Anjing belakang permatang Rhodesia

baka anjing dari Selatan Afrika

Anjing belakang permatang Rhodesia atau ridgeback Rhodesia[a] ialah satu baka anjing besar yang pada asalnya dibiakbakakan di Selatan Afrika.[1] Leluhurnya dapat dijejak kembali kepada anjing pemburu dan pengawal berpermatang separa bela jinak bagi orang Khoikhoi. Anjing ini saling dibiakbakakan dengan anjing Eropah oleh para peneroka awal di Koloni Tanjung untuk membantu dalam pemburuan singa.

Anjing belakang permatang Rhodesia
Seekor anjing belakang permatang Rhodesia jantan
Nama lain
  • Ridgeback Rhodesia
  • Anjing pemburu singa Afrika
  • Anjing singa Afrika
Nama ringkasRidgeback
Negara asalSelatan Afrika
Trait
Berat Jantan 36.5 kg (80 lb)
Betina 32 kg (71 lb)
Tinggi Jantan 63–69 cm (25–27 in)
Betina 61–66 cm (24–26 in)
Bulu Pendek dan padat, berpenampilan licin dan berkilat
Warna Antara kuning gandum muda dengan merah gandum. Sedikit putih di dada dan jari kaki diizinkan. Muncung dan telinga gelap diizinkan. Lebihan bulu hitam di seluruh lapis bulu kurang diingini. Dua warna hidung diizinkan; hitam dan hati.
Jangka hayat 11.9 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Piawaian baka awal didrafkan oleh F.R. Barnes, di Bulawayo, Rhodesia Selatan (kini Zimbabwe), pada tahun 1922, dan diluluskan oleh Kennel Union of Southern Africa pada tahun 1927. Ridgeback Rhodesia pada masa kini ialah satu-satu baka berdaftar yang asli di tanah besar Selatan Afrika. Baka ini memaparkan ciri-ciri anjing pemburu penglihatan, anjing pemburu bau, dan mastif.

Sejarah sunting

 
Ein Jagdhund ("seekor anjing pemburu") - seekor ridgeback Rhodesia oleh Karl Friedrich Schulz, sekitar tahun 1834

Orang Khoikhoi, yang menghuni Semenanjung Cape apabila Belanda mulai berdagang dengan kawasan itu semasa pertengahan abad ke-17, memiliki anjing pemburu separa liar yang diperihalkan oleh Eropah sebagai anjing yang sepenuhnya tidak takut dan ganas apabila bertindak sebagai anjing penjaga. Anjing ini berukuran hampir-hampir setinggi 18 inci (46 cm) pada paras kelasa, dengan tubuh langsing tetapi berotot. Telinganya telah diperihalkan sebagai telinga tegak tetapi kemudian disebut sebagai telinga tergantung oleh sebab pembiakbakaan menyaling dengan anjing Eropah, namun ciri paling distingtif ialah panjang bulu yang kerap tumbuh ke arah lawan di sepanjang belakangnya. Dalam tempoh 35 tahun petempatan Belanda pertama di Selatan Afrika, orang Eropah sendiri menggunakan anjing-anjing tempatan ini.[2]

Menjelang awal tahun 1800-an, para peneroka Eropah juga telah mengimport beragam-ragam baka anjing yang kebanyakannya dari Eropah ke kawasan Afrika ini, termasuk anjing pemburu khusus seperti grehaun Inggeris, mastif Inggeris, anjing besar Denmark, dan bloodhound. Dogo Cuba (anjing pemburu darah Cuba), baka pupus yang digunakan untuk laga anjing dan penjagaan, sangat ditekankan dalam komposisi ridgeback Rhodesia awal.[3] Analisis genetik menunjukkan bahawa ridgeback Rhodesia dan anjing besar Denmark tergolong dalam klad (kelompok) genetik sama,[4] yang menunjukkan sumbangan besar anjing besar Denmark. Baka-baka ini dibiakbakakan dengan anjing-anjing asli Afrika, termasuk anjing orang Khoikhoi, yang menghasilkan anjing pemburu Boer, yang secara generik dipanggil boerhond ("anjing Boer") dalam bahasa Belanda; dan kemudian dalam bahasa turunannya bahasa Afrikaans, yang merupakan perintis utama kepada anjing belakang permatang Rhodesia moden. Penjujukan genom anjing purba menunjukkan bahawa anjing belakang permatang Rhodesia Selatan Afrika mengekalkan 4% keleluhuran prapenjajahan.[5]

Rev. Charles Helm (1844–1915), anak kepada Rev. Daniel Helm dari London Missionary Society, dilharikan di Koloni Tanjung, menyertai London Missionary Society dengan sendiri, dan berpindah dari stesen misi Zuurbraak (sekarang Suurbraak) yang di timur Swellendam (kini Provinsi Cape Barat, Afrika Selatan) ke Misi Hope Fountain di Matabeleland, Rhodesia Selatan, dalam perjalanan dari Oktober 1874 hingga Disember 1875, sambil membawa sekali dua ekor anjing berpermatang betina dari suatu tempata di antara Kimberley (kini Provinsi Cape Utara, Afrika Selatan) dengan Swellendam ke Hope Fountain pada tahun 1879 dalam perjalanan untuk menjadi, seperti yang terjadi, penasihat politik kepada Raja Lobengula, tuan rumah kepada pemburu-peneroka Frederick Courteney Selous, ketua pos Bulawayo dan pencabut gigi yang amat dihargai.[6][7] Di Hope Fountain, kini sebahagian daripada bandar raya Bulawayo, orang pindahan Afrika Selatan bernama Cornelius van Rooyen (lahir pada tahun 1860, di Uitenhage, kini Provinsi Cape Timur, Afrika Selatan), seorang pemburu buruan besar, dinikahkan dengan Maria Vermaak dari Bloemhoef oleh Charles Helm pada tahun 1879, tahun sama yang padanya Helm membawa dua ekor anjing betina kelabu-hitam berbulu kasarnya ke Misi. Van Rooyen melihat dua ekor anjing betina Helm dan membuat keputusan untuk membiakbakakan anjing-anjing jantannya dengan anjing-anjing betina itu untuk menggabungkan kebolehan penjagaan.[8]

Selepas bermula dengan perinduk berbulu kasar yang lebih kelabu yang berasal daripada anjing Helm, van Rooyen selanjutnya menyilangkan anak anjing dengan yang berbulu lebih merah, lalu menyertakan permatang anjing baka tempatan Khoikhoi yang telah pun dibawa pada anjing Boer ke dalam genom-genom anjingnya.[9] Anjing-anjing ini menjadi baka pengasas bagi kenel yang mengembangkan anjing selama 35 tahun selanjutnya dengan kebolehan untuk menahan singa, bukan untuk menyerang singa langsung tetapi untuk mengganggu singa dengan meluru mendekat dan menjauh dengan gigitan pantas dan mengelirukan haiwan berkenaan sehingga ditembak oleh pemburu.[10] Anjing ini digunakan untuk memburu singa, babi hutan, dan buruan besar lain serta untuk mengosongkan tanah perladangan daripada kehadiran babi hutan dan babun, dan ia mampu membunuh babun bebas daripada kerja sama dengan manusia pemburu.[11][12]

Piawaian baka asli didrafkan pada tahun 1922 oleh F. R. Barnes pada penubuhan Rhodesian Ridgeback Club pertama dalam pertunjukan Bulawayo Kennel Club, yang dahulunya di Rhodesia Selatan (kini di Zimbabwe), dan berdasarkan piawaian baka anjing Dalmatia. Pada tahun 1927, piawaian Barnes diluluskan oleh Kennel Union of Southern Africa.[1] Di luar subbenua dan di peringkat antarabangsa, anjing belakang permatang Rhodesia pertama di Britain dipamerkan oleh Pn. Edward Foljambe pada tahun 1928.[13] Pada tahun 1950, En. William H. O'Brien dari Arizona dan isteri beliau membawa enam ekor anjing belakang permatang Rhodesia yang dipilih dengan teliti ke Amerika Syarikat dari Afrika Selatan.[14] Beliau dan isteri beliau dan Margaret Lowthian dari California memulakan proses penerimaan baka oleh American Kennel Club. Dalam situasi serupa, pada tahun 1952, Rhodesian Ridgeback Club of Great Britain ditubuhkan pada acara Crufts untuk mempromosikan baka ini di serata United Kingdom untuk ditunjukkan kepada para hakim, supaya piawaian untuk baka ini bakal diiktiraf.[15] Pada tahun 1954, Sijil-sijil Cabaran pertama dianugerahkan kepada anjing-anjing yang ditunjukkan sebagai Rhodesian ridgeback dalam pertandingan-pertandingan United Kingdom, menuju ke arah pengiktirafan baka ini oleh The Kennel Club di Great Britain,[15] dan pada tahun 1955, American Kennel Club mengiktiraf baka Rhodesian ridgeback[16] sebagai anggota Kumpulan Hound.

Penakaian anak anjing sunting

Secara tradisional, banyak anak anjing belakang permatang Rhodesia ditakai setelah lahir atas sebilangan sebab, termasuk ketiadaan permatang. Para pembiak baka semasa semakin cenderung untuk memilih pemandulan bedah bagi anak-anak ini supaya tidak dibiakbakakan tetapi dapat hidup sehingga matang sebagai anjing peliharan bukan untuk pertunjukan dan pembiakbakaan. Sesetengah kelab induk baka dan pejabat pendaftaran anjing di Eropah malah telah menjadikan penakaian bagi anak anjing tanpa permatang suatu syarat. Hal ini dibangkitkan dalam dokumentari penyiasatan BBC One Pedigree Dogs Exposed bahawa "tataetika" Rhodesian Ridgeback Club of Great Britain, yang diratifikasi setiap tahun oleh The Kennel Club menyatakan bahawa "Anak-anak anjing tanpa permatang perlu ditakai",[17] dan bahawa anak-anak anjing "tersilap tanda" hanya akan dijual atas syarat bahawa anjing-anjing ini tidak akan ditunjukkan dan akan dineuterkan.[17] Rhodesian Ridgeback Club malah mempertahankan diri dalam pernyataan yang berikut, "jika pembiak baka memandang bahawa ini [penakaian anak anjing] mustahil secara moral, anak anjing berkenaan bakal dirumahkan..." sebagai petanda bahawa penakaian tidak wajib, tetapi hanya diutamakan.[18] Hanya selepas publisiti bersangkutan dengan penggalakan penakaian, mereka membalikkan tataetika untuk menyatakan bahawa "tiada anak anjing sihat yang bakal ditakai".[19]

Perihal sunting

Penampilan sunting

 
Anjing belakang permatang Rhodesia yang menunjukkan permatang distingtifnya

Piawaian penampilan bagi anjing belakang permatang Rhodesia berasal dari Rhodesia (Zimbabwe) dan dapat dijejak kembali ke tahun 1922, dan menjelang tahun 2019, piawaian ini kebanyakannya tidak pernah berubah.[20] Ciri pembeza anjing belakang permatang Rhodesia ialah permatang bulu yang mengunjur di sepanjang belakangnya ke arah berlawanan berbanding dengan selebih lapis bulunya. Permatangnya terdiri daripada kawasan mirip kipas yang dibentuk oleh dua pusaran bulu (disebut "mahkota") dan menirus segera dari belakang bahu ke bawah ke paras pinggul. Permatangnya biasanya kira-kira selebar 2 inci (5.1 cm) di titik paling lebar. Permatang ini dipercayai berasal daripada anjing yang digunakan daripada populasi anjing asli Afrika yang mempunyai permatang serupa.

Anjing belakang permatang Rhodesia jantan biasanya berdiri setinggi 26–29 in (66–74 cm) pada paras kelasa dan berukuran seberat kira-kira 45 kg (99 lb) (piawaian FCI); betinanya pula biasanya setinggi 24–26 in (61–66 cm) dan kira-kira seberat 38 kg (84 lb). Anjing belakang permatang Rhodesia biasanya sangat berotot dan mempunyai lapis bulu berwarna antara kuning gandum muda dengan merah gandum, yang patut pendek, padat, berpenampilan licin dan berkilat, dan bukan seperti wul atau sutera.[21]

Putih diterima pada dada dan jari. Kehadiran rerambut pengawal hitam atau bintikan tidak disebut dalam piawaian AKC, tetapi penjelasan piawaian AKC mencatat bahawa jumlah hitam atau perang gelap pada lapis bulu tidak patut berlebihan.[21] Piawaian FCI pula menyebut bahawa bulu hitam berlebihan di serata lapis bulu sangatlah tidak diingini. Anjing belakang permatang Rhodesia kadang-kadang mempunyai [[topeng melanisme|topeng gelap. Hidung anjing sepatutnya hitam atau berwarna hati yang padan dengan warna anjing. Tiada warna hidung lain diizinkan. Hidung perang ialah gen resesif dan tidak sekerap hidung hitam; sesetengah pembiak baka percaya bahawa penyertaan hidung perang dalam program pembiakbakaan adalah perlu untuk mengekalkan kebergemaan warna bulu. Matanya patut bulat dan patut mencerminkan warna anjing: mata gelap dengan hidung hitam, mata ambar dengan hidung perang (hati).

Baka anjing lain juga mempunyai garis bulu terbalik di sepanjang tulang belakang, termasuk anjing belakang permatang Phú Quốc dan anjing belakang permatang Thai. Anjing belakang permatang Thai ialah baka silang bagi anjing Phú Quốc; para sejarawan telah berspekulasi tentang hubungan antara anjing belakang permatang Rhodesia dengan anjing Phú Quốc dengan cadangan bahawa baka yang dahulunya tunggal mungkin pernah diimport ke lokasi bagi baka lagi satu.[2][9]

Perangai sunting

Anjing belakang permatang Rhodesia dikenali sebagai anjing setia dan cerdik. Ia biasanya suka menjauhi orang asing; ini tidak patut dikelirukan dengan agresi kerana anjing belakang permatang Rhodesia dengan perangai elok tidak akan menyerang orang asing tanpa sebab. Ia memerlukan pelatihan tekal dan pensosialan betul; maka, ia kerap bukan pilihan terbaik untuk para pemilik anjing tanpa pengalaman dan keluarga dengan kanak-kanak muda.

Sungguhpun anjing belakang permatang Rhodesia sangat atletiik dan kadang-kadang mengagumkan, ia juga memiliki sisi sensitif. Francis R. Barnes, yang mengarang piawaian pertama pada tahun 1922, mengiktiraf bahawa, "layanan kasar ... tidak patut langsung diberikan kepada anjing ini, terutamanya semasa ia muda. Ia rapuh terhadap layanan sedemikian."[22] Anjing belakang permatang Rhodesia menerima pembetulan selagi adil dan saksama, dan selagi pembetulannya datang daripada seseorang yang dikenali dan dipercayai oleh anjing berkenaan.[23]

Genetik permatangnya sunting

 
Anjing belakang permatang Rhodesia

Genotip yang bertanggungjawab untuk permatang baru-baru ini ditemukan oleh konsortium penyelidik di Universiti Pertanian Sweden (Nicolette Salmon Hillbertz, Göran Andersson, et al.), di Universiti Uppsala (Leif Andersson, Mats Nilsson, et al.), dan di Broad Institute (Kerstin Lindblad-Toh, et al.).[24]

Satu-satu punca penyingkiran dalam piawaian AKC untuk baka ini ialah "ketiadaan permatang" (ridgelessness). Istilah ini merujukan anak baka tulen bagi induk heterozigus yang tidak mewarisi salinan bagi mutasi permatang daripada mana-mana induk, lalu tidak mempunyai belakang dengan permatang. Kebanyakan penyelidikan terkini mencadangkan bahawa mutasi permatang adalah dominan autosom dengan ketembusan hampir lengkap: 95% daripada anjing heterozigus mempinyai belakang dengan permatang. Jelas kurang daripada 25% anak anjing tidak mempunyai permatang, yang menunjukkan bahawa perkadaran ketara bagi baka ini adalah homozigus untuk mutasi ini.[perlu rujukan]

Terdapat ujian genetik yang membezakan antara homozigot dominan (R/R - dua gen permatang) dengan heterozigot (R/r - satu gen permatang).[25] Dengan menggunakan ujian genetik ini, pembiak baka dapat setepatnya meramalkan kelahiran anak-anak anjing tanpa permatang.

 
Anjing belakang permatang Rhodesia yang menjejak
 
Anjing belakang permatang Rhodesia yang berlari
 
Anjing belakang permatang Rhodesia

Kesihatan sunting

 
Anjing belakang permatang Rhodesia

Keadaan kesihatan yang diketahui menjejaskan anjing belakang permatang Rhodesia merupakan displasia pinggul dan sinus dermoid. Anjing belakang permatang Rhodesia menempati tangga keenam dalam senarai baka paling terjejas untuk masalah tiroid yang dicatatkan oleh Yayasan Ortopedik untuk Haiwan.[26] Purata jangka hayat ialah 11.9 tahun[27] dengan sesetengah anjing yang mencapai 17 tahun.[28]

Sinus dermoid sunting

Sinus dermoid ialah kecacatan tiub saraf kongenital yang diketahui menjejaskan baka ini. Dermoid ini kerap dibandingkan dengan bebenang spageti" nipis di bawah kulit. Anak anjing sentiasa patut disaring selepas lahir oleh pembiak baka dan doktor haiwan, dan uji kaji patut diulang sewaktu tumbesaran anak anjing sebelum menuju ke rumah baharu masing-masing. Hal ini dilakukan melalui pempalpatan bagi garis tengah dorsal subkutaneus dari pangkal tengkorak ke titik masuk ekor. Pembedahan pembuangan ialah pilihan untuk neonat, anak anjing, dan anjing dewasa yang terjejas. Semua anjing terjejas, termasuk yang sudah dibetulkan dalam pembedahan, patut dimandulkan atau dineuterkan dan langsung tidak patut dibiakbakakan, kerana pembuangan sinus dermoid secara bedah dapat menjadi sangat mahal dan kerana banyak sinus dermoid yang tidak dibuang akhirnya menjadi bernanah. Sinus dermoid bernanah setidak-tidaknya bakal menjadi masalah berulang yang menyakitkan dan, jika sinus berkomunikasi dengan tisu-tisu di sekitar saraf tunjang, menyebabkan meningitis dan kerap juga kematian. Walau bagaimanapun, penggunaan suplemen asid folik ke dalam diet bagi bakal ibu anjing sebelum pengawanan dan semasa kebuntingan telah ditunjukkan dapat mengurangkan kejadian sinus dermoid.[29] Satu kajian terhadap populasi baka anjing di Sweden menganggarkan bahawa 8–10% populasi terjejas.[30] Hanya sedikit kurang daripada 5% anjing belakang permatang Rhodesia dilaporkan terjejas dengan keadaan ini dalam satu tinjauan kelab baka Amerika Syarikat.[31]

Mielopati degeneratif sunting

Mielopati degeneratif (DM, Degenerative myelopathy) ialah penyakit saraf bagi saraf tunjang yang menyebabkan paraparesis progresif, paling kerap pada baka anjing gembala Jerman. Penyakit ini menjejaskan anjing belakang permatang Rhodesia pada kadar hanya 0.75%. Gejala-gejala awal mielopati degeneratif merupakan seret kaki, dan gelinciran tungkai belakang. Penyakit ini beransur sehingga haiwan tersebut tidak lagi dapat berdiri atau berjalan dengan sendiri. Perubahan beransur diketahui memakan masa sekurang-kurangnya enam bulam atau sehingga beberapa tahun. Ada ujian DNA yang tersedia untuk menguji gen berkenaan. Haiwan yang berisiki untuk menghidap penyakit ini tidak patut dibiakbakakan dengan haiwan lain yang berisiko, kerana ini bakal menghasilkan generasi turunan bagi penyakit melesukan ini.[32]

Hipotiroidisme sunting

Hipotiroidisme ialah masalah yang semakin menjadi-jadi pada anjing belakang permatang Rhodesia, dan keadaan ini menyebabkan pelbagai gejala, termasuk peningkatan berat dan keguguran bulu. Rawatan untuk hipotiroidisme pada anjing terdiri daripada ubat-ubatan mulut sekali sehari yang murah. Dr. Lorna Kennedy di Pusat Penyelidikan Perubatan Genom Bersepadu Universiti Manchester di England telah menemukan haplotip (kelompok gen), yang, apabila hadir, menggandakan peluang untuk menyebabkan hipotiroidisme pada anjing belakang permatang Rhodesia oleh sebab tiroiditis limfosit. Hal ini adalah penting kepada baka ini kerana tiroiditis limfosit ialah sebab yang sangat ketara bagi hipotiroidisme bagi anjing belakang permatang Rhodesia.[perlu rujukan]

Volvulus pendilatan gastrik sunting

Seperti banyak baka lain yang berdada dalam, anjing belakang permatang Rhodesia cenderung kepada volvulus pendilatan gastrik, yang umumnya dikenali sebagai kembung. Ini merupakan keadaan yang berpotensi membawa maut yang memerlukan rawatan segera.[33]

Sumber sunting

RRCUS H&G - Rhodesian Ridgeback Club of the United States menyediakan tapak web yang dikhususkan untuk isu kesihatan baka ini yang juga mengumpulkan penyelidikan berlangsung untuk bahagian Jawatankuasa Kesihatan dan Genetik mereka.[34] Kumpulan ini mengesyorkan bahawa para pembiak baka menjalankan sekurang-kurangnya empat saringan kesihatan: pinggul, siku, tiroid, dan mata dengan ujian pilihan tambahan untuk jantung dan pendengaran.

CRRHS - Para pemilik anjing belakang permatang juga disyorkan untuk memasukkan maklumat tentang anjing mereka dalam Tinjauan Menyeluruh Kesihatan Anjing Belakang Permatang Rhodesia.[35]

Anjing terkenal sunting

Yang berikut merupakan anjing belakang permatang Rhodesia yang pernah membintangi filem, iklan, dan rancangan televisyen:

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ بلاکڠ ڤرماتڠ روديسيا; ريجبک روديسيا; bahasa Inggeris: Rhodesian ridgeback

