting

Sejarah APL bermula dengan syarikat Pacific Mail Company yang ditubuhkan oleh William Henry Aspinwall pada 1847. Antara aktiviti awalnya ialah menyediakan perkhidmatan kapal penumpang dan penghantaran mel melalui laluan Asia Pasifik. [5] Pada tahun 1925, syarikat ini dibeli oleh Dollar Shipping Company yang menjalankan aktiviti perniagaan yang sama.[6] Dollar Shipping Company kemudiannya menjadi antara syarikat perkapalan terbesar di dunia. Pada tahun 1926, ia merekodkan jumlah penumpang sehingga 45,000 orang dan keuntungan bersih $6 juta dolar.[7]

Keruntuhan Wall Street 1929 pada bulan Oktober 1929 yang menyebabkan Zaman Meleset telah memberi kesan buruk kepada Dollar Dollar Shipping Company.[8] [9] Menjelang tahun 1938, hutang syarikat telah mencecah $7 juta dolar, dengan kadar faedah $80,000 sehari. Pada bulan Ogos tahun yang sama kerajaan Amerika Syarikat mengambil alih syarikat ini dan memindahkan semua asetnya kepada American President Lines yang baru ditubuhkan.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ "Liner market shares". BRS report for Alphaliner. January 2006.
  2. ^ "APL: Routes". APL. 2008-07-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-17. Dicapai pada 2009-08-07.
  3. ^ "Welcome to NOL: Corporate Structure". NOL. 2008-07-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-02-12. Dicapai pada 2009-08-07.
  4. ^ "APL: Offices — Global Capabilities, Local Expertise". APL. 2008-07-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-23. Dicapai pada 2009-08-07.
  5. ^ Otis, Fessenden. "Pacific Mail Steam-Ship Company". Isthmus of Panama. New York, NY: Harper & Brothers. m/s. 149–167. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-05. Dicapai pada 2008-06-02. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)
  6. ^ "APL: History — Timeline: 1846–1899". APL. 2008-07-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-17. Dicapai pada 2009-08-07.
  7. ^ "APL: History — Timeline: 1900–1959". APL. 2008-07-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-17. Dicapai pada 2009-08-07.
  8. ^ "APL: History — Travelling in Style". APL. 2008-07-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-17. Dicapai pada 2009-08-07.
  9. ^ "The Ships List — Dollar SS Company". S. Swiggum & M. Kohli. 2008-07-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-16. Dicapai pada 2009-08-07.
  10. ^ "APL: History — Timeline: 1900–1959". APL. 2008-07-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-17. Dicapai pada 2009-08-07.

Pautan luar sunting