Anjing pengutip Labrador

baka anjing

Anjing pengutip Labrador,[a] atau hanya labrador, ialah satu baka gundog pengutip British. Ia dikembangkan di United Kingdom daripada anjing air St. John's yang diimport dari Koloni Newfoundland (kini provinsi di Kanada) dan dinamai sempena rantau Labrador di koloni itu. Ia merupakan antara baka yang paling banyak dibela di beberapa buah negara, khususnya di dunia Eropah.

Anjing pengutip Labrador
pandangan sisi seekor anjing kuning di padang berumput, menghadap ke kiri
Jantan dewasa
Nama lainAnjing Labrador
Nama ringkasLab
Negara asalUnited Kingdom
Trait
Berat Jantan 29–36 kg (65–80 lb)
Betina 25–32 kg (55–70 lb)
Tinggi Jantan 56–57 cm (22–22.5 in)
Betina 54–56 cm (21.5–22 in)
Bulu Lapis bulu ganda pendek, padat, dan kalis cuaca
Warna Hitam, coklat, atau kuning (berbeza-beza antara kuning pudar dengan merah rubah)
Jangka hayat 13.1 tahun[1]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Labrador adalah ramah, bertenaga, dan suka bermain.[2] Ia dibiakbakakan sebagai anjing sukan dan anjing pemburu tetapi dibela secara meluas sebagai anjing teman. Ia juga boleh dilatih sebagai anjing pandu atau anjing pembantu atau untuk kerja penyelamatan atau terapi.[3]

Pada tahun 1830-an, Earl Home Ke-10 dan anak-anak saudara beliau, Duke Buccleuch Ke-5 dan Lord John Scott,[4] mengimport leluhur bagi baka ini dari Newfoundland ke Eropah untuk kegunaan sebagai gundog. Seorang penyokong awal bagi anjing nelayan Newfoundland ini ialah Earl Malmesbury Ke-2, yang membiakbakakan anjing ini kerana kepakarannya dalam pemburuan unggas air.[4]

Semasa tahun 1880-an, Earl Malmesbury Ke-3, Duke Buccleuch Ke-6, dan Earl Home Ke-12 berkolaborasi untuk mengembangkan dan mengasaskan baka anjing pengutip Labrador. Dua ekor anjing jantan, Buccleuch Avon dan Buccleuch Ned, yang diberikan oleh Malmesbury kepada Buccleuch, dikawankan dengan anjing betina yang membawa darah daripada yang pada asalnya diimport oleh Duke Ke-5 dan Earl Home Ke-10. Anak-anak anjing ini merupakan leluhur bagi semua anjing Labrador moden.[5]

Sejarah sunting

 
Buccleuch Avon, lahir pada 1885

Baka labrador bertarikh kembali sekurang-kurangnya ke tahun 1830-an, semasa anjing air St. John's yang dibiakbakakan oleh peneroka Eropah di Newfoundland mula diperkenalkan ke Britain daripada kapal yang berdangan antara Kanada dengan Poole di Dorset. Ini kemudian dibiakbakakan dengan anjing pemburu British untuk menghasilkan yang dikenali sebagai anjing pengutip Labrador. Penaung awalnya termasuk Earl Malmesbury, Duke Buccleuch, Earl Home, dan Sir John Scott. Para penulis awal telah mengelirukan labrador dengan anjing Newfoundland yang jauh lebih besar dan anjing kecil Newfoundland, dengan Charles St. John yang malah merujuk anjing kecil Newfoundland sebagai anjing Newfoundland. Kolonel Peter Hawker memerihalkan labrador pertama sebagai anjing yang tidak lebih besar daripada anjing penuding Inggeris, lebih kerap berwarna hitam daripada berwarna lain, dengan kepala dan hidung panjang, dada dalam, kaki halus, dan lapis bulu pendek dan licin, dan tidak mengangkat ekornya setinggi yang dilakukan oleh anjing Newfoundland.[6] Hawker membezakan anjing Newfoundland daripada kedua-dua "labrador betul" dan baka St. John's bagi anjing-anjing ini[6][7] dalam edisi kelima buku beliau Instructions to Young Sportsmen, yang diterbitkan pada tahun 1846.[7]

Menjelang tahun 1870, nama Labrador Retriever ("anjing pengutip Labrador") telah menjadi lazim di England.[8] Labrador hati (yang kini biasanya dipanggil coklat) muncul pada lewat tahun 1800-an dengan anak anjing berwarna hati yang didokumenkan di kenel-kenel Buccleuch pada tahun 1892;[9] Labrador kuning pertama yang direkodkan lahir pada tahun 1899 (Ben of Hyde, kenel-kenel Mejar C.J. Radclyffe).[10] Baka ini diiktiraf oleh The Kennel Club pada tahun 1903.[11] Pendaftaran pertama American Kennel Club (AKC) adalah pada tahun 1917.[12]

Ciri sunting

 
Kepalanya lebar dengan stop jelas.
 
