Kooikerhondje Belanda

baka anjing dari Belanda
(Dilencongkan dari Anjing Kooiker)

Kooikerhondje Belanda[a] atau hanya kooikerhondje[b] ialah satu baka anjing jenis spaniel kecil dengan keleluhuran Belanda yang pada asalnya digunakan sebagai anjing pekerja, khususnya di dalam denak itik untuk mengumpan itik. Kooiker adalah popular pada abad ke-17 dan abad ke-18[perlu rujukan] dan muncul dalam lukisan-lukisan Jan Steen.

Kooikerhondje Belanda
Seekor kooikerhondje berusia dua tahun
Nama lainKooikerhondje
Kooiker
Spaniel Belanda
Spaniel umpan Belanda
Negara asalBelanda
Trait
Jangka hayat 8–15 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perihal sunting

Penampilan sunting

Kooikerhondje ialah anjing sukan kecil, mencolok, dan jingga dan putih mirip spaniel. Baka ini yang pada asalnya dibiakbakakan di Belanda sebagai anjing umpan itik mempunyai ekor amat lebat yang bergoyang-goyang secara bergaya untuk menarik dan mengumpan itik untuk mengikutinya ke dalam eendenkooi (sistem perangkap kolam rumit buatan manusia). Apabila tidak mengerjakan perangkap, kooikerhondje dijangkakan bekerja di ladang untuk menangkap haiwan perosak. Ketinggian pilihan pada paras kelasa ialah 40 sentimeter (16 in) untuk jantan dan 38 sentimeter (15 in) untuk betina.[1] Piawaian FCI mengizinkan variasi 38–41 cm (15–16 in) untuk jantan dan 36–39 cm (14–15 in) untuk betina.[2] Saiz yang diizinkan di Amerika Syarikat ialah 14.5–17.5 inci (37–44 cm) untuk jantan dan 13.5–16.5 inci (34–42 cm) untuk betina. Perkadaran kooikerhondje terkeluar daripada segi empat sama. Tulang dan isi pada kooikerhondje adalah sederhana. Kepalanya patut berperkadaran dengan anjing. Ekspresinya lemah lembut dan berwaspada. Telinganya patut berwarna jingga-merah dan cukup berjumbai dan sebaiknya berhias dengan anting-anting. Warna untuk kooikerhondje sebaik-baiknya patut terdiri daripada tompok-tompok jelas berwarna jingga-merah jernih pada putih tulen, tetapi sedikit tompok kecil pada tungkai dapat diterima. Warna patut meluas pada belakang dengan dada, perut, takik dan majoriti tungkai dan ekor berwarna putih. Telinganya hitam. Gelang ekor hitam di tempat perubahan warna daripada jingga-merah kepada putih diizinkan. Anjing yang berwarna merah padu pada belakang dapat diterima tetapi tidak diutamakan.[1]

Kesihatan sunting

 
Seekor kooikerhondje

Sebilangan penyakit boleh waris telah dikenal pasti pada kooikerhondje[3] termasuk:

Sebuah kajian Belanda tentang 842 ekor anjing mendapati bahawa kehelan tempurung lutut adalah prevalen pada 24% daripada anjing yang diimbas. Semasa tempoh kajian — yang bermula pada tahun 1994 dan tamat pada tahun 2011 — prevalens keadaan ini menurun daripada 28% kepada 19%, walaupun prevalens masih lebih tinggi daripada anjing spaniel lain.[7]

Sejarah sunting

 
Doctor's visit dengan kooikerhondje, lukisan (1658–1620) oleh Jan Steen

Kooikerhondje dikembangkan di Belanda sebelum abad ke-16 untuk menjadi baka untuk mengumpan itik ke dalam perangkap - teknik yang juga dipanggil tolling. Ia digunakan untuk mengumpankan kooien (sangkar dalam bentuk terusan dengan perangkap di hujungnya), yang digunakan oleh pemburu (yang dipanggil kooiker) dapat semudahnya menangkap unggas. Anjing yang digunakan oleh kooiker untuk jenis teknik perburuan ini dirujuk sebagai Kooiker's hondje. Akhirnya ini membawa kepada panggilan kooikerhondje.[perlu rujukan]

Baka ini hampir menjadi pupus semasa Perang Dunia Kedua sehingga Baroness van Hardenbroek van Ammerstol menyelamatkannya. Baka ini hanya diiktiraf secara rasmi oleh Raad van Beheer,[9] iaitu Kelab Kenel Belanda, pada tahun 1971[10] dan sejak itu telah diimport ke negara lain dan diiktiraf secara rasmi. Baka ini masih agak tidak terkenal di Amerika Utara dan belum diiktiraf sebagai baka di Kanada, walaupun ia diterima ke dalam Program Khidmat Ternakan Asasi AKC,[11] pada tahun 2004. Baka ini dipindahkan ke dalam Kelas Lain-lain AKC pada 1 Julai 2015[12] sebagai persediaan untuk berpindah ke dalam Kumpulan Sukan setibanya pengiktirafan penuh.[13] Setakat 1 Jan 2018, kooikerhondje Beland telah diiktiraf sepenuhnya oleh American Kennel Club dan kini bertanding dalam Kumpulan Sukan. Di Amerika Syarikat, kedua-dua UKC dan ARBA mengiktiraf baka ini.

Di United Kingdom, baka ini telah dikeluarkan daripada senarai import dan kini layak untuk menyertai Crufts untuk anugerah Best in Show, walaupun hanya terdapat 76 ekor anjing baka ini di United Kingdom.

Pada Januari 2013, The Kennel Club mengumumkan bahawa pihaknya mengelaskan kooikerhondje semula daripada kumpulan gundog kepada kumpulan utiliti berkuat kuasa Januari 2014. Keputusan itu dicapai selepas perbincangan dengan kelab baka United Kingdom dan persetujuan sebulat suara dicapai.[14]

Sesetengah ahli sejarah[nyatakan menurut siapa?] percaya bahawa kooikerhondje mungkin memainkan peranan dalam perkembangan anjing pengutip pemburu itik Nova Scotia.[perlu rujukan]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: کوءيکرهونجى بلندا; Belanda: Nederlandse kooikerhondje
  2. ^ Jawi: کوءيکرهونجى, Sebutan bahasa Melayu: [koi̯kərhɔnˈd͡ʒə]; Belanda: kooikerhondje

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Nederlandse Kooikerhondje" (PDF). American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Mac 2024.
  2. ^ "FCI-Standard N° 314 NEDERLANDSE KOOIKERHONDJE" [Piawaian FCI No. 314 Kooikerhondje Belanda] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Lydia K. M. Erhart. Disemak oleh Renée Sporre-Willes. 19 Januari 2011. Dicapai pada 10 Mac 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ a b Opmeer, Yvet; Grinwis, Guy C. M.; Shelton, G. Diane; Rosati, Marco; Alf, Vanessa; Fieten, Hille; Leegwater, Peter A. J.; Matiasek, Kaspar; Mandigers, Paul J. J. (29 April 2023). "An Inflammatory Myopathy in the Dutch Kooiker Dog". Animals. MDPI AG. 13 (9): 1508. doi:10.3390/ani13091508. ISSN 2076-2615. PMC 10177195 Check |pmc= value (bantuan). PMID 37174546 Check |pmid= value (bantuan).
  4. ^ Slappendel, R.J.; Beijer, E.G.M.; van Leeuwen, M. (1998). "Type III von Willebrand's disease in Dutch kooiker dogs". Veterinary Quarterly (dalam bahasa Inggeris). Informa UK Limited. 20 (3): 93–97. doi:10.1080/01652176.1998.9694847. ISSN 0165-2176. PMID 9684296.
  5. ^ Mandigers, P.J.J.; van Nes, J.J.; Knol, B.W.; Ubbink, G.J.; Gruys, E. (1993). "Hereditary necrotising myelopathy in Kooiker dogs". Research in Veterinary Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier BV. 54 (1): 118–123. doi:10.1016/0034-5288(93)90020-g. ISSN 0034-5288. PMID 8434139.
  6. ^ Schulze, C.; Meyer, H.P.; Blok, A.L.; Schipper, K.; van den Ingh, T.S.G.A.M. (1998). "Renal dysplasia in three young adult dutch kooiker dogs". Veterinary Quarterly (dalam bahasa Inggeris). Informa UK Limited. 20 (4): 146–148. doi:10.1080/01652176.1998.9694861. ISSN 0165-2176. PMID 9810631.
  7. ^ a b Wangdee, C.; Leegwater, P.A.J.; Heuven, H.C.M.; van Steenbeek, F.G.; Meutstege, F.J.; Meij, B.P.; Hazewinkel, H.A.W. (2014). "Prevalence and genetics of patellar luxation in Kooiker dogs". The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier BV. 201 (3): 333–337. doi:10.1016/j.tvjl.2014.05.036. ISSN 1090-0233. PMID 24986317.
  8. ^ PJ, Mandigers; JJ, van Nes; BW, Knol; GJ, Ubbink; E, Gruys (1993). "Hereditary Kooiker dog ataxia". Tijdschrift voor Diergeneeskunde (dalam bahasa Inggeris). Tijdschr Diergeneeskd. 118 (Suppl 1): 65S. ISSN 0040-7453. PMID 8480326. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  9. ^ Raad van Beheer (Inggeris), Kelab Kooikerhondje Belanda
  10. ^ Vereniging het Nederlandse Kooikerhondje (Belanda), Kelab Kooikerhondje Belanda, sejarah
  11. ^ Foundation Stock Service (Inggeris), Khidmat Ternakan Asasi American Kennel Club
  12. ^ "Nederlandse Kooikerhondje Dog Breed Information - American Kennel Club" (dalam bahasa Inggeris).
  13. ^ "AKC Kooikerhondje Did You Know?" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Mac 2024.
  14. ^ "Kooikerhondje moves to utility" (dalam bahasa Inggeris). Dog World. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2013. Dicapai pada 10 Mac 2024.

Pautan luar sunting