Anjing penuding berbulu pendek Jerman

baka anjing dari Jerman

Anjing penuding berbulu pendek Jerman[a] ialah satu baka anjing penuding bersaiz sederhana yang dikembangkan pada abad ke-19 di Jerman.[1] Ia merupakan baka bertenaga dan berkuasa dengan tungkai kuat dan daya ketahanan tinggi. Ia merupakan gundog serba guna yang sesuai untuk pemburuan dan pengutipan di darat dan di air dengan dorongan kuat untuk menemukan dan memburu buruan.[2] Ia mungkin juga dibela sebagai anjing teman, namun sebagai anjing sukan bertenaga tinggi, ia memerlukan banyak senaman.

Anjing penuding berbulu pendek Jerman
Seekor anjing penuding berbulu pendek Jerman yang menuding
Negara asalJerman
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing penuding berbulu pendek Jerman mempunyai lapis bulu yang terdapat dalam pelbagai kombinasi, pada umumnya campuran warna hati dan putih. Ia mempunyai telinga terkelepai sederhana panjang yang terletak tinggi-tinggi pada kepala. Muncung lebih panjang, lebar, dan kuat membolehkan pengutipan buruan lebih besar. Profil anjing ini patut lurus atau sangat berhidung bengkok; mana-mana penampilan lengkung bagi profilnya adalah tidak betul menurut piawaian baka.[2] Matanya pada umumnya berwarna perang, dengan mata lebih gelap yang lebih diingini; mata kuning atau "burung mangsa" merupakan kecacatan. Ekornya pada umumnya terpotong, sungguhpun ini kini dilarang di sesetengah negara.[3] Dalam pertandingan, ia didenda jika ekornya melengkung sama ada ke atas atau ke bawah semasa anjing berkenaan bergerak.[4] Apabila anjing penuding berbulu pendek Jerman melakukan cara berdiri tuding klasik, ekornya patut ternaik dengan lurus dari tubuh untuk membentuk satu garisan dengan kepala dan tubuh yang menuding. Seperti semua anjing penuding Jerman, yang berbulu pendek mempunyai kaki renang dan diketahui mengejar unggas air di dalam air.

Anjing penuding berbulu pendek Jerman ialah anggota Kumpulan Sukan.[5] Pada tahun 2016, CJ, seekor anjing penuding berbulu pendek Jerman, memenangi anugerah Best in Show dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club ke-140.[6]

Penampilan sunting

 
hati dan berbintik hati dan putih

Lapis bulu anjing penuding berbulu pendek Jerman adalah pendek dan rata dengan lapis bulu bawah tebal yang dilindungi oleh rerambut pengawal kaku, yang menjadikan lapis bulunya kalis air dan membolehkan anjing kekal hangat dalam cuaca sejuk. Itu membolehkan anjing menjadi pemburu tangkas, dengan prestasi tinggi di padang dan di dalam air. Lapis bulunya dapat berwarna perang gelap dengan sesetengah warna perang lebih cerah, yang dirujuk sebagai "hati" (salah sebagai "coklat" atau "perang berangan"), hitam, putih, hati kemerah-merahan, atau hati dan putih.[2][5]

Kesihatan sunting

 
Seekor anjing penuding berbulu pendek Jerman berwarna hati padu
 
berwarna hati dan bertompok putih (kepala) dan berbintik (tubuh)

Kebanyakan anjing penuding berbulu pendek Jerman merupakan anjing teguh dan sihat, tetapi baka ini dapat menjadi tertakluk kepada sebilangan gangguan keturunan kerana pembiakbakaannya. Sesetengah gangguan kesihatan ini termasuk hipotiroidisme, displasia pinggul, osteokondrosis disekan (OCD), panus, atrofi retina progresif (PRA), epilepsi, gangguan kulit, dan lesi kanser di dalam mulut, pada kulit, dan di bahagian lain tubuh.[7] Seperti baka lain, anjing penuding berbulu pendek Jerman betina tidak termandul terdedah kepada kanser payudara. Risiko ini dikurangkan jika ia dimandulkan.

Satu bentuk genetik bagi lupus, yang diistilahi lupus eritematosus kutis eksfoliatif (ECLE[8]) juga telah dikenal pasti pada anjing penuding berbulu pendek Jerman.

