Akbash

baka anjing dari Turki
(Dilencongkan dari Anjing Akbash)

Akbash[a] ialah satu baka atau jenis anjing penjaga haiwan ternakan tradisional Turki dari Anatolia barat.[3] Perkataan akbaş memaksudkan "kepala putih" dan, dengan itu, membezakan anjing ini daripada karabaş, atau "kepala hitam".[4]:33[5] Ia diiktiraf oleh Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar Turki pada tahun 2006; ia berada di bawah asuhan Persekutuan Baka Anjing dan Kinologi, iaitu persatuan baka anjing Turki, tetapi tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[3][6]

Akbash
seekor anjing putih besar yang duduk
Nama lainAkbaş çoban köpeği
Negara asalTurki
Trait
Berat Jantan 45–65 kg (99–143 lb)[1]:7
Betina 35–55 kg (77–121 lb)[1]:7
Tinggi Jantan 60–85 cm (24–33 in)[1]:7
Betina 50–75 cm (20–30 in)[1]:7
Bulu lapis bulu ganda[2]:90
Warna putih[2]:90
Jangka hayat 10–12 tahun[2]:90
Catatandiiktiraf oleh Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar Turki
Anjing (Canis lupus familiaris)
seekor anjing putih besar yang duduk sesama kawanan biri-biri
Menjaga biri-biri di California

Sejarah sunting

Akbash ialah baka anjing penjaga haiwan ternakan tradisional yang digunakan untuk melindungi kawanan ternakan daripada pemangsa di rupa bumi kasar di Anatolia barat.[2]:90 Ia tertabur terutamanya di wilayah Afyon, Ankara, Eskişehir, dan Manisa; sesetengahnya hadir di wilayah Ağrı, Konya, Sivas, dan Tunceli.[1]:7[7]:5

Piawaian diterbitkan oleh Institut Piawaian Turki pada tahun 2002 dan, pada tahun 2006, akbash diiktiraf oleh Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar; ia ditambahkan ke dalam senarai baka dan jenis asli beriktiraf dan piawaian baka diterbitkan dalam Resmi Gazete, iaitu warta rasmi pemerintah.[7]:5[8][9]:8[10]

Ciri sunting

Akbash ialah anjing penjaga haiwan ternakan yang menyediakan perlindungan daripada pemangsa kepada gembala dan kepada kambing biri-biri mereka; ia tidak mempunyai sebarang kebolehan penggembalaan.[1]:7 Ia merupakan anjing besar dan berkuasa:[11]:406 berat tubuh min ialah hampir-hampir 45 kg (99 lb) dan ketinggian min pada paras kelasa hanya lebih sedikit daripada 75 cm (30 in).[1]:6

Lapis bulunya mungkin sama ada panjang atau sederhana panjang; lapis bulunya sentiasa ganda dan biasanya berwarna putih, walaupun mungkin terdapat sedikit cahaya warna ke arah warna biskut.[12]:70[11]:406 Seperti anjing penjaga haiwan ternakan berlapis bulu putih lain, lapis bulu putihnya memudahkan gembala untuk membezakan antara anjing dengan pemangsa, walaupun dalam kegelapan.[11]:406 Terdapat jumbai cukup banyak di belakang tungkai dan ekornya berjumbai lebat.[12]:70

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: اكباش; Turki: akbaş

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g Orhan Yılmaz, Mehmet Ertuğrul (2012). Determination of Akbash Shepherd Dog Raised in Turkey (Inggeris). Bitlis Eren University Journal of Science & Technology. 2 (1): 6–9.
  2. ^ a b c d Tamsin Pickeral (2014). Dogs Unleashed. San Diego, Amerika Syarikat: Thunder Bay Press. ISBN 9781626860681.
  3. ^ a b Akbaş Shepherd Dog (Turki). Persekutuan Baka Anjing dan Kinologi. Diarkibkan pada 6 Disember 2013.
  4. ^ Persatuan Bahasa Turki - TDK Online Dictionary. ak [pautan mati kekal] (Turki), baş [pautan mati] (Turki)
  5. ^ David Hancock (2014). Dogs of the Shepherds: A Review of the Pastoral Breeds. Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. ISBN 9781847978080.
  6. ^ FCI breeds nomenclature. Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 31 Mac 2024.
  7. ^ a b Orhan Yılmaz, Mehmet Ertuğrul, R. Trevor Wilson (2012). The domestic livestock resources of Turkey: breed descriptions and status of guard and hunting dogs (Inggeris). Dalam: 63rd Annual Meeting of the EAAP, halaman 27–31.
  8. ^ [s.n.] (2002). Akbaş Turk Coban Kopegi Standardi, TS 12891(=Piawaian Anjing Gembala Akbash Turki, bilangan 12891). Institut Piawaian Turki. Ankara, Turki: TSE Matbaasi.
  9. ^ Seyrani Koncagül, Canan Demiralp, Nermin Aksümer, A. Oya Akın, Mehmet Ertuğrul (2012). Domestic Animal Genetic Resources in Turkey (Inggeris). Jabatan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Dasar Pertanian, Kementerian Pertanian Makanan dan Haiwan Ternakan, Republik Turki. Diterbitkan sebagai: Animal Genetic Resources/Ressources Génétiques Animales/Recursos Genéticos Animales. 50 (111–11). doi:10.1017/S2078633612000240. Diarkibkan pada 29 Mei 2012.
  10. ^ [s.n.] (2006). Yerli Hayvan Irk ve Hatlarının Tescili Hakkında 2004/39 No’lu Tebliğde Değişiklik Yapılmasına Dair Tebliğ (Tebliğ No: 2006/32) (Turki). Resmi Gazete 9 Julai 2006, bilangan 26223.
  11. ^ a b c Andrew De Prisco, James B. Johnson, Kerry V. Donnelly, Paquita Kriens (penterjemah) (1992). Mini-atlas de las razas caninas: más de 400 razas ilustradas y detalladas (Sepanyol). Barcelona, Sepanyol: Hispano Europea. ISBN 8425509181.
  12. ^ a b [Bruce Fogle] (2013). The Dog Encyclopedia. London, United Kingdom; New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley. ISBN 9781465408440.