Hitam
 
Coklat

Terdapat kepelbagaian besar sesama labrador. Ciri-ciri berikut adalah tipikal bagi susur galur baka ini yang dibiakbakakan untuk pertunjukan pengakuran (bangku) di Amerika Syarikat dan berdasarkan piawaian American Kennel Club.[2] Perbezaan ketara antara piawaian United Kingdom dengan piawaian Amerika Syarikat dicatatkan.

  • Saiz: Labrador ialah baka sederhana besar. Ia patut sama panjang dari kelasa ke pangkal ekor dengan panjang dari lantai ke paras kelasa. Piawaian AKC menyertakan berat unggul untuk jantan 25–36 kg (55–80 lb) dan untuk betina 25–32 kg (55–70 lb).[2] Garis panduan untuk ketinggian berbeza-beza antara AKC, yang memberikan 55–62 sentimeter (21.5–24.5 in) untuk jantan dan 55–60 sentimeter (21.5–23.5 in) untuk betina,[2] The Kennel Club yang menasihatkan bahawa jantan patut setinggi 56–57 sentimeter (22–22.5 in) dengan betina yang setinggi 55–56 sentimeter (21.5–22 in),[13] dengan FCI yang memetik julat 56–57 sentimeter (22–22.5 in) untuk jantan dengan betina yang unggul dalam lingkungan 54–56 sentimeter (21.5–22 in).[14]
  • Lapis bulu: Lapis bulu anjing pengutip Labrador patut pendek dan padat, tetapi tidak mirip dawai. Lapis bulunya kalis air, oleh itu, anjing ini tidak menjadi sejuk apabila memasuki air pada musim sejuk. Ini bermakna bahawa anjing ini secara semula jadi mempunyai lapis bulu sedikit kering dan berminyak. Warna yang boleh diterima merupakan hitam, kuning, dan coklat.[15]
  • Kepala: Kepalanya patut lebar dengan kening sedikit jelas. Matanya patut baik dan ekspresif. Warna mata betul merupakan perang dan hazel. Pengalas di sekeliling mata patut berwarna hitam. Telinganya patut tergantung dekat-dekat dengan kepala dan terletak lebih tinggi sedikit daripada paras mata.
  • Rahang: Rahangnya patut kuat dan berkuasa. Muncungnya patut sederhana panjang dan tidak terlalu menirus. Rahangnya patut tergantung sedikit dan melengkung dengan anggun ke arah belakang.
  • Tubuh: Tubuhnya patut mempunyai binaan berkuasa dan berotot.

Ekornya dan lapis bulunya ditetapkan sebagai "ciri distingtif [atau pembeza]" bagi labrador oleh The Kennel Club dan AKC.[2][13] AKC menambahkan bahawa "perangai sebenar anjing pengutip Labrador ialah ciri penanda baka ini sama seperti ekor 'berang-berang' [padanya]."[2]

Warna sunting

 
Ketiga-tiga keragaman warna, dari hadapan ke belakang: Kuning, hitam, dan coklat

Labrador didaftarkan dalam tiga warna: Hitam padu, kuning (apa-apa cahaya warna daripada putih krim hingga merah rubah), dan coklat (perang sederhana hingga gelap; pada asalnya dipanggil "hati").[16]

Anak anjing daripada semua warna dapat lahir dalam perinduk sama. Warna lapis bulu ditentukan terutamanya oleh tiga gen, yang dipanggil MC1R, Agouti, dan CBD103. Jika seekor anjing membawa alel jenis liar pada ketiga-tiga lokus, anjing itu akan mempunyai lapis bulu kuning. Jika seekor anjing mengalami mutasi kehilangan fungsi pada MC1R, ia juga akan mempunyai lapis bulu kuning, tanpa mengira genotip pada dua lokus lain. Anjing yang membawa alel jenis liar untuk MC1R dan Agouti, bersama-sama dengan alel hitam CBD103, akan mempunyai lapis bulu hitam.[17][b]

