Anjing lembu Ardenne

baka anjing dari Belgium

Anjing lembu Ardenne[a] ialah satu baka anjing jarang dari Belgium.[1][2] Dengan asal usul dari rantau Ardenne, anjing ini digunakan untuk menggembala lembu. Kehilangan ladang di kawasan ini membawa kepada penurunan parah bagi bilangan anjing ini sehingga tahun 1985 apabila sesetengah pembiak baka menemukan beberapa ekor anjing dan menggunakan piawaian baka asli sebagai panduan mereka dalam memperkenalkan anjing ini semula.[1][2]

Anjing lembu Ardenne
Negara asalBelgium
Trait
Berat Jantan 28–35 kilogram (62–77 lb)
Betina 22–28 kilogram (49–62 lb)
Tinggi Jantan 56–62 sentimeter (22–24 in)
Betina 52–56 sentimeter (20–22 in)
Bulu Lapis bulu ganda kasar
Warna Semua warna kecuali putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

Pada masa lalu, semua anjing yang bekerja dengan lembu dipanggil bouvier ("[anjing] gembala lembu", "anjing lembu"). Setiap rantau di seluruh kawasan itu mempunyai jenis sendiri. Daripada ternakan berbulu kasar purba, anjing ini merupakan penjaga dan penggiring berharga. Apabila zaman motor tiba, keperluan untuk menggiring lembu ke pasar berakhir dan demikian juga panggilan yang membantu dengan penggiringan.

Bouvier hampir lenyap selepas pertempuran berdarah Perang Dunia Kedua. Banyak jenis lebih jarang lenyap sama sekali. Baka-baka yang menjadi kenangan termasuk: bouvier des Roulers ("anjing lembu Roulers"), bouvier des Moerman ("anjing lembu Moerman"), dan bouvier des Paret ("anjing lembu Paret"). Yang masih tersisa merupakan bouvier des Ardennes ("anjing lembu Ardenne") dan bouvier des Flandres ("anjing lembu Flandre").

Penampilan sunting

Anjing lembu Ardenne terdapat dengan sebarang warna kecuali putih.[1][2] Ia biasanya terdapat dalam keragaman brindle atau berlada. Ia mempunyai bulu dawai kasar sederhana panjang dengan "janggut" dan "kening". Anjing ini secara semula jadi dapat mempunyai ekor pendek atau ekor panjang, telinga tinggi, dan mata tajam.[3]

Saiz sunting

Anjing lembu Ardenne mempunyai ketinggian unggul 55–63 sentimeter (22–25 inci) untuk jantan dan 51–57 sentimeter (20–22 inci) untuk betina. Berat unggul ialah 28–35 kilogram (62–77 paun) untuk jantan dan 22–28 kilogram (49–62 paun) untuk betina.[1][2]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ لمبو اردين; Perancis: bouvier des Ardennes; Belanda: Ardense koehond; bahasa Inggeris: Ardennes cattle dog

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Standard FCI N°171 BOUVIER DES ARDENNES" [Piawaian FCI No. 171 Anjing Lembu Ardenne] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 13 Julai 2001. Dicapai pada 15 Januari 2024.
  2. ^ a b c d "FCI-Standard N° 171 BOUVIER DES ARDENNES" [Piawaian FCI No. 171 Anjing Lembu Ardenne] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Pn. Jeans-Brown dengan usaha sama dengan Raymond Triquet. 22 Mac 2002. Dicapai pada 15 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ "Bouvier Des Ardennes". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 1 Januari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2014. Dicapai pada 30 Januari 2024.