Rujukan sunting

  1. ^ a b "FCI-Standard N° 146 RHODESIAN RIDGEBACK" [Piawaian FCI No. 146 Anjing Permatang Belakang Rhodesia] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Piawaian dibekalkan oleh Kennel Union of Southern Africa dan Zimbabwe Kennel Club. 10 Disember 1996. Dicapai pada 23 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  2. ^ a b Fox (2003): hlm. 6
  3. ^ Parker, Heidi G.; Kim, Lisa V.; Sutter, Nathan B.; Carlson, Scott; Lorentzen, Travis D.; Malek, Tiffany B.; Johnson, Gary S.; DeFrance, Hawkins B.; Ostrander, Elaine A.; Kruglyak, Leonid (2004). "Genetic Structure of the Purebred Domestic Dog". Science (dalam bahasa Inggeris). 304 (5674): 1160–1164. Bibcode:2004Sci...304.1160P. doi:10.1126/science.1097406. ISSN 0036-8075. JSTOR 3836878. PMID 15155949. S2CID 43772173.
  4. ^ Parker, Heidi G., et al. "Genomic Analyses Reveal the Influence of Geographic Origin, Migration, and Hybridization on Modern Dog Breed Development." (Inggeris) Cell Reports 19.4 (2017): 697-708.
  5. ^ Bergström, Anders; Frantz, Laurent; Schmidt, Ryan; Ersmark, Erik; Lebrasseur, Ophelie; Girdland-Flink, Linus; Lin, Audrey T.; Storå, Jan; Sjögren, Karl-Göran; Anthony, David; Antipina, Ekaterina; Amiri, Sarieh; Bar-Oz, Guy; Bazaliiskii, Vladimir I.; Bulatović, Jelena; Brown, Dorcas; Carmagnini, Alberto; Davy, Tom; Fedorov, Sergey; Fiore, Ivana; Fulton, Deirdre; Germonpré, Mietje; Haile, James; Irving-Pease, Evan K.; Jamieson, Alexandra; Janssens, Luc; Kirillova, Irina; Horwitz, Liora Kolska; Kuzmanovic-Cvetković, Julka; Kuzmin, Yaroslav; Losey, Robert J.; Dizdar, Daria Ložnjak; Mashkour, Marjan; Novak, Mario; Onar, Vedat; Orton, David; Pasaric, Maja; Radivojevic, Miljana; Rajkovic, Dragana; Roberts, Benjamin; Ryan, Hannah; Sablin, Mikhail (2020). "Origins and genetic legacy of prehistoric dogs". Science (dalam bahasa Inggeris). 370 (6516): 557–564. doi:10.1126/science.aba9572. PMC 7116352. PMID 33122379. S2CID 225956269.
  6. ^ Wire, Pan-african News (14 Mac 2011). "Pan-African News Wire: The Relevance of the Anti-sanctions Campaign in Zimbabwe" (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ "S2A3 Biographical Database of Southern African Science" (dalam bahasa Inggeris).
  8. ^ "The men who created the Rhodesian Ridgeback dog we know today? (continued from Dec/Jan Bundu Times) – Rhodesian Association of WA (RAWA)" (dalam bahasa Inggeris).
  9. ^ a b Fox (2003): hlm. 7
  10. ^ Fox (2003): hlm. 10
  11. ^ Fox (2003): p. 13
  12. ^ T. C. Hawley. The Rhodesian Ridgeback: The Origin, History and Standard of the Breed (dalam bahasa Inggeris). m/s. 24.
  13. ^ Times (London), 11 Oktober 1928, hlm. 11; 14 Ogos 1933, hlm. 16
  14. ^ Cook, John; Cook, Sally. "History of the Breed". lamardeperro.com (dalam bahasa Inggeris). Shadow Hills, Los Angeles: Lamarde Perro Kennels. Dicapai pada 23 Disember 2023.
  15. ^ a b "Rhodesian Ridgeback Club of Great Britain" (dalam bahasa Inggeris).
  16. ^ Club, American Kennel. "Rhodesian Ridgeback Dog Breed Information" (dalam bahasa Inggeris).
  17. ^ a b "Code of Ethics Page" (dalam bahasa Inggeris). 22 Mei 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2007. Dicapai pada 23 Disember 2023.
  18. ^ RESPONSE TO BBC PROGRAMME "PEDIGREE DOGS EXPOSED" (Inggeris) Diarkibkan 24 Disember 2008 di Wayback Machine The Rhodesian Ridgeback Club of Great Britain