Menurut sebuah kajian tahun 2011, 13 ekor daripada 245 ekor labrador yang dikaji adalah heterozigot untuk mutasi M264V yang bertanggungjawab atas topeng melanisme dan satu seekor adalah homozigot. Dalam baka ini, trait ini tidak dapat ditentukan hanya dengan penampilan.[18]

 
Tempat-tempat paling umum dengan pempigmenan yang terlihat merupakan hidung, bibir, gusi, dan pinggir mata.

Susur galur pertunjukan dan susur galur padang sunting

 
Penampilan kepala dan muncung: padang (kiri) dan pertunjukan (kanan), yang menunjukkan muncung lebih pendek, kepala berpenampilan lebih padu, dan stop "jelas" pada anjing pertunjukan

Sebagai hasil daripada pembiakbakaan khusus, terdapat perbezaan ketara antara susur galur baka padang dan ujian dengan susur galur baka pertunjukan bagi labrador. Di Amerika Syarikat, susur galur baka padang kadang-kadang dirujuk secara silap sebagai susur galur "Amerika" dan susur galur baka pertunjukan sebagai "Inggeris", sebenarnya, kedua-dua jenis padang dan jenis pertunjukan dibiakbakakan di kedua-dua negara dan semua anjing pengutip Labrador diturunkan daripada susur galur British.[19]

Kegunaan sunting

 
Mengutip buruan yang ditembak, seekor merpati hutan

Anjing pengutip Labrador telah terbukti mempunyai kadar kejayaan tinggi dalam menjadi anjing pandu. Sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 2006 menguji kesesuaian empat baka berlainan (anjing pengutip Labrador, anjing pengutip keemasan, kacukan anjing pengutip Labrador/anjing pengutip keemasan, dan anjing gembala Jerman) sebagai anjing pandu. Dalam uji kajiini, anjing gembala Jerman mempunyai peluang paling tinggi untuk tidak menyelesaikannya. Anjing pengutip Labrador dan kacukan anjing pengutip Labrador/anjing pengutip keemasan mempunyai kadar kejayaan paling tinggi. Walau bagaimanapun, anjing gembala Jerman dan anjing pengutip keemasan mempunyai kadar kejayaan lebih tinggi selepas menjalani latihan lebih lama daripada latihan diwajibkan untuk anjing pengutip Labrador.[20][21]

Anjing pengutip Labrador ialah gundog yang dibiakbakakan untuk mengutip di darat dan di dalam air.[22] Sebagai anjing yang dibiakbakakan secara khas untuk pengutipan di dalam air, labrador telah mengembangkan pelbagai trait untuk pekerjaan ini. Untuk pengutipan, anjing pengutipan Labrador mempunyai mulut lembut, trait yang membolehkannya membawa buruan dan unggas air tanpa merosakkannya.[23] Untuk renangan pula, labrador dibantu oleh kaki renang penuh, ekor mirip berang-berang, dan lapis bulu kalis air.[24]

Kecerdasan tinggi, inisiatif, dan hala tuju diri pada labrador dalam peranan kerja dicontohi oleh anjing seperti Endal, yang dilatih untuk, jika perlu, meletakkan manusianya yang menggunakan kerusi roda dalam kedudukan pemulihan, menyelimutinya, dan mengaktifkan telefon kecemasan.[25] Sebilangan labrador juga telah diajar untuk membantu pemiliknya dengan mengeluarkan wang dan kad kredit daripada ATM dengan latihan terdahulu.[26]

Baka ini digunakan dalam penyelamatan air/penyelamatan nyawa. Ini berterusan dalam peranan itu kini, bersama-sama dengan anjing Leonberg, anjing Newfoundland, dan anjing pengutip keemasan; ia digunakan di Sekolah Anjing Penyelamat Itali.[27]

Dalam peperangan sunting

Labrador telah digunakan sebagai anjing perang. Semasa Perang Vietnam, ia digunakan sebagai anjing peninjau untuk menjejaki tentera terkorban atau tercedera atau kedudukan musuh.[28]:278

