Amplang

Jenis keropok tradisi kaum Bugis yang berasal daripada Sulawesi

Amplang ialah sejenis makanan ringan berasaskan ikan. Ia pada kebiasaanya adalah berbentuk bulat dan berwarna putih. Amplang merupakan produk yang dikenali berasal dari ketapang Provinsi Kalimantan Barat di Indonesia.[1] kerupuk ini berasal daripada ikan tenggiri yang dicampur tepung kanji, dan di tambahkan bahan-bahan lain, dan setelah itu di digoreng.[2]

Amplang

Bahan-bahan sunting

Bahan Peratus (%)
Isi ikan 100
Tepung kanji 100
Garam 2
Gula 2
Natrium bikarbonat 2.5
MSG 0.3
Telur ayam

Pemprosesan sunting

Berikut ialah langkah-langkah yang terlibat dalam pemprosesan amplang:

  1. Mengadun – Isi ikan diadun bersama tepung kanji serta ramuan lain bagi membentuk doh.
  2. Membentuk – Doh dibentuk menjadi ketulan silinder besar seberat 500 gram, kemudian dipotong kecil secara melintang. Setiap potongan kecil tadi dibentuk silinder sekali lagi dengan saiz yang lebih kecil sebelum dipotong halus.
  3. Memasak – Amplang yang dipotong halus-halus digoreng di dalam minyak yang banyak selama lebih kurang 30 minit sehingga benar-benar ranggup. Amplang sentiasa di kacau semasa digoreng bagi mengelakkannya menjadi hangit.
  4. Mengetos – Sesudah digoreng, amplang ditoskan bagi membuang sisa-sisa minyak.
  5. Pembungkusan dan penyimpanan – Amplang yang sudah siap, dibungkus dalam plastik kedap udara kemudian disimpan pada suhu bilik serta jauhkan daripada pancaran cahaya matahari dan selamat daripada serangan serangga.

Rujukan sunting

  1. ^ "Amplang". Produk Perikanan. Jabatan Perikanan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-13. Dicapai pada 12 Mac 2013.
  2. ^ "Amplang". Eating Out. Lembaga Pelancongan Sabah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-16. Dicapai pada 12 Mac 2013.

Pautan luar sunting