Apungan magnet, ampaian magnet atau maglev ialah satu kaedah untuk mengapungkan sebuah objek tanpa apa jua sokongan kecuali medan-medan magnet. Daya elektromagnet digunakan untuk melawan tindak balas daya graviti.

Grafit pirolisis yang terapung.

Kestabilan sunting

Teori Earnshaw membuktikan dengan muktamad bahawa apungan yang stabil boleh dicapai menggunakan medan-medan elektromagnet yang pegun dan makroskopik. Daya-daya yang dikenakan ke atas sesebuah objek dalam apa jua gabungan medan graviti, elektrostatik mahupun magnetostatik akan menjadikan kedudukan objek itu tidak stabil. Namun, beberapa kebarangkalian wujud untuk menjadikan apungan boleh dijayakan, sebagai contoh, penggunaan penstabil elektronik atau bahan-bahan diamagnet.

Kaedah-kaedah sunting

Terdapat beberapa cara untuk menghasilkan apungan magnet. Kaedah utama ialah apungan elektromagnet (elektromagnetic suspension, EMS), apungan elektrodinamik (electrodynamic suspension, EDS) dan juga Inductrack.

Kekangan mekanikal sunting

Jika dua magnet dikekang secara mekanikal sepanjang satu paksi menegak (sehelai tali misalnya) dan disusun untuk menolak antara satu sama lain, ia akan membolehkan satu magnet terapung di atas yang satu lagi. Kaedah ini dipanggil apungan pseudo.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.