Apresiasi merupakan album duet yang dipersembahkan oleh Siti Norsaida Tarudin dan Siti Nursairah Tarudin, atau lebih dikenali sebagai Saida dan Sairah, dua daripada adik-beradik Datuk Siti Nurhaliza, dan diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions sebagai peluang untuk mereka berdua menyerlahkan bakat masing-masing kepada orang awam. Album ini juga dilancarkan sempena ulang tahun ke-15 penglibatan Siti Nurhaliza dalam industri muzik tanahair, oleh itu pelancaran rasminya diadakan serentak dengan Majlis Meraikan Ulangtahun ke-15 Dato’ Siti Nurhaliza di Persada Seni pada 16 April 2010[1] (walaupun sudah berada di pasaran sejak Mac).

Apresiasi
Album studio oleh
Dilancarkan padaMac 2010
Dirakamkan pada2009–2010
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
BahasaBahasa Melayu Malaysia Edit the value on Wikidata
SyarikatSiti Nurhaliza Productions
Suria Records
PenerbitAidit Alfian
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Album ini hanya memuatkan enam lagu, iaitu satu lagu duet, dua lagu nyanyian Saida, dua nyanyian Sairah, dan satu lagu yang dinyanyikan oleh mereka berdua bersama Siti Nurhaliza dan dua adik-beradik lelaki, Ali dan Ayie, sebagai dedikasi kepada arwah bapa mereka, Tarudin Ismail, yang meninggal dunia pada 15 Februari 2009.[2]

Senarai runut sunting

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Tinta Bukan Luka" (Saida dan Sairah) Ad SamadAlim
2."Hero Wayang" (Sairah)
3."Sedalamnya Cinta" (Saida)
4."Akhir Cinta" (Sairah) PSNNSharon Paul
5."Dicuri Malam" (Saida)
6."Kini Dikau Jauh" (Saida, Sairah, Ayie, Ali dan Siti Nurhaliza) Ad SamadAidit Alfian


Rujukan sunting

  1. ^ Budiey Isma (16 April 2010). "Gambar Siti Nurhaliza, Sairah & Saida Lancar Album Apresiasi". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 18 April 2010.
  2. ^ Shazryn Mohd Faizal (31 Mac 2010). "Apresiasi cara Saida, Sairah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-01. Dicapai pada 19 April 2010.