  19. ^ General Code of Ethics (Inggeris) Diarkibkan 20 Oktober 2011 di Wayback Machine The Rhodesian Ridgeback Club of Great Britain
  20. ^ Hillspet Staff (2 Disember 2019). "Rhodesian Ridgeback Dog Breed Information and Personality Traits - History". hillspet.co.uk (dalam bahasa Inggeris). hillspet. Dicapai pada 23 Disember 2023.
  21. ^ a b "American Kennel Club - Rhodesian Ridgeback" (dalam bahasa Inggeris). Akc.org. Dicapai pada 23 Disember 2023.
  22. ^ Denise Flaim (November 2002). "The Other End of the Leash Understanding Our Complex Hounds". AKC Gazette (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: American Kennel Club. 119 (11). ISSN 0033-4561. Dicapai pada 23 Disember 2023.
  23. ^ Denise Flaim (November 2002). "The Other End of the Leash Understanding Our Complex Hounds". AKC Gazette (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: American Kennel Club. 119 (11). ISSN 0033-4561. Dicapai pada 23 Disember 2023.
  24. ^ Salmon Hillbertz, NH; Isaksson, M; Karlsson, EK; Hellmén, E; Pielberg, GR; Savolainen, P; Wade, CM; von Euler, H; Gustafson, U; Hedhammar, A; Nilsson, M; Lindblad-Toh, K; Andersson, L; Andersson, G (November 2007). "Duplication of FGF3, FGF4, FGF19 and ORAOV1 causes hair ridge and predisposition to dermoid sinus in Ridgeback dogs". Nat Genet (dalam bahasa Inggeris). 39 (11): 1318–1320. doi:10.1038/ng.2007.4. PMID 17906623. S2CID 22988683.
  25. ^ www.genocan.eu/en
  26. ^ "OFA Thyroid Statistics" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2008. Dicapai pada 23 Disember 2023.
  27. ^ McMillan, K. M.; Bielby, J.; Williams, C.L. (2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). 14: 531. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). Jadual Tambahan 3
  28. ^ Adams, V.J.; Evans, K.M.; Sampson, J.; Wood, J.L.N. (2010). "Methods and mortality results of a health survey of purebred dogs in the UK". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (10): 512–524. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00974.x. PMID 21029096.
  29. ^ "Health Issues RRCSA" (dalam bahasa Inggeris). Rrclubsa.com. Dicapai pada 23 Disember 2023.
  30. ^ Hillbertz, N. H. C. S. (2005). "Inheritance of dermoid sinus in the Rhodesian Ridgeback". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 46 (2): 71–74. doi:10.1111/j.1748-5827.2005.tb00295.x. PMID 15736812.
  31. ^ Roethel, Cynthia. "Overview and Prevalence of Genetic Defects in the Rhodesian Ridgeback" (dalam bahasa Inggeris). RRCUS Health and Genetics Committee. Dicapai pada 23 Disember 2023.
  32. ^ Holder, Angela L; Price, James A; Adams, Jamie P; Volk, Holger A; Catchpole, Brian (25 September 2014). "A retrospective study of the prevalence of the canine degenerative myelopathy associated superoxide dismutase 1 mutation (SOD1:c.118G > A) in a referral population of German Shepherd dogs from the UK". Canine Genetics and Epidemiology (dalam bahasa Inggeris). 1: 10. doi:10.1186/2052-6687-1-10. ISSN 2052-6687. PMC 4579386. PMID 26401327.
  33. ^ Fox (2003): hlm. 86
  34. ^ "Rhodesian Ridgeback Health" (dalam bahasa Inggeris). Rhodesian Ridgeback Health. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2009. Dicapai pada 23 Disember 2023.
  35. ^ "Rhodesian Ridgeback Comprehensive Health Survey Home Page". Lkhopkins.com. Dicapai pada 23 Disember 2023.

Sumber sunting

Pautan luar sunting