Kesihatan sunting

Ia merupakan baka sihat dengan agak sedikit masalah besar. Isu ketara yang berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan termasuk gangguan terwaris dan kegemukan (kebanyakan ketiadaan semua atau sebahagian daripada gen POMC yang mengawal atur selera makan).[perlu rujukan]

Sebuah kajian United Kingdom mendapati bahawa purata jangka hayat baka ini ialah 13.1 tahun.[1] Sebuah kajian Royal Veterinary College, dan sebuah yang dijalankan oleh Universiti Sydney, telah menyimpulkan bahawa anjing pengutip Labrador berwarna coklat mempunyai purata jangka hayat lebih pendek berbanding dengan warna lain anjing pengutip Labrador (sebanyak kira-kira 10%) dan lebih berkemungkinan untuk menghidap sesetengah masalah kesihatan.[29]

Anjing pengutip Labrador agak terdedah kepada displasia pinggul dan displasia siku,[30] terutamanya pada anjing lebih besar.[31] Penyakit mata mungkin termasuk atrofi retina progresif, katarak, distrofi kornea[30] dan displasia retina.[32] Ia dapat mengalami rebah cetusan senaman, yang menyebabkan hipertermia, kelemahan, rebah, dan kekeliruan selepas senaman singkat,[33] atau kegemukan, yang dalam sesetengah kes mungkin sebahagiannya disebabkan oleh ketiadaan sebahagian atau semua gen proopiomelanokortin.[34][35]

Demografi sunting

Labrador ialah anjing yang luar biasa popular. Setakat tahun 2006, ia dianggap secara meluas sebagai baka paling popular di dunia[perlu rujukan] dan ia merupakan anjing paling popular dari segi pemilikan di Kanada, di New Zealand,[36] dan di United Kingdom.[37] Pada tahun 2006, di United Kingdom dan di Amerika Syarikat, terdapat lebih dua kali lebih banyak labrador berdaftar berbanding dengan baka paling popular seterusnya.[38][39] Jika perbandingan terbatas kepada baka anjing dengan saiz serupa, maka terdapat kira-kira 3–5 kali lebih banyak labrador yang didaftarkan di kedua-dua negara berbanding dengan baka paling popular seterusnya, anjing gembala Jerman dan anjing pengutip keemasan.[38][39]

Ia merupakan baka anjing pembantu paling popular di Amerika Syarikat, di Australia, dan di banyak negara lain,[40] serta digunakan secara meluas oleh pihak polis dan badan rasmi lain untuk pengesanan dan kebolehan kerjanya. Hampir-hampir 60%–70% daripada semua anjing pandu di Amerika Syarikat merupakan labrador.[perlu rujukan]

Pada tahun 2022, anjing pengutip Labrador ialah baka kedua paling popular di Amerika Syarikat.[41] Pada tahun 2020, labrador ialah baka anjing berdaftar paling popular di New Zealand.[42]

Tujuh daripada tiga belas ekor "gundog cemerlang" yang dilantik dalam tempoh 2000–2005 oleh Australian National Kennel Council dalam 'dewan kemasyhuran'-nya merupakan labrador.[43]

Anjing pengutip Labrador terkenal sunting

 
Endal yang memakai Pingat Emas PDSA-nya

Anjing pengutip Labrador terkenal dalam pelbagai kategori termasuk:

Anjing pembantu sunting

  • Endal, seekor anjing khidmat[44] di Britain. Antara penghormatan lain, "anjing paling berpingat di dunia" (termasuk "Dog of the Millennium" dan Pingat Emas PDSA untuk Keberanian dan Bakti Haiwan kepada Tugas), anjing pertama yang menaiki Mata London dan anjing pertama yang diketahui mengerjakan kad ATM 'chip and pin'. Menjelang kematian Endal pada Mac 2009, ia dan pemiliknya/pengendalinya Allen Parton telah difilemkan sebanyak hampir 350 kali oleh kru dari beberapa buah negara dan sebuah sebuah filem setahun dalam kehidupan Endal dalam pembikinan.
  • Sully, berkhidmat dengan bekas Presiden Amerika Syarikat George H. W. Bush semasa enam bulan terakhir kehidupannya; terkenal kerana peranan beliau semasa pengebumian presiden. Suatu bentuk penyakit Parkinson melumpuhkan bekas presiden itu ke atas kerusi roda atau skuter bermotor dalam tahun-tahun terakhir kehidupan beliau. Antara perkhidmatan yang dapat dilaksanakan oleh Sully untuk Bush merupakan pengutipan barang terjatuh, pembukaan dan penutupan pintu, penolakan butang kecemasan, dan penyokongan beliau semasa berdiri.[45]