Penjagaan sunting

 
Anjing penuding berbulu pendek Jerman ialah anjing amat aktif dan cemerlang dalam sukan anjing bikejoring

Anjing penuding berbulu pendek Jerman mempunyai jangka hayat median selama 9 tahun dalam tinjauan Denmark dan 12 tahun dalam tinjauan United Kingdom. Dalam tinjauan UK, kira-kira 1 dalam 8 hidup sehingga >15 tahun dengan anjing paling lama hidup yang hidup sehingga 17 tahun.[9]

Sejarah sunting

 
Anjing penuding berbulu pendek Jerman yang digambarkan dalam buku tahun 1915 "Dogs of All Nations"

Para pemburu Jerman menghabiskan beberapa generasi dalam menyilangkan baka berlainan sehingga anjing penuding berbulu pendek Jerman muncul semasa tahun 1800-an. Mereka berjaya sehinggakan anjing penuding berbulu pendek Jerman ialah antara baka pemenang teratas dalam acara perburuan kompetitif.[10] Menurut American Kennel Club,[5] anjing penuding berbulu pendek Jerman berkemungkinan diturunkan daripada baka yang dikenali sebagai anjing burung Jerman, yang sendiri berkaitan dengan anjing penuding lama Sepanyol, yang diperkenalkan ke Jerman pada abad ke-17.[11] Pelbagai anjing pemburu dan anjing penjejak Jerman, serta anjing penuding Inggeris dan anjing penuding Arkwright, juga berkemungkinan turut menyumbang kepada perkembangan baka ini. Walau bagaimanapun, memandangkan buku pembaka pertama tidak dicipta sehingga tahun 1870, ada kemustahilan untuk mengenal pasti semua anjing yang masuk untuk menghasilkan baka ini. Baka ini diiktiraf secara rasmi oleh American Kennel Club pada tahun 1930.[5] Perang Dunia Kedua menjejaskan pembiakbakaan anjing penuding berbulu pendek Jerman. Menjelang penghujung perang, ramai pembiak baka menyembunyikan emas, intan, anjing penuding berbulu pendek Jerman mereka, dan banyak lagi. Kemudian anjing terbaik dihantar ke Yugoslavia untuk penyimpanan selamat. Kini, anjing penuding berbulu pendek Jerman berada di kedudukan ke-19 antara 155 baka dan keragaman yang diiktiraf oleh AKC.

Kegunaan semasa sunting

Seperti anjing penuding Jerman lain (anjing penuding berbulu dawai Jerman dan anjing penuding berbulu panjang Jerman yang kurang terkenal), anjing penuding berbulu pendek mampu melaksanakan hampir semua peranan gundog. Ia merupakan anjing penuding dan anjing pengutip, anjing burung tanah tinggi, dan anjing air. Anjing penuding berbulu pendek Jerman dapat digunakan untuk pemburuan buruan lebih besar dan lebih berbahaya. Ia merupakan perenang cemerlang tetapi juga bekerja dengan baik di rupa bumi mencabar. Ia bernai, tidak kenal lelah, tahan lasak, dan boleh dipercayai. Anjing penuding berbulu pendek Jerman mahir dengan pelbagai jenis buruan dan sukan, termasuk penjejakan, pengutipan, dan penudingan pheasant, puyuh, grouse, unggas air, rakun, oposum, dan malah rusa.[5]

 
Seekor anjing penuding berbulu pendek Jerman selepas kejayaan dalam pemburuan puyuh jerami

Anjing penuding berbulu pendek Jerman masih digunakan sebagai anjing pemburu dan gundog serba guna. Dengan kecerdasan tinggi dan atletisismenya, anjing penuding berbulu pendek Jerman berprestasi baik dalam banyak sukan AKC seperti ketangkasan, selaman limbungan, dan kepatuhan.[12] Anjing penuding berbulu pendek Jerman juga digunakan dalam penguatkuasaan undang-undang untuk kerja hidung seperti pengesanan bahan terlarang.[13]

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ بربولو ڤينديق جرمن; Jerman: deutscher kurzhaariger Vorstehhund; Deutsch Kurzhaar; bahasa Inggeris: German shorthaired pointing dog; German short-haired pointing dog; German shorthaired pointer; German short-haired pointer

