Anugerah Juara Lagu ke-23

Anugerah Juara Lagu ke-23 2008 (AJL 23) adalah sebuah anugerah terbitan TV3 yang bakal mempertandingkan lagu-lagu pencalonan Muzik-muzik yang disaringkan untuk membariskan 14 buah lagu terbaik ciptaan penggubah Malaysia pada tahun 2008 sebelum dinobatkan sebagai "Juara Lagu" yang ke-23. Lagu-lagu yang dibawa ke peringkat akhir ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock.

Anugerah Juara Lagu
ke-23
Tarikh18 Januari 2009
TempatStadium Putra Bukit Jalil
PengacaraFaizal Ismail
Cheryl Samad
Ally Iskandar
Juara LaguLagu Untukmu
  • ← 2007
  • 2009 →

Malam anugerah gilang-gemilang ini diadakan pada 18 Januari 2009 di Stadium Putra Bukit Jalil pada jam 9 malam dan seperti biasa, dibawakan secara langsung melalui penyiar rasmi TV3. Tema Anugerah Juara Lagu 2008 ialah "Illuminasi Muzik". Pengacara yang mengendalikan malam anugerah ini ialah Faizal Ismail, Ally Iskandar dan Cheryl Samad.

"Lagu Untukmu" ciptaan dan dendangan kumpulan Meet Uncle Hussain dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-23. Di samping itu, Faizal Tahir melakukan hatrik pada malam yang sama iaitu menggondol anugerah Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Juara Kategori Balada untuk persembahan lagu Sampai Syurga.

Saringan separuh akhir sunting

Saringan pada peringkat separuh akhir mempertandingkan 12 lagu bagi kategori Balada dan Pop Rock manakala 10 lagu bagi kategori Etnik Kreatif bagi kelayakan ke peringkat akhir. Kategori Etnik Kreatif dilangsungkan pada 28 November 2008 manakala kategori Balada adalah pada 5 Disember dan kategori Pop Rock adalah pada 12 Disember 2008. Peringkat separuh akhir ini akan diacarakan bersama oleh Cheryl Samad dan Faizal Ismail dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.[1]

Format pemarkahan bagi saringan separuh akhir berdasarkan markah persembahan pada malam tersebut dengan markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan bagi mendapat markah keseluruhan. Bagi yang mendapat markah tertinggi, mereka adalah layak untuk ke peringkat akhir dan akan melakukan persembahan bagi merebut gelaran tertinggi iaitu "Juara Lagu".

Lihat disini untuk peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 23

Acara sunting

Pembukaan sunting

Malam acara dilaporkan dihadiri 15,000 orang penonton di Stadium Putra.[2] Tepat pukul 9 malam, bermulanya siaran langsung di TV3 yang dimulakan dengan kata-kata pembuka oleh suara latar, persembahan hip-hop oleh kumpulan One Nation Emcees mengumumkan senarai lagu yang bertanding bergaya rap.

Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail muncul di pentas untuk ucapan pembukaan mereka. Di tengah-tengah keceriaan ucapan, mereka sempat meluangkan masa untuk meratapi kesengsaraan yang dialami penduduk Gaza, yang terdiri daripada bersunyi selama seminit dan rayuan kepada penonton untuk menghulurkan derma kepada Tabung NSTP untuk Gaza.

Pertandingan sunting

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-23:

