Antonio Lucio Vivaldi [Itali: [anˈtɔːnjo ˈluːtʃo viˈvaldi]  ( listen) (4 Mac 1678 – 28 Julai 1741) merupakan seorang penggubah lagu, paderi, dan pemain biola virtuoso (luar biasa hebatnya) bangsa Itali kelahiran Republik Venezia.

Antonio Vivaldi
Potret Vivaldi s. 1723[1]
Kelahiran(1678-03-04)4 Mac 1678
Meninggal dunia28 Julai 1741(1741-07-28) (umur 63)
Vienna, Austria Habsburg
Tempat ditanamKarlskirche, TU Wien
PekerjaanPemuzik, penggubah lagu
Tandatangan

Beliau banyak mengarang dan menggubah konserto khusus dimainkan dalam biola dan alat lain dalam kumpulan anak yatim Ospedale della Pietà diketuainya sebagai seorang paderi dan kakitangan di rumah tersebut dari 1703 hingga 1715 dan dari 1723 hingga 1740, beliau turut menggubah gita puja dan opera. Mahakarya paling terkenal beliau ialah himpunan konserto biola Le quattro stagioni.

Beliau dikenali sebagai salah seorang komposer Baroque teragung, dan pengaruhnya sepanjang hayatnya tersebar luas di Eropah. Namun, kemasyhurannya merudum selepas pemergiannya sehingga karya-karyanya ditemui semula awal abad ke-20.

Awal hidup sunting

Antonio Lucio lahir dalam pusat kota Republik Venezia (kini dalam Itali) pada 4 Mac 1678.[2] Beliau salah seorang anak daripada enam adik-beradik[3] kepada ayahnya Giovanni Battista Vivaldi, seorang pemain biola di Katedral San Marco, dan Camilla Calicchio;[4] beliau mewarisi kemampuan bermusik dari ayahnya ini. Dalam usia yang masih muda, Vivaldi telah diajarkan bermain biola oleh ayahnya. Mereka juga berkeliling di kota Venezia untuk membuat persembahan biola mereka kepada orang ramai.

Keadaan kemiskinan keluarganya mendorong Antonio menjadi seorang paderi yang menjaminkan pendidikan baik yang percuma pada zamannya, selain perasaan trauma dihadapi semasa kecil.[5] Beliau mengikuti pelatihan kependetaan pada 1693 di gereja lokal, S. Geminiano dan S. Giovanni di Oleo. Beliau diteguhkan pada 1703 dan sempat berkhdimat sebagai pendeta sampai akhirnya memutuskan mundur pada akhir 1706.

Ada kisah tersendiri di balik mundurnya Vivaldi dari posisinya sebagai seorang imam/pendeta. Vivaldi menyebutkan alasannya mundur dikarenakan penyakit asmanya. Meski demikian, ada juga yang mencurigai mundurnya Vivaldi dari posisi itu dikarenakan minat dan aspirasinya yang begitu besar akan muzik.

Kerjaya muzik sunting

 
Potret Vivaldi pada 1725

Setidaknya, ada empat tahap dalam karier Vivaldi, sebagaimana dikemukakan oleh Frederic Delamea[3]. Tahapan pertama ialah ketika ia diakui sebagai seorang yang brilian dalam muzik instrumental. Pengakuan ini diperolehnya ketika salah satu penerbit di Italia, Sala, yang diikuti penerbit ternama asal Belanda, Roger, mencetak dua opus[4] sonata dan koleksi revolusioner konserto biola milik Vivaldi, Estro Armonico (1711) dan La Stravaganza (1714). Reputasinya yang mencapai Jerman ini membuat Johann Sebastian Bach memuji Vivaldi, bahkan Bach sendiri mendapatkan inspirasi dari karya Vivaldi.

