Anestesia (daripada bahasa Yunani: αν- an- “tanpa” + αἲσθησις aisthesis “deria”) atau pembiusan (daripada perkataan Parsi bīhūshī)[1] merupakan keadaan menghalang rasa sakit atau deria-deria lain. Anestesia membolehkan pesakit menjalani pembedahan atau prosedur lain tanpa rasa sakit. Umumnya, anestesia boleh dibahagikan kepada dua kelas, iaitu jenis am dan setempat (lokal)

Pesakit yang menjalani pembedahan perlu menjalani pemeriksaan prabedah. Pemeriksaan ini termasuk mengumpulkan maklumat anestetik yang pernah digunakan oleh pesakit, penyakit yang pernah dihidap, pemeriksaan fizikal, pemeriksaan darah dan perundingan lain.

Kini, anestesia am meliputi:

  • Analgesia: menghalang penderiaan sakit secara sedar
  • Hipnosis: menyebabkan ketaksedaran tanpa analgesia
  • Amnesia: mengelakkan pengingatan
  • Pengenduran: mengelakkan pergerakan otot yang tidak dimahui
  • Pengobtunan refleks, bagi mengelakkan refleks automatik terlampau

Bentuk anestesia sunting

Terdapat beberapa bentuk pembiusan, termasuk:

  • Anestesia am: Kehilangan kesedaran aruhan ubat, hasilnya pesakit tidak dapat dibangkitkan, walaupun dengan perangsangan sakit. Pesakit tidak mampu mengekalkan laluan udara mereka, dan tidak mampu bernafas sendiri. Kebanyakan anestesia am dilakukan menggunakan agen intravena, seperti propofol
  • Sedasi dalam atau analgesia: Pengurangan kesedaran aruhan ubat, hasilnya pesakit tidak mudah dibangkitkan tetapi bertindak balas selepas perangsangan sakit yang teruk. Kadangnya pesakit tidak mampu bernafas sendiri.
  • Sedasi sederhana atau sedasi sedar: Pengurangan kesedaran aruhan ubat di mana pesakit berbalas kepada arahan lisan, sendiri atau dibantu oleh perangsangan taktil cahaya. Pesakit mampu bernafas sendiri.
  • Sedasi minimal atau ansiolisis: Keadaan aruhan ubat di mana pesakit berbalas kepada arahan lisan. Tumpuan perhatian, peringatan dan koordinasi mungkin terganggu, tetapi pesakit masih mampu bernafas sendiri.

Anestetik luar otak sunting

  • Anestesia regional: Kehilangan penderiaan sakit dan pengenduran otot pada tahap berbeza di bahagian tubuh tertentu.
  • Anestesia local: Sama seperti anestesia regional, tetapi untuk bahagian tubuh yang lebih kecil.

Pautan luar sunting

  1. ^ Buku Katan Kamus Melayu, m/s 132