Aras Penerbangan inggeris: flight level (FL) adalah ketinggian standard nominal pesawat, dalam beratus-ratus kaki. Ketinggian ini dikira dari unit data tunggal (datum) tekanan standard antarabangsa iaitu 1013,25 hPa (29,92 inHg), purata bagi tekanan [aras laut] