Tatparanandam Ananda Krishnan (Tamil: த. ஆனந்தகிருஷ்ணன்; lahir 1 April 1938) merupakan usahawan yang terkaya di Malaysia serta yang ke-138 di dunia, dengan nilai bersih yang dianggarkan sebanyak AS$4 bilion, menurut Majalah Forbes (2005). Beliau terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya minyak, penternakan kuda bibit (di Australia), perjudian, studio kartun Hollywood, telekomunikasi, multimedia, perkapalan, tenaga, dan harta tanah. Syarikat-syarikatnya beroperasi di kebanyakan tempat di Asia Tenggara.

Ananda Krishnan
த. ஆனந்தகிருஷ்ணன்
Kelahiran
Tatparanandam Ananda a/l Krishnan

(1938-04-01) 1 April 1938 (umur 85)
PekerjaanPemilik tunggal Pacific States Investment Ltd.
Pengerusi Usaha Tegas Sdn. Bhd.
Nilai bersih $9.6 bilion (2011)[1]
Anak-anak3

Pada tahun 1985, bersama Bob Geldof dari Britain, Ananda menjadi penaja konsert Band Aid yang sulung dan yang memainkan peranan penting dalam pengenalan Live Aid ke Asia. Kegiatan-kegiatan perniagaannya yang amat berjaya selalu menyebabkannya menjadi perhatian ramai.[2][3][4]

Kehidupan awal sunting

Dilahirkan di Brickfields yang merupakan "India Kecil" kepada Kuala Lumpur, Ananda ialah anak kepada sebuah keluarga Tamil daripada Sri Lanka. Sewaktu kecil, beliau ialah seorang kanak-kanak yang gagap.[5][6]

Ananda belajar di Sekolah Tamil Vivekananda di Kuala Lumpur dan kemudiannya di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Mudanya (Kepujian) daripada Universiti Melbourne, Australia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada tahun 1964. Ananda pernah berkahwin dengan seorang puteri Thailand sewaktu muda lagi.

Krishnan mempunyai tiga anak yang juga sami Buddha Theravada yang dikenali sebagai Ajahn Siripanyo.[6][7]

Kerjaya sunting

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, iaitu tempat asalnya, latar belakang Ananda sebelum tahun 1992 merupakan satu misteri. Banyak cerita mengenai kejayaannya melalui kegiatan-kegiatan perjudiannya di Australia dan sebagai pembuat tawaran perniagaan kini telah pun disiarkan di media tempatan dan antarabangsa. Salah satu suku daripada kekayaannya datang daripada usaha perjudian (loteri, pertaruhan perlumbaan kuda).

Usaha Ananda yang sulung ialah dalam bidang perdagangan minyak. Sebelum 1992, Ananda merupakan seorang pembuat tawaran perniagaan dalam urus niaga minyak mentah yang mempunyai hubungan rapat dengan golongan pemimpin negara dan pegawai korporat industri petroleum di Asia. Beliau juga amat berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya spekulasi pasaran minyak di Amerika Syarikat.

Perhubungan dengan tokoh-tokoh politik sunting

Pada masa Tengku Razaleigh Hamzah berada di kemuncak kekuasaannya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, Anandalah yang merupakan rakan yang sentiasa menghadiri perjumpaan-perjumpaan, baik sosial mahupun rasmi, bersama-samanya. Dan apabila Tengku Razaleigh terlibat dalam perunding-perundingan yang penting, Anandalah yang menjadi orang perantaraan. Tengku Razaleigh adalah yang memperkenalkan Ananda kepada Dr Mahathir dalam tahun 1970-an. Tetapi Ananda sendiri yang telah berusaha memupuk perhubungan beliau dengan Dr Mahathir. Walaupun hubungannya dengan Dr Mahathir semakin rapat, beliau mengekalkan hubungannya dengan Tengku Razaleigh. Setelah Tengku Razaleigh meninggalkan UMNO dan menubuhkan Semangat 46, Ananda telah memainkan peranan yang utama dalam pemulihan semula hubungannya dengan Dr Mahathir yang berakhir dengan pengembalian Tengku Razaleigh ke UMNO pada tahun 1996.

Oleh kerana hubungannya yang rapat dengan Dr Mahathir, Ananda sentiasa dianggap sebagai kroninya. Pada akhir tahun 1991, Ananda telah mengambil alih Industri Lumba Kuda Malaysia yang terletaknya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang merupakan kawasan harta tanah yang termahal di Malaysia (dahulunya Padang Lumba Kuda Selangor). Beliau juga meraih keuntungan daripada dasar penswastaan Malaysia. Pada tahun 1993, sebuah syarikat yang dikuasai Ananda telah mengambil alih satu pertiga ekuiti dalam syarikat Powertek. Adalah Ananda yang meyakinkan Dr Mahathir terhadap pembinaan Menara Berkembar Petronas yang kini merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia, dan yang dimilik sebahagiannya oleh beliau.

Empayar multimedia sunting

Pada awal 1990-an, Ananda memulakan sebuah empayar multimedia yang kini termasuk:

Ananda membeli 46% daripada ekuiti Maxis daripada British Telecom, AT&T, Orange S.A., Belgacom, Royal KPN N.V. dan América Móvil dengan harga sebanyak AS$1,180 juta dan menaikkan hak miliknya menjadi 70%. Maxis ialah syarikat telefon bimbit yang terbesar di Malaysia, dengan jumlah pengguna melebihi 8 juta, dan bahagian pasaran tempatan melebihi 40%.

Ananda juga merupakan ketua Astro Malaysia Holdings yang merupakan rangkaian televisyen berbayar yang sulung di Malaysia. Beliau juga mempunyai rangkaian pawagam multipleks yang memegang lebih daripada 800 judul filem, serta memiliki sebahagian daripada TVB.com (cabang interaktif kepada penyiar utama di Hong Kong) dan arkib filem Shaw Brothers.

Pada tahun 1996, Ananda melancarkan satelit perhubungan Malaysia yang sulung, berikut kemudian dengan satelit yang kedua, melalui syarikatnya Binariang Satellite Systems Sdn. Bhd. Bagaimanapun, kegawatan ekonomi yang melanda negara-negara Asia Tenggara mengurangkan keuntungan syarikat itu dan memaksanya memberhentikan sejumlah pekerja-pekerja dan menangguhkan beberapa projek multimedianya.

Rujukan sunting

  1. ^ "Forbes List of Billionaire 2007". Forbes. Dicapai pada 2008-05-26.
  2. ^ "Bloomberg - Are you a robot?". www.bloomberg.com. Dicapai pada 2018-11-11. Cite uses generic title (bantuan)
  3. ^ "Tycoon Ananda Krishnan, launches Yu Cai Foundation - The Malaysian Reserve". themalaysianreserve.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-11.
  4. ^ "Ananda Krishnan". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-11.
  5. ^ "Ananda Krishnan of Maxis need security clearance to buy Sri Lanka Telecom due to his Tamil Origin". Tamil Sydney. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-03. Dicapai pada 2011-11-17.
  6. ^ a b "The monk who flew in a jet". Business Bhutan. 1 January 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 July 2016. Dicapai pada 25 December 2015.
  7. ^ Chow, Tan Sin (24 April 2012). "Ananda Krishnan makes time for son". The Star. Dicapai pada 25 December 2015.

Pautan luar sunting