Tahap kedua dalam kariernya ialah ketika ia mulai mengajar di Ospedalle della Pieta[5]. Di sini Vivaldi bertugas sebagai guru muzik, membeli instrumen-instrumen muzik bagi murid-muridnya dan orkestra yang dipimpinnya ini. Dan Vivaldi berhasil membekali para penghuni Ospedalle della Pieta ini dengan kemampuan paduan suara dan kemampuan bermusik yang sangat baik. Di bawah arahannya, para penghuni Ospedalle della Pieta ini senantiasa menampilkan mutu muzik yang sangat tinggi.

Lalu pada tahap ketiga, Vivaldi mulai merambah dunia teater dengan opera-operanya. Opera pertamanya ditampilkan pada bulan Mei 1713 di Vicenza iaitu Ottone in Villa. Disebutkan pula bahwa setelah pertunjukan ini, Vivaldi seperti menaklukkan teater-teater di Venenzia , mengambil alih teater San Angelo dan San Moise. Ia juga menulis Teuzzone dan Tito Manlio pada 1719. Pada salah satu lembar partitur, tertulis "muzik oleh Vivaldi, dibuat dalam lima hari". Lalu pada 1720, giliran La Conduce o siano Li veri amici yang ditampilkan.

Tahap keempat dari kariernya ialah perkembangan kegiatan musiknya sebagai seorang komposer pribadi. Dalam masa-masa ini, Vivaldi menerima pesanan komposisi muzik, biasanya dari kaum bangsawan. Bahkan Raja Louis XV dari Perancis pernah memintanya menulis komposisi. Serenade La Sena Festeggiante (Festival di Sungai Seine) yang ditulis setelah 1720 merupakan salah satunya.

Senja hidup sunting

Sepanjang kariernya, Vivaldi telah menempati posisi yang terhormat. Di Ospedalle della Pieta ia merupakan maestro di violino. Pada 1716, ia dipromosikan sebagai maestro de'concerti. Lalu pada 1717, Vivaldi juga menjabat sebagai Chamber Capellmeister pada Landgrave Philips van Hessen-Darmstadt.

Setelah kelesuan di bidang ekonomi pada tahun 1740, Vivaldi mengundurkan diri dari Ospedalle della Pieta. Beliau menetap di Vienna untuk mendapatkan naungan dan sokongan penguasa sangat berpengaruh pada masa itu, Maharaja Charles VI. Namun, maharaja tersebut mangkat tidak lama selepas tibanya Antonio di Vienna lalu tidak berkesempatan, lalu, Antonio terjerumus dalam kemisikinan sehingga menjejaskan kesihatan beliau.[6][7] Beliau meninggal dunia semasa menumpang kediaman janda seorang tukang sanggul kuda pada 28 Julai 1741,[8] di mana ia diperkirakan kerana penyakit asmanya yang berpanjangan.

Beliau dimakamkan secara sangat sederhana dalam pekarangan gereja Karlskirche, gereja tersebut kini dalam Universiti Teknologi Vienna (Technische Universität Wien atau TU Wien).

Karya sunting

Opus sunting

  • Opus 1, 12 sonata untuk 2 biola dan basso continuo (1705)
  • Opus 2, 12 sonata untuk violin dan basso continuo (1709)
  • Opus 3, L'estro armonico, 12 konserto untuk berbagai gabungan alat (4 biola, 4 biola dan violoncelo, etc.) (1711)
  • Opus 4, La stravaganza, 12 konserto biola (c. 1714)
  • Opus 5, (2nd part of Opus 2), 4 sonata untuk violin dan 2 sonata untuk 2 biola dan basso continuo (1716)
  • Opus 6, 6 konserto biola (1716-21)
  • Opus 7, 2 konserto obo dan 10 konserto biola (1716-21)
  • Opus 8, Il cimento dell'armonia e dell'inventione - 12 konserto biola (1725)
  • Opus 9, La cetra, 2 konserto biola dan 1 konserto untuk 2 biola (1727)
  • Opus 10, 6 konserto flut (c. 1728)
  • Opus 11, 5 konserto biola, 1 konserto obo (1729)
  • Opus 12, 5 konserto biola dan 1 tanpa solo (1729)
  • Opus 13, Il pastor fido (The Faithful Sheperd), 6 sonata untuk musette, viela, rekorder, obo atau biola dan basso continuo (1737, spurious works by Nicolas Chédeville).