Kategori Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
Pop Rock "Bukan Di Sini" Zarimi Zahari (Zimi)
Amir Mahiyidin (Are-mer)
Wan Shahbaharom Niktah (One) Kumpulan Sofazr "Kepantasanku"[3] Suria Records Finalis
Balada "Lagu Kita" Muhammad Aizat bin Amdan Aizat Amdan "Percubaan Pertama" [4] Broadcast Music Inc. - Kasi Gegar Entertainment Finalis
Etnik Kreatif "Dusta Berkalang" Hafiz Hamidun Ahmad Fedtri Yahya Aiman Sidek "Aiman" [5] Fantasia Music City - Arteffects Productions Finalis
Balada "Cuba" Mok Chuang Yew (Audi Mok) Faizal Tahir Faizal Tahir "Aku.Muzik.Kamu" [6] Universal Music - Monkey Bone / EMI Finalis
Pop Rock "Yang Pernah" Richael Lawrence Gimbang
Solihuddin Hormat (Din Hormatov)
Nor Hanafi
Azwin Andy Malik
Richael Lawrence Gimbang Kumpulan Estranged "Remain Unknown" [7] EAD Entertainment [8] Finalis
Balada "Hanya Di Mercu" Teh Boon Eng @ Aubrey Naga Suwito (Aubrey Suwito) Habsah Hassan Ayu Damit "Inspirasi" [9] Universal Music - Monkey Bone Finalis
Etnik Kreatif " Doa Dalam Lagu " Mohd Faizal Maas (Ajai) Rosli Khamis (Loloq) Mawi (digantikan Zahid Baharuddin)
Heliza Helmi
[10] LIFE Records - Maestro Finalis
Balada "Sampai Syurga" Mok Chuang Yew (Audi Mok)
Ahmad Izham Omar
Faizal Tahir Faizal Tahir "Aku.Muzik.Kamu" [11] Universal Music - Monkey Bone / EMI Juara Kategori
Persembahan Terbaik
Vokal Terbaik
Balada "Bila Nak Saksi " Rustam Mustafah (Tam) Rosli Khamis (Loloq) Kumpulan Spider "Bintang 12" [12] Universal Music - Luncai Emas Finalis
Pop Rock "Aku Stacy" Intan Norul Azlin Intan Norul Azlin
Laila Ismail
Stacy "Best Of Stacy" [13] LIFE Records - Maestro Finalis
Balada "Dingin" Azlan Abu Hassan Intan Nazrahayu Mohd Nasir (Azalea) Ziana Zain "Dingin" [14] Universal Music - EMI / Zig Zag Beat Finalis
Pop Rock "Lagu Untukmu" [15] Nik Mustaza Nik Mustapha (Taja)
Tassiq Saidi Hashim (Tass)
Azlan Rosle
Nik Mustaza Nik Mustapha (Taja)
Tassiq Saidi Hashim (Tass)
Kumpulan Meet Uncle Hussain "Runut Bunyi KAMI - The Series" [16] Universal Music - EMI / AU-District Entertainment Juara
Juara Kategori
Etnik Kreatif "Persoalan Cinta " Julfekar Ahmad Shah Ku Seman Ku Hussein
Izza Rosley
Farawahida Razali "Semuanya Ada Di Sini" [17] LIFE Records - Millenium Art Juara Kategori
Pop Rock "Kalis Rindu" Aidit Alfian Ahmad Shahadrian Abdul Samad (Ad Samad) Elyana "Jadi Diriku" [18] Fantasia Music City Finalis

Interlud atau persembahan selingan yang dipersembah memaparkan artis yang pernah muncul dalam juara lagu. Persembahan dilakukan secara tiga orang penyanyi kanak-kanak yang dicungkil dari rancangan Idola Kecil, membuka lagu untuk tiga orang penyanyi asal masing-masing, diserikan penari latar. Wada membuka lagu "Gemilang" untuk Jaclyn Victor; Haqiem memulakan "Gadis Melayu" sebelum disambung oleh Jamal Abdillah; Hafiz pula berlagu "Andalusia" untuk M. Nasir; diakhiri dengan ketiga-tiga penyanyi kanak-kanak membuka lagu "Isabella" (Search) sebelum diiringi semua artis jemputan dan penari yang menyanyi bersama.

Keputusan sunting

Berikut adalah senarai pemenang lengkap dan hadiah masing-masing (mengikut urutan pengumuman):

Penyanyi (trofi dan wang tunai RM10,000 setiap satu)
  • Persembahan Terbaik: Faizal Tahir ("Sampai Syurga")
  • Vokal Terbaik: Faizal Tahir ("Sampai Syurga")
Kategori (trofi dan wang tunai RM12,000 setiap satu)
Juara Lagu (trofi dan wang tunai RM25,000)
"Lagu Untukmu" (Meet Uncle Hussain / Taja / Tass / Lan)

Seperti yang biasa dilakukan Juara-Juara Lagu sebelum ini, kumpulan Meet Uncle Hussain memikul tanggungjawab mendendangkan semula "Lagu Untukmu" selaku Juara Lagu sebagai penutup tirai malam penanugerahan.

Jemaah Juri sunting

  • Azhar Abu Bakar (Azmeer) - Ketua Juri
  • Hazami
  • Acis
  • Adibah Noor
  • Mohariz Yaakob
  • Saharuddin Mustafa
  • Dr. Wan Zawawi
  • Helen Yap

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

Kritikan sunting

AJL 23 menghadapi kritikan apabila dituduh mengamalkan sikap pilih kasih apabila tiga lagu kategori Balada dari Ayu dan Faizal Tahir, dua artis lepasan rancangan realiti One in a Million di 8TV yang dinaungi Media Prima bersama TV3, layak ke AJL sedangkan lagu Dingin oleh Ziana Zain yang dikatakan lebih bagus berbanding lagu-lagu tersebut dalam kategori yang sama gagal pula. Walaupun begitu, lagu Dingin dilayakkan di saat akhir pada malam separuh akhir kategori Pop Rock, setelah didapati "berada di tangga ke-14 terbaik di kalangan semua lagu di separuh akhir, lebih baik berbanding calon lagu Pop Rock yang lain," berasaskan keputusan pengadil.[19]