Anjing polis, ketenteraan, penyelamatan, dan penghidu sunting

Anjing peliharaan sunting

  • Anjing pengutip Labrador milik bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton, Buddy dan Seamus.[58]
  • Anjing pengutip Labrador milik Presiden Rusia Vladimir Putin, "Konni".[59]
  • Marley, "Anjing Paling Teruk di Dunia", yang ditampilkan dalam buku autobiografi karya wartawan John Grogan Marley & Me, yang diadaptasi menjadi sebuah filem drama komedi tahun 2008 dengan nama sama.
  • Anjing pengutip Labrador milik bintang super global Celine Dion, Charlie dan Bear. Mereka ditampilkan dalam banyak majalah dengan penyanyi itu dan keluarga beliau, lalu menjadi anjing peliharaan selebriti atas nama sendiri.[60]

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤڠوتيڤ لابرادور; bahasa Inggeris: Labrador retriever
  2. ^ "Penghasilan pigmen kuning melawan hitam pada anjing dikawal oleh tiga gen: Mc1r, Agouti, dan CBD103. Anjing yang membawa alel jenis liar untuk ketiga-tiga gen mempunyai lapis bulu kuning yang terhasil daripada antagonisme Agouti bagi pengisyaratan Mc1r di dalam melanosit (great dane kuning, atas). Anjing yang membawa mutasi kehilangan fungsi pada Mc1r mempunyai lapis bulu kuning tanpa mengira genotipnya pada Agouti atau CBD103 (anjing pengutip Labrador kuning, tengah). Anjing yang membawa alel jenis liar untuk Mc1r dan Agouti bersama-sama dengan alel hitam dominan bagi CBD103 (KB) mempunyai lapis bulu hitam yang terhasil daripada interaksi antara defensin β dengan Mc1r (anjing pengutip berbulu keriting hitam, bawah." — Candille, Kaelin, et al. (2007)[17]

Rujukan sunting

  1. ^ a b McMillan, K. M.; Bielby, J.; Williams, C.L. (2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). Jadual Tambahan 3
  2. ^ a b c d e f "Labrador Retriever Breed Standard" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 31 Mac 1994. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  3. ^ "AKC Dog Registration Statistics" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 4 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2012. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  4. ^ a b Rencana ditulis oleh The Field, 30 Mei 1896, 'Labrador Dogs' (Inggeris), oleh John S Kerss
  5. ^ The Labrador Retriever Club, Inc. (1995). "The Labrador Dog". Dalam Ziessow, Dr. Bernard W. (penyunting). The Official Book of the Labrador Retriever (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). 1 TFH Plaza, Third & Union Aves, Neptune, New Jersey 07753, Amerika Syarikat: TFH Publications, Inc. m/s. 24–25. ISBN 9780793801886. Dicapai pada 24 Januari 2024.CS1 maint: location (link)
  6. ^ a b Holland-Hibert, A. (1903). "Ch.XXX - The Labrador". Dalam Drury, William D. (penyunting). British dogs, their points, selection, and show preparation (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). Upcot Gill. m/s. 356–358.
  7. ^ a b Hawker, Peter (1846). "Dogs". Instructions to Young Sportsmen in all that relates to Guns and Shooting (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-5). Longman, Hurst, Rees, Orme, Brown, and Green. m/s. 245.
  8. ^ "Labrador Retriever". vcahospitals.com (dalam bahasa Inggeris). Mars Inc. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  9. ^ "Best labrador colour: does coat make a difference?". thefield.co.uk (dalam bahasa Inggeris). Future Publishing Limited Quay House. 19 April 2022. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  10. ^ Warwick, Helen (1986). "5". The NEW Complete Labrador Retriever (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). 230 Park Avenue, New York, New York 10169, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 89. ISBN 0-87605-230-8. Dicapai pada 9 Mac 2024.CS1 maint: location (link)
  11. ^ Ziessow, Bernard. "The Labrador Retriever: Origin and Purpose of the Breed" (PDF). pslra.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mac 2024.
  12. ^ "Labrador Retriever Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  13. ^ a b Retriever (Labrador) Breed Standard (Inggeris) Diarkibkan 31 Oktober 2011 di Wayback Machine. The Kennel Club.
  14. ^ "FCI-Standard N° 122 LABRADOR RETRIEVER" [Piawaian FCI No. 122 Anjing Pengutip Labrador] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). 30 September 2022. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  15. ^ "Get to Know the Labrador Retriever" (Inggeris), 'American Kennel Club', Dicapai pada 9 Mac 2024.
  16. ^ "Breed colours". The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2015. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  17. ^ a b Candille, Sophie I.; Kaelin, Christopher B.; Cattanach, Bruce M.; Yu, Bin; Thompson, Darren A.; Nix, Matthew A.; Kerns, Julie A.; Schmutz, Sheila M.; Millhauser, Glenn L.; Barsh, Gregory S. (2007). "A β-defensin mutation causes black coat colour in domestic dogs". Science (dalam bahasa Inggeris). 318 (5855): 1418–1423. Bibcode:2007Sci...318.1418C. doi:10.1126/science.1147880. PMC 2906624. PMID 17947548.
  18. ^ Conant, E.K.; Juras, R.; Cothran, E.G. (2011). "Incidence of the mask phenotype M264V mutation in Labrador retrievers". Research in Veterinary Science (dalam bahasa Inggeris). 91 (3): e98–e99. doi:10.1016/j.rvsc.2011.02.002. PMID 21353269.
  19. ^ American Kennel Club, The Labrador Retriever Club, Inc. "American vs. English" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Julai 2017. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  20. ^ Serpell, James (1995). The Domestic Dog: its Evolution, Behavior and Interactions With People (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 0-521-41529-2.
  21. ^ Ennik, Irma; Liinamo, Anna-Elisa; Leighton, Eldin; Van Arendonk, Johan (2006). "Suitability for field service in 4 breeds of guide dogs". Journal of Veterinary Behavior: Clinical Applications and Research (dalam bahasa Inggeris). 1 (2): 67–74. doi:10.1016/j.jveb.2006.06.004.
  22. ^ "Why the Labrador Is the World's Most Popular Bird Dog". GunDogMag (dalam bahasa Inggeris). 2 November 2019. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  23. ^ "Your guide to the Labrador Retriever". gundog journal (dalam bahasa Inggeris). 26 Februari 2019. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  24. ^ "8 Things To Know About Labrador Retrievers". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 20 September 2019. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  25. ^ Blystone, Richard; Mallary Gelb (10 Ogos 2000). "Assistance dogs are trained as partners for the disabled" (dalam bahasa Inggeris). CNN.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2013.
  26. ^ "thought this was Bark-lays bank" (dalam bahasa Inggeris). Metro. 28 Februari 2007. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  27. ^ Manetti, Francesco (23 Ogos 2010). "Italian school teaches dogs to become lifeguards". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  28. ^ Burnam, John C. (2008). A Soldier's Best Friend; Scout dogs and their handlers in the Vietnam War (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Sterling Publishing. m/s. 278. ISBN 9781402754470.
  29. ^ "Chocolate Labradors have a shorter lifespan than rest of the breed". VetCompassTM and the University of Sydney Study (dalam bahasa Inggeris). Royal Veterinary College. 22 Oktober 2018.
