Anugerah Aidilfitri

album ke-10 oleh Siti Nurhaliza

Anugerah Aidilfitri ialah sebuah album studio ke sepuluh Siti Nurhaliza. Album ini memuatkan lagu-lagu yang bertemakan Hari Raya Aidilfitri. Album ini dilancarkan seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2003 dan boleh didapati dalam bentuk cakera padat atau VCD.

Anugerah Aidilfitri
Album studio oleh
Dilancarkan pada10 Disember 2003[1]
Dirakamkan pada1999 — 2003
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenrePop, Perayaan
Panjang47:52
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
SyarikatSuria Records
EMI Music Indonesia
PenerbitDato' Siti Nurhaliza, Pak Ngah, S.Atan, Azmeer & Khir Rahman
Kronologi Siti Nurhaliza
E.M.A.S
(2003)
Anugerah Aidilfitri
(2003)
Prasasti Seni (2004)
Single daripada Anugerah Aidilfitri
  1. "Sesuci Lebaran"
  2. "Nazam Lebaran"
  3. "Anugerah Aidilfitri (lagu baru)"
  4. "Mekar Hari Raya (lagu baru)"
  5. "Meriah Suasana Hari Raya (lagu baru)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Antara lagu-lagu yang menarik perhatian pendengar semasa Hari Raya Aidilfitri ialah Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran, dan Meriah Suasana Hari Raya.

Latar belakang sunting

Siti Nurhaliza dilaporkan pernah berkata beliau telah merakamkan sebuah lagu raya, yang akhirnya menjadi sebuah album raya. Difahamkan bahawa Siti mula merakamkan album rayanya sejak bulan Ramadhan. Album Anugerah Aidlfitri juga memuatkan lagu raya hits beliau, termasuk Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran dan Air Mata Syawal yang semuanya dicipta oleh Pak Ngah dan juga lagu ciptaan komposer S. Atan, Bila Hari Raya Menjelma. Selain itu, beliau turut merakamkan semula lagu Suara Takbir, yang dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Siti juga mengesahkan “Anugerah Aidilfitri” sebagai single pertama, yang dicipta oleh Pak Ngah dengan liriknya ditulis oleh Ce’Kem. Ia kemudiannya diikuti oleh dua lagi lagu baru, termasuk Mekar Hari Raya, trek kedua album ini dicipta oleh Azmeer dan liriknya ditulis oleh Senibayan menghasilkan rentak yang berbeza kepada lagu-lagu raya yang Siti pernah nyanyikan sebelum ini. Kali ini lebih rentak pop berbanding yang satu lagi. Meriah Suasana Hari Raya ialah satu lagi lagu raya tipikal yang dicipta oleh Khir Rahman dan liriknya ditulis oleh Hairul Anuar Harun yang sebelum ini menulis lirik lagu Sesuci Lebaran.

Senarai lagu sunting

No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Anugerah Aidilfitri"Pak NgahCe’Kem3:52
2."Mekar Hari Raya"AzmeerSenibayan4:20
3."Meriah Suasana Hari Raya"Khir RahmanHairul Anuar Harun4:50
4."Bila Hari Raya Menjelma[a]"S. AtanNurul Asyiqin4:43
5."Sesuci Lebaran[b]"Pak NgahHairul Anuar Harun4:00
6."Suara Takbir[c]"Copyright ControlledCopyright Controlled2:43
7."Nazam Lebaran[d]"Pak NgahNurul Asyiqin5:39
8."Air Mata Syawal[e]"Pak NgahNurul Asyiqin5:04
9."Anugerah Aidilfitri (Instrumental)"3:52
10."Sesuci Lebaran (Instrumental)"4:00
Jumlah masa: 43:52


Lihat juga sunting

  • Hari Kemenangan – lagu raya yang dirakamkan oleh Siti Nurhaliza pada 2016
  • Lip Lap Raya

Nota kaki sunting

  1. ^ "Bila Hari Raya Menjelma" dimuatkan lebih awal pada 2000 dalam Aidilfitri Di Alaf Baru, sebuah album kompilasi Aidilfitri oleh Suria Records.
  2. ^ "Sesuci Lebaran" dimuatkan lebih awal pada 1998 dalam Seleksi Hari Raya, sebuah album kompilasi Aidilfitri oleh Suria Records.
  3. ^ "Suara Takbir" dimuatkan lebih awal pada 1997 dalam Kenangan Aidilfitri, sebuah album kompilasi Aidilfitri oleh Suria Records.
  4. ^ "Nazam Lebaran" dimuatkan lebih awal pada 2001 dalam album Salam Aidilfitri, sebuah album kompilasi Aidilfitri oleh Suria Records.[2]
  5. ^ "Air Mata Syawal" dimuatkan lebih awal pada 2002 untuk Fiesta Aidilfitri, sebuah album kompilasi Aidilfitri oleh Suria Records.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Anugerah Aidilfitri... SitiZone.com - Siti Nurhaliza Official Website (4 Disember 2007). Diarkibkan dari asal pada 13 Disember 2007.
  2. ^ Salam Aidilfitri – Siti Nurhaliza iTunes Store (MY). Apple (12 November 2001). Diakses pada 7 Ogos 2016.
  3. ^ Fiesta Aidilfitri (liner notes). Various Artistes. Suria Records. 2002. SRCD 02-23542.CS1 maint: others (link)

Pautan luar sunting