Answer To Reset (ATR) ialah pesanan yang dikeluarkan oleh sesebuah kad pintar sentuh, mengikut piawai ISO/IEC 7816, apabila cipnya diset semula secara elektrik oleh pembaca kad. ATR menyampaikan maklumat tetang parameter komunikasi yang diusulkan oleh kad, beserta sifat dan keadaan kad berkenaan.

ATR dalam penghantaran tak segerak sunting

ATR yang dinyatakan dalam ISO/IEC 7816-3[1] ialah satu siri bait yang mengandungi 5 medan iaitu bait permulaan (TS), bait format (T0), bait antara muka (TAi, TBi, TCi, TDi), bait sejarah (Ti, maksimum i=15) dan bait periksa (TCK).[2] Jumlah maksimumnya ialah 33 bait. Dua bait pertama dalam ATR, TS dan T0, adalah wajib manakala bait-bait lain adalah sebaliknya yang akan ditentukan oleh maklumat daripada bait sebelumnya (T0 dan TDi).

TS T0 TA1 TB1 TC1 TD1 TA2 TB2 TC2 TD2 ... TAn TBn TCn TDn TAn TBn TCn TDn Bait sejarah TCK

ATR dalam penghantaran segerak sunting

Rujukan rasmi yang mentakrifkan ATR dalam penghantaran segerak ialah piawai ISO/IEC 7816-10.[3]

ATR dimulakan dengan pengepala bersaiz 32 bit yang diatur kepada 4 bait, dinamakan H1 hinggalah H4. H1 mengekodkan protokol (di mana '00' dan 'FF' adalah tak sah), H2 pula mengekodkan parameter untuk protokol tadi.

Rujukan sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.