Aras logik dalam bidang litar digital ialah salah satu daripada sebilangan keadaan yang terhingga yang boleh dimiliki oleh sesuatu isyarat. Ia biasanya diwakili oleh perbezaan voltan antara isyarat dan bumi (atau titik rujukan lain yang biasa), walaupun terdapat juga piawai yang lain. Julat aras voltan yang mewakili setiap keadaan bergantung kepada keluarga logik yang digunakan.

Dalam logik perduaan, dua aras logiknya ialah logik tinggi dan logik rendah yang umumnya sama dengan 1 and 0 perduaan Isyarat dengan salah satu daripada dua aras itu boleh digunakan dalam logik Boolean untuk reka bentuk atau analisis litar digital.

Dalam logik tiga keadaan, sesuatu peranti output juga boleh bersifat galangan tinggi. Ini bukannya aras logik tetapi ia bererti bahawa outputnya tidak mengawal keadaan litar berkait.

Lihat juga sunting