Rujukan sunting

  1. ^ Maxwell, C. Bede 1987. "The New German Shorthaired Pointer" (Inggeris) Howell Book House Inc. ISBN 0-87605-157-3; hlm. 13
  2. ^ a b c "GSP breed standard" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2014. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  3. ^ "Docking worldwide" (dalam bahasa Inggeris). Council of Docked Breeds. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Ogos 2022. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  4. ^ Titus, Patte (30 September 1992). "Breed Education". www.gspca.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2019. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  5. ^ a b c d e "Get to Know the German Shorthaired Pointer" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2014. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  6. ^ "2016 Winners", westminsterkennelclub.org (dalam bahasa Inggeris), Westminster Kennel Club, diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2020, dicapai pada 23 Januari 2024
  7. ^ "German Shorthaired Pointer Dogs| German Shorthaired Pointer Dog Breed Info & Pictures | petMD". www.petmd.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2016. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  8. ^ Wang, Ping; Zangerl, Barbara; Werner, Petra; Mauldin, Elizabeth A.; Casal, Margret L. (April 2011). "Familial cutaneous lupus erythematosus (CLE) in the German shorthaired pointer maps to CFA18, a canine orthologue to human CLE". Immunogenetics (dalam bahasa Inggeris). 63 (4): 197–207. doi:10.1007/s00251-010-0499-z. ISSN 0093-7711. PMC 3230530. PMID 21132284.
  9. ^ "Breed Longevity Data" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2016. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  10. ^ "German Shorthaired Pointer Dog Breed Information" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2020. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  11. ^ "Jagdhund - einzelnen Rassen und Schläge". Jäger werden (dalam bahasa Jerman). 23 Julai 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2018. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  12. ^ Club, American Kennel. "German Shorthaired Pointer History & Training/Temperament". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2016. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  13. ^ Sole, Sarah (4 Februari 2019). "New K-9 Amigo has nose for law enforcement". ThisWeekNews.com (dalam bahasa Inggeris). GateHouse Media, LLC. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2019. Dicapai pada 4 Mac 2024.

Bacaan lanjut sunting

  • Alderton, David (1984). The Dog (Inggeris). Quill Publishing; Chartwell Books. ISBN 0-89009-786-0.
  • Barnes, Duncan (ed.) (1983). The AKC's World of the Pure-Bred Dog (Inggeris). Nick Lyons Books. ISBN 0-87605-406-8.
  • Brown, Joan (1996). Simon the Pointer (Inggeris). Viking US. ISBN 0-670-86662-8.
  • Cunliffe, Juliette (2004). The Encyclopedia of Dog Breeds (Inggeris). Parragon Publishing. ISBN 0-7525-8276-3.
  • Ellis, Mel (1985). Run, Rainey, Run (Inggeris). Top Dogs: Northword Publishing. ISBN 0-942802-11-X.
  • Fogle, Bruce, DVM (2000). The new Encyclopedia of the Dog (Inggeris). Doring Kindersley (DK). ISBN 0-7894-6130-7.
  • Koshyk, Craig (2011). Pointing Dogs: The Continentals (kulit keras) (dalam bahasa Inggeris). One (ed. ke-1). Dog Willing Publications. m/s. 364. ISBN 978-0-9813523-1-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2013. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  • Marder, Amy, VMD (2004). The Complete Dog Owner's Manual (Inggeris). Fog City Press. ISBN 1-74089-313-1.
  • Maxwell, C Bede (1982) "The New German Shorthaired Pointer" (Inggeris) Howell Book House. ISBN 0-87605-157-3.
  • Palmer, Joan (1994). The Illustrated Encyclopedia of Dog Breeds (Inggeris). Wellfleet Press. ISBN 0-7858-0030-1.
  • Rollston, Dr. Christopher A. "A Brief History of the German Shorthair (Deutsch Kurzhaar)" (Inggeris). _Shorthair Journal_ Jilid 7 Keluaran 6 (2006):8–10.
  • Schuler, Elizabeth Meriwether (ed.) (1980). Simon & Schuster's Guide to Dogs (Inggeris). Fireside: Simon and Schuster. ISBN 0-671-25527-4.