Oratorio sunting

  • Moyses Deus Pharaonis, RV 643 - 1714
  • Juditha triumphans devicta Holofernes barbarie (1716), RV 644
  • L'adorazione delli tre rè magi al bambino Gesù nella capanna di Betlemme (Milan, 1722) RV 645
  • La vittoria navale predetta dal S Pontefice Pio V Ghisilieri, (1713) RV 78
  • Juditha triumphans devicta Holofernis barbarie (Venezia, November 1716) - libreto oleh Giacomo Cassetti RV 645

Opera sunting

  • Bajazet (Tamerlano) (1735)
  • Catone in Utica (1737)
  • Dorilla in Tempe (1726)
  • Ercole sul Termodonte (1723)
  • Farnace (1727)
  • La fida ninfa (1732)
  • Il Giustino (1724)
  • Griselda (1735)
  • L'incoronazione di Dario (1716)
  • L'Olimpiade (1734)
  • Orlando finto pazzo (1714)
  • Orlando furoiso (1727)
  • Ottone in villa (1713)
  • Rosilena ed Oronta (1728)
  • Rosmira (1738)
  • Siroe, re di Persia, RV 735 (1727)
  • Il Teuzzone (1719)
  • Tito Manlio (1719)
  • La verità in cimento (1720)

Konserto solo sunting

  • Opus 3, Concerto in A minor
  • Concerto for Strings dan Harsicord in G Major
  • Opus 3, Concerto in B minor
  • Concerto in C major
  • Concerto in A major
  • Concerto per archi e cembalo in C major
  • L'estro Armonico
  • Concerto untuk Mandolin
  • La Primavera, op. 8 no. 1, RV 269—E Mayor
  • Il favorito, op. 11 no. 2, RV 277—e minor
  • Il corneto da posta, RV 363—B flat Mayor
  • L'autunno, op. 8 no. 3, RV 293—F Mayor
  • Concerto for Two Trumpets in D Major

Gita puja sunting

  • Gloria, RV 588, RV 589
  • Beatus vir, RV 597

Rujukan sunting

  1. ^ "An anonymous portrait in oils in the Museo Internazionale e Biblioteca della Musica di Bologna is generally believed to be of Vivaldi and may be linked to the Morellon La Cave engraving, which appears to be a modified mirror reflection of it." Michael Talbot, The Vivaldi Compendium (2011), p. 148.
  2. ^ Michael Talbot, "Vivaldi, Antonio", Grove Music Online (langganan diperlukan)
  3. ^ Michael Talbot, Vivaldi (London: J.M. Dent & Sons, Ltd, 1978), 37.
  4. ^ Landon, p. 15
  5. ^ Walter Kolneder, Antonio Vivaldi: Documents of his life and works (Amsterdam: Heinrichshofen's Verlag, Wilhelmshaven, Locarno, 1982), 46.
  6. ^ Landon supplies this assertion and furthermore quotes the report of Vivaldi's death which reached Venice in the Commemorali Gradenigo: "Abbe Lord Antonio Vivaldi, incomparable virtuoso of the violin, known as the Red Priest, much esteemed for his compositions and concertos, who earned more than 50,000 ducats in his life, but his disorderly prodigality caused him to die a pauper in Vienna." Landon, p. 166
  7. ^ Marc Pincherle, Vivaldi: Genius of the Baroque (Paris: W. W. Norton & Company, Inc., 1957), 53.
  8. ^ Talbot (p. 69) gives the 27th as the day of death. Formichetti (p. 194) reports that he died during the night and his death was the first registered on the next day. Heller (p. 263) states: "The composer's death is noted in the official coroner's report and in the burial account book of St. Stephen's Cathedral Parish as having occurred on 28 July 1741". But the so-called Totenbeschauprotokoll is not a reliable source, since the date can refer to when the entry was made, not to the actual time of death.

Pautan luar sunting