Anjing gembala tanah pamah Poland

baka anjing dari Poland

Anjing gembala tanah pamah Poland[a] ialah satu baka anjing gembala berumbai dan bersaiz sederhana yang asli di Poland.[1]

Anjing gembala tanah pamah Poland
Nama lainAnjing gembala Valee
Nama ringkasPON
Nizinny
PLS
Negara asalPoland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perihal sunting

Penampilan sunting

Anjing gembala tanah pamah Poland ialah anjing berotot dan berlapis bulu tebal. Lapis bulu gandanya dapat memiliki sebarang warna atau corak; putih, kelabu, dan perang merupakan yang paling umum, dengan tanda-tanda hitam, kelabu, atau perang. Warna yang memudar apabila anjing berkenaan mencapai usia dewasa merupakan perkara basa. Lapis bulu bawahnya lembut dan padat, manakala lapis bulu atasnya kasar dan sama ada lurus atau beralun, tetapi tidak keriting. Helaian bulu di sekeliling kepala menjadikan kepala kelihatan lebih besar daripada yang sebenarnya dan biasanya menutupi mata.

Jantan adalah setinggi 45–50 sentimeter (18–20 in) pada paras kelasa, manakala betina pula adalah setinggi 42–47 sentimeter (17–19 in). Jantan biasanya berukuran seberat 40–50 lb (18–23 kg) dan betina pula seberat 30–40 lb (14–18 kg). Tubuhnya tidak jauh daripada rupa bentuk segi empat sama, kelihatan berbentuk segi empat tepat kerana banyak lapis bulu di dada dan di punggung; nisbah ketinggian dengan panjang tubuh patut bernilai 9:10 (anjing setinggi 45 cm (18 in) patut mempunyai tubuh sepanjang 50 cm (20 in)). Ekornya sama ada sangat pendek atau terpotong di Amerika Syarikat. Negara-negara Eropah telah mengharamkan pemotongan ekor untuk sebahagian besar dan banyak anjing gembala tanah pamah Poland kini mempunyai ekor dengan panjang berlainan.

Perangai sunting

Anjing gembala tanah pamah Poland adalah stabil dan berkeyakinan diri. Ia mempunyai ingatan cemerlang dan dapat dilatih dengan baik, tetapi mungkin mendominasi pemilik lemah semangat. Anjing gembala tanah pamah Poland menyesuaikan diri dengan baik terhadap pelbagai keadaan dan popular sebagai anjing pendamping untuk penghuni pangsapuri di tanah airnya Poland. Anjing gembala tanah pamah Poland memerlukan jumlah senaman sederhana setiap hari.

Kegiatan sunting

 
Seekor anak anjing berusia 3 bulan

Anjing gembala tanah pamah Poland dapat bersaing dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, rally obedience, kemahiran persembahan, flyball, penjejakan, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Anjing gembala tanah pamah Poland yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[2]

Kesihatan sunting

Pada umumnya, anjing gembala tanah pamah Poland ialah baka sangat sihat. Haiwan patut diperiksa untuk displasia pinggul dan diperiksa untuk keabnormalan mata seperti PRA (atrofi retina progresif) sebelum digunakan untuk pembiakbakaan. Anjing gembala tanah pamah Poland memerlukan diet rendah protein. Jangka hayat anjing gembala tanah pamah Poland ialah hampir-hampir 12 tahun.

Sejarah sunting

 
Seekor anjing gembala tanah pamah Poland dalam pertunjukan anjing di Racibórz, Poland

Anjing gembala tanah pamah Poland, yang dikenali dalam bentuk semasanya di Poland sejak sekurang-kurangnya abad ketiga belas, berkemungkinan besar diturunkan daripada puli, terier Tibet,[3] dan anjing-anjing gembala.

Legenda menyebut bahawa anjing gembala tanah pamah Poland merupakan leluhur separa bagi collie berjanggut.

Setelah hampir didorong ke arah kepupusan dalam Perang Dunia Kedua, anjing gembala tanah pamah Poland dipulihkan terutamanya melalui usaha Dr. Danuta Hryniewicz dan anjing beliau, Smok ("Naga"), leluhur kepada semua anjing gembala tanah pamah Poland di dunia kini, yang membapai sepuluh perinduk pertama anjing gembala tanah pamah Poland pada tahun 1950-an.

Malah, Dr. Hryniewicz menganggap Smok sebagai epitome baka ini dengan binaan anatomi sempurna dan perangai indah. Smok menetapkan piawaian dan jenis yang dicontohi oleh para pembiak baka anjing gembala tanah pamah Poland selama banyak generasi berikutnya dan punca bagi piawaian rasmi pertama untuk anjing gembala tanah pamah Poland yang akhirnya ditulis, dan diterima oleh FCI, Persekutuan Kinologi Antarabangsa, pada tahun 1959. Ia dianggap sebagai 'bapa' anjing gembala tanah pamah Poland moden. Tubuh sederhananya membolehkannya bekerja tanpa kesukaran sepanjang hari dan berlari dengan mudah untuk menggembala biri-biri. Gambar-gambar Smok dapat dilihat dalam buku, "The Official Book of the Polish Lowland Sheepdog" ("Buku Rasmi Anjing Gembala Tanah Pamah Poland").

American Kennel Club mengiktiraf anjing gembala tanah pamah Poland sebagai baka dalam Kumpulan Gembala pada tahun 2001.[4]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا تانه ڤامه ڤولند; Poland: polski owczarek nizinny; bahasa Inggeris: Polish lowland sheepdog

Rujukan sunting

  1. ^ "Polish Lowland Sheepdog Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2024.
  2. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy (dalam bahasa Inggeris). Alpine Publications. ISBN 978-1-57779-106-5.
  3. ^ Dogs All-in-One For Dummies (dalam bahasa Inggeris). Wiley. m/s. 532.
  4. ^ Polish Lowland Sheepdog (Inggeris) Diarkibkan 28 Julai 2012 di Wayback Machine di tapak web AKC, dicapai pada 30 Januari 2024.

Pautan luar sunting