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif TV3 Dato' Amrin Awaluddin mengenai perihal ini, "Kami memang amat peka dan sensitif terhadap perkara-perkara seperti ini. Jika dikatakan pihak AJL mengamalkan kronism, lagu Shila, “Memori Tercipta” tidak berjaya pula ke peringkat akhir AJL23 walaupun ia popular. Ini kerana bagi panel juri, lagu tersebut tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.[20] Andai kami tidak telus, sudah pasti lagu itu juga melepasi senarai peserta akhir. Berdasarkan ulasan daripada juri profesional yang terbabit dalam penjurian pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik, dua lagu nyanyian Faizal selain Ayu adalah antara sentuhan yang menerima markah terbaik daripada mereka".[21]

Trivia sunting

  • Faizal Tahir merupakan artis lelaki pertama dan artis kelima selepas Amy Mastura, Siti Nurhaliza, Noraniza Idris dan Jaclyn Victor yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dengan 2 lagu dalam satu kategori. Namun ia sebenarnya merupakan penyertaan 2 buah lagu dalam satu kategori yang sama ke peringkat akhir buat kali kedua untuk Faizal, cuma bezanya tahun lalu beliau diwakili oleh penyanyi gantian (Fiq & Bob) atas masalah penggantungan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
  • Farawahida, Heliza, Aiman adalah antara finalis muda yang pertama kali beraksi dalam kategori Etnik Kreatif.
  • 4 buah band layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2008 sekali lagi memecah sejarah pembabitan band ke AJL seperti tahun sebelumnya kecuali (1998, 1999, 2000, 2005). Mereka turut terlibat secara langsung dalam penulisan lagu dan lirik.
  • Azlan Abu Hassan merupakan komposer yang paling konsisten dalam sejarah pembabitan beliau dalam sejarah AJL apabila layak ke peringkat akhir AJL buat kali ke-6 berturut-turut sejak tahun 2003. Sebelum itu Azlan pernah bertanding pada tahun 1999 dan 2001.
  • Ziana Zain merupakah artis paling senior beraksi di pentas AJL kali ini untuk kali ke-7 (AJL 1992, 1996, 1997, 1998, 1999, 2002). Ini penyertaan pertama Ziana setelah mencecah usia 40 tahun. Beliau merupakan satu satunya artis yang bertanding dalam format Kategori diperkenalkan 1992 dan terakhir 2008 dan selepas itu sistem ini dihapuskan.
  • Stacy pula merupakan artis paling muda beraksi (18 tahun).
  • Rekaan set pentas untuk AJL 23 adalah lebih kurang sama dengan rekaan set pada AJL 22, tahun lepas

Rujukan sunting

  1. ^ Norliza Mohamad Zakaria (2008-11-26). "AJL23: Dominasi penyanyi realiti". Utusan Malaysia.[pautan mati kekal]
  2. ^ "AJL23 gempak habis!". mStar. 2009-01-19. Dicapai pada 2009-01-24.
  3. ^ https://www.discogs.com/Kumpulan-Sofaz-Kepantasanku/release/16027328
  4. ^ https://music.apple.com/us/album/percubaan-pertama/863165058
  5. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2009/10/10/aiman-tampil-dengan-album-aiman?itm_source=parsely-api
  6. ^ https://www.discogs.com/Faizal-Tahir-AkuMuzikKamu/release/7646658
  7. ^ https://www.discogs.com/Estranged-Remain-Unknown/release/7308639
  8. ^ https://www.discogs.com/label/878701-EAD-Entertainment
  9. ^ https://www.facebook.com/monkeybonemy/posts/2702399183407315
  10. ^ http://carmahlms.com/MyCD%20Collection/CD%20Playlist%20Artist/Mawi/CDMS%20Mawi.htm
  11. ^ https://www.discogs.com/Faizal-Tahir-AkuMuzikKamu/release/7646658
  12. ^ https://www.discogs.com/Spider-Bintang-12/release/5652407
  13. ^ https://www.allmusic.com/album/release/best-of-stacy-koleksi-lagu-terbaik-konsert-af6-mr0002847376
  14. ^ https://www.discogs.com/Ziana-Zain-Dingin/release/8666710
  15. ^ https://www.discogs.com/Meet-Uncle-Hussain-7-Tahun-3-Bulan-90-Hari/release/6777598
  16. ^ https://www.discogs.com/Various-Kami-Original-Motion-Picture-Soundtrack/release/2625312
  17. ^ https://open.spotify.com/album/5gYxITc2iREbPeVNKWnxNU
  18. ^ https://www.discogs.com/Elyana-Jadi-Diriku/release/14281184
  19. ^ Radin Sri Ghazali (2009-01-09). "Why 'Dingin'". New Straits Times. Dicapai pada 2009-01-16.[pautan mati kekal]
  20. ^ Wahida Asrani (2009-01-07). "Debaran AJL23 bermula, bakal tampilkan tema Iluminasi Muzik". mSTAR. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-11. Dicapai pada 2009-01-16.
  21. ^ Zul Husni Abdul Hamid (2009-01-09). "Penjurian sangat sensitif". Berita Harian. Dicapai pada 2009-01-16.

Pautan luar sunting