  30. ^ a b "Labrador Retriever" (dalam bahasa Inggeris). Canine Inherited Disorders Database. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2007. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  31. ^ Newton, C. D.; Nunamaker, D. M. (Eds.) "Textbook of Small Animal Orthopaedics (Inggeris) Diarkibkan 27 September 2007 di Wayback Machine." Diterbitkan oleh International Veterinary Information Service (Riser, Rhodes, dan Newton). hlm. 2.
  32. ^ "Retinal Dysplasia/Oculoskeletal Dysplasia 1". pawprintgenetics.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mac 2024.
  33. ^ Taylor, SM; Shmon, CL; Shelton, GD; Patterson, EE; Minor, K; Mickelson, JR (2008). "Exercise Induced Collapse of Labrador Retrievers: Survey results and preliminary investigation of heritability". J Am Anim Hosp Assoc (dalam bahasa Inggeris). 44 (6): 295–301. doi:10.5326/0440295. PMID 18981194.
  34. ^ Raffan, Eleanor (10 Mei 2016). "A Deletion in the Canine POMC Gene Is Associated with Weight and Appetite in Obesity-Prone Labrador Retriever Dogs". Cell Metabolism (dalam bahasa Inggeris). 23 (5): 893–900. doi:10.1016/j.cmet.2016.04.012. PMC 4873617. PMID 27157046.
  35. ^ Freytas-tamura, Kimiko De (5 Julai 2016). "The Lab Results Are In: Genes Might Be to Blame for Retrievers' Obesity". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  36. ^ "New Zealand: Leading dog breeds". Statista.com (dalam bahasa Inggeris). Statistica Research. 2019. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  37. ^ "UK: Top 20 dog breeds by registered number 2021". Statista.com (dalam bahasa Inggeris). Statistica Research. 2022. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  38. ^ a b "Registration statistics for all recognised dog breeds, 2005 and 2006". The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2009. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  39. ^ a b "AKC Dog Registration Statistics". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2007. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  40. ^ Devantier, Alecia T.; Turkington, Carol (2007). Extraordinary Jobs with Animals (dalam bahasa Inggeris). Ferguson. m/s. 20. ISBN 978-1-4381-1170-4. Labrador retriever: Most popular breed of assistance dog.
  41. ^ "Most Popular Dog Breeds 2022". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Mac 2024.
  42. ^ Kirkness, Luke. "Figures reveal the dog capital of New Zealand and most popular breeds". New Zealand Herald (dalam bahasa Inggeris). The Herald. Dicapai pada 14 Mac 2024.
  43. ^ "ANKC hall of fame". Australian National Kennel Council (dalam bahasa Inggeris). Australian National Kennel Council. 2000–2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2007. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  44. ^ "Endal the super dog" (dalam bahasa Inggeris). Edition.cnn.com. 10 Ogos 2000. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  45. ^ ‘Mission complete’: Sully, Bush’s service dog, stays at the former president’s side for one last journey (Inggeris). (3 Disember 2018). The Seattle Times. https://www.seattletimes.com/nation-world/mission-complete-sully-bushs-service-dog-stays-at-former-presidents-side-for-one-last-journey/
  46. ^ "Murió Frida, perrita rescatista de la Marina". Excélsior (excelsior.com.mx) (dalam bahasa Sepanyol). Mexico. 15 November 2022. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  47. ^ "Police dogs sniff for pirated DVDs". ABC News (abcnews.go.com) (dalam bahasa Inggeris). 10 Mei 2006. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  48. ^ Blass, Evan (20 Ogos 2007). "DVD-sniffing dogs awarded medals, returning to NYC". Engadget. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  49. ^ Chan, Sewell (28 August 2007). "Fresh off Malaysian triumph, DVD-sniffing dogs tackle New York". Cityroom. The New York Times (blog) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Januari 2024.
  50. ^ Blass, Evan (22 Mac 2007). "DVD pirates put out hits on Lucky and Flo the crime dogs". Engadget (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Januari 2024.
  51. ^ "Australian dog returns home after a year in the wilderness". defence.gov.au, Defence Media Release (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Pertahanan Australia. 12 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2012. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  52. ^ "Handler never gave up on lost army dog". ABC News (dalam bahasa Inggeris). Australian Broadcasting Corporation. 12 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 November 2009. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  53. ^ Glagola, Nick (27 Julai 2007). "Jake, the rescue dog: An impressive life". NPR.org. National Public Radio. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  54. ^ Life saving: Animals' war photos (PDF). london.iwm.org.uk (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Imperial War Museum. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Januari 2009. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  55. ^ "In pictures: Sadie the hero dog gets a medal". BBC News (dalam bahasa Inggeris). British Broadcasting Corporation. 6 Februari 2007. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  56. ^ "Army dog killed in Afghanistan given posthumous medal". BBC News (dalam bahasa Inggeris). British Broadcasting Corporation. 29 April 2014. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  57. ^ "British army dog awarded bravery medal for work in Afghanistan". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom. 29 April 2014. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  58. ^ "Friend of Bill". People (dalam bahasa Inggeris). 57 (2). 2002.
  59. ^ "Putin's Pooches". russianlife.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Januari 2024.
  60. ^ "Céline Dion Shared a Rare Photo of Her Three Sons" (dalam bahasa Inggeris). 10 Mei 2021. Dicapai pada 25 Januari 2024.

Sumber sunting