Anjing pemburu Schiller

baka anjing dari Sweden

Anjing pemburu Schiller[a] ialah satu baka anjing jenis anjing pemburu bau yang berasal sebagai anjing pemburu dari Sweden pada abad ke-19.

Anjing pemburu Schiller
Anjing pemburu Schiller
Negara asalSweden
Anjing (Canis lupus familiaris)

Penampilan sunting

 
Kepala anjing pemburu Schiller

Anjing pemburu Schiller ialah anjing pemburu berlari bersaiz sederhana hingga besar untuk pemburuan rubah dan kelinci. Ia berdiri setinggi 51–61 cm (20–24 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat 18–25 kg (40–55 lb). Bulunya kasar dan tidak terlalu pendek, terletak rapat dengan tubuh. Warnanya hitam dan sawo matang dengan tubuh sawo matang dengan mantel hitam di belakang. Telinga labuhnya lebar dan tidak panjang secara berlebihan, dan ekor panjang terangkat pada garis dengan belakang apabila berlari. Kecacatan pada baka (yang menandakan bahawa anjing berkenaan tidak patut dibiakbakakan) termasuklah item-item struktur yang mengekang perbuatan berlari, seperti sudut cakah di antara tulang belikat dengan lengan atas dan pergerakan belakang terbatas, serta muka rata dan bulat dan pengasingan diri.[1][perlu rujukan]

Sejarah sunting

Anjing pemburu Schiller berasal dari Jerman selatan sebagai campuran antara anjing-anjing pemburu Switzerland dengan harrier, dan dinamai sempena peladang Sweden, Per Schiller (1858–1892), yang mempamerkan baka ini dalam pertunjukan anjing Sweden pertama pada tahun 1886.[1] Kelab Kenel Sweden mengiktiraf baka ini pada tahun 1907. Ia diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa sebagai baka nombor 131. Baka ini masih digunakan sebagai anjing pemburu dan diiktiraf oleh United Kennel Club di Amerika Syarikat pada tahun 2006.[2] Baka ini juga diiktiraf oleh sebilangan pejabat pendaftaran kecil, kelab pemburu, dan pejabat pendaftaran anjing berdasarkan Internet.

Kesihatan dan perangai sunting

Tiada masalah kesihatan luar biasa atau dakwaan kesihatan luar biasa yang telah didokumenkan untuk baka ini. Piawaian baka memerihalkan perangai unggul sebagai semangat dan tumpuan perhatian tinggi.[3]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو شيلر; Svensk: schillerstövare; bahasa Inggeris: Schiller hound

Rujukan sunting

  1. ^ a b "FCI-Standard N° 131 SCHILLERSTÖVARE" [Piawaian FCI No. 131 Anjing Pemburu Schiller] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Renée Sporre-Willes. 2 Oktober 2017. Dicapai pada 22 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  2. ^ United Kennel Club, Schiller Hound (Inggeris) Diarkibkan 22 Januari 2009 di Wayback Machine
  3. ^ Deep, John. "Schiller Hound". 2puppies.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2018. Dicapai pada 22 Disember 2023.

Pautan luar sunting