Anjing Tosa

baka anjing dari Jepun

Anjing Tosa, tosa,[a] anjing laga Tosa,[b] atau mastif Jepun[c] ialah satu baka anjing asal Jepun yang dianggap jarang. Ia pada asalnya dibiakbakakan di Tosa, Shikoku (kini Kōchi), sebagai anjing laga dan merupakan satu-satu baka yang masih digunakan (mematuhi undang-undang) dalam laga anjing Jepun.[1] Pemilikan dibatasi di sesetengah negara sebagai baka berbahaya.

Anjing Tosa
Nama lainTosa
Anjing Tosa Jepun
Tosa Jepun
Anjing laga Tosa
Anjing laga Jepun
Mastif Jepun
Negara asalJepun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Di Korea Selatan, ia merupakan salah satu baka daging anjing utama, bersama dengan nureongi.[2]

Penampilan sunting

Saiz anjing Tosa agak berbeza-beza dengan anjing yang dibiakbakakan di Jepun yang cenderung berukuran kira-kira separuh saiz anjing yang dibiakbakakan di luar negara. Baka Jepun pada umumnya berukuran seberat 36–61 kilogram (80–135 lb), manakala pembiak baka bukan Jepun telah memberikan tumpuan kepada anjing yang berukuran seberat 60–90 kg (130–200 lb) dan berdiri setinggi 62–82 cm (24–32 in) pada paras kelasa.[3] Lapis bulunya bercirikan penampilannya pendek dan licin dan kerap berwarna merah, brindle, atau perang kekuning-kuningan, tetapi kadang-kadang dapat berwarna hitam pudar. Penjagaan lapis bulu biasanya minimum. Anjing kadang-kadang dapat menaikkan jarum penimbang kepada 91 kilogram (200 lb). Di Jepun, ia dianggap setara dengan ahli gusti sumo dan malah digambarkan dalam alat kelengkapan gusti.[perlu rujukan]

Sejarah sunting

 
Kepala anjing Tosa
 
Anjing Tosa
 
Kepala anjing Tosa

Baka ini berasal dari separuh kedua abad ke-19. Baka ini bermula dengan anjing Shikoku asli (anjing peribumi seberat kira-kira 25 kilogram (55 lb) dan berdiri setinggi kira-kira 55 sentimeter (22 in)). Anjing ini disilangkan dengan baka-baka anjing Eropah, seperti buldog lama Inggeris pada tahun 1872, mastif Inggeris pada tahun 1874, anjing Santo Bernard dan anjing penuding Jerman pada tahun 1876, anjing besar Denmark pada tahun 1924, dan bulterier.[4] Matlamatnya adalah untuk membiakbakakan anjing lebih besar dan lebih berkuasa yang khusus untuk pertandingan laga anjing di Jepun. Zaman kegemilangan pembiabakakan anjing Tosa adalah pada antara tahun 1924 dengan tahun 1933, apabila terdapat lebih daripada 5,000 orang pembiak baka anjing Tosa di Jepun.[5][6]

Hal ehwal undang-undang sunting

 
Anak anjing Tosa berusia 4 bulan

Pemilikan anjing Tosa dibatasi menurut undang-undang di bidang kuasa tertentu. Di United Kingdom, pemilikan dikawal di bawah Akta Anjing Berbahaya 1991 dan di Trinidad dan Tobago di bawah Akta Kawalan Anjing 2014.[7] Pengecualian spesifik daripada mahkamah British diperlukan untuk memiliki dan mengimport anjing Tosa secara sah di United Kingdom.[8]

Baka ini diharamkan atau dibatasi secara undang-undang di peringkat kebangsaan di negara-negara berikut:

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ توسا; توسا; Jepun: 土佐犬; 土佐, rumi: Tosa ken; Tosa inu; tosa
  2. ^ Jawi: انجيڠ لاݢ توسا; Jepun: 土佐闘犬, rumi: Tosa tōken; bahasa Inggeris: Tosa fighting dog
  3. ^ Jawi: مستيف جڤون; Jepun: 日本マスティフ, rumi: Nihon masutifu; bahasa Inggeris: Japanese mastiff

Rujukan sunting

  1. ^ Wofford, Taylor (1 September 2016). "Dogfights in Japan Are a Family Outing". Newsweek (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  2. ^ "6 things you should know about Korea's dog meat farms" (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ Fogle, Bruce (2000). The New Encyclopedia of the Dog (dalam bahasa Inggeris). Doring Kindersley (DK). ISBN 0-7894-6130-7.
  4. ^ Cunliffe, Juliette (2004). The Encyclopedia of Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). Parragon Publishing. ISBN 0-7525-8276-3.
  5. ^ Coleman, Joseph (8 Oktober 1998). "Japan's powerful Tosa fighting dogs go for the throat in canine sumo". Deseret News (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  6. ^ "Silence Reigns when Japan's Tosas Fight" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Januari 2024.
  7. ^ "The Dog Control Act". The Trinidad Guardian (dalam bahasa Inggeris).
  8. ^ "Dangerous Dogs Act 1991" (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: HMSO/National Archives. 1991. Bab 65. Dicapai pada 18 Januari 2024. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  9. ^ "Importing Animals". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2018. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  10. ^ "Vejledning om hundelovens forbudsordning" (dalam bahasa Denmark). Justitsministeriet. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2011. Dicapai pada 11 Januari 2024.
  11. ^ "Banned items : Customs Clearance - The Official Portal of the UAE Government". www.government.ae (dalam bahasa Inggeris).[pautan mati kekal]
  12. ^ "Fiji Pet Passport Regulations" (dalam bahasa Inggeris). Pet Travel, Inc. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  13. ^ "Hong Kong e-Legislation". www.elegislation.gov.hk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Januari 2024.
  14. ^ "Landbúnaðarráðuneyti" (dalam bahasa Iceland).
  15. ^ "Hvaða hundar eða hundakyn eru bönnuð á Íslandi?" (dalam bahasa Iceland).
  16. ^ Kelly, Olivia. "Dublin City Council bans 'dangerous dog breeds'". The Irish Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Januari 2024.
  17. ^ "חוק להסדרת הפיקוח על כלבים". Nevo (dalam bahasa Ibrani). Dicapai pada 2021-09-11.
  18. ^ "Kod Amalan Kebajikan Haiwan: Aktiviti Pembiakan Haiwan Kesayangan" (PDF). Jabatan Perkhidmatan Veterinar (pdf). 2019. m/s. 29. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  19. ^ "Importation of Pets in Malta" (dalam bahasa Inggeris). MFGC. 2 Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2009. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  20. ^ "The New Zealand Department of Internal Affairs rules on dog control" (dalam bahasa Inggeris).
  21. ^ "Forskrift om hunder". Lovdata. 25 Ogos 2009. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  22. ^ "Les chiens de catégorie 1 et 2 dits " chiens dangereux "". agriculture.gouv.fr (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Januari 2024.
  23. ^ "ORDONANȚĂ DE URGENȚĂ nr. 55 din 30 aprilie 2002" (dalam bahasa Romania). Dicapai pada 18 Januari 2024.
  24. ^ "Agri-Food & Veterinary Authority of Singapore List of Scheduled Dogs" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). ava. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 Disember 2014. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  25. ^ "Prohibitions et restrictions" (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 18 Januari 2024.
  26. ^ "HAYVANLARI KORUMA KANUNU" (dalam bahasa Turki). Dicapai pada 18 Januari 2024.
  27. ^ "Controlling your dog in public: Banned dogs - GOV.UK". www.gov.uk (dalam bahasa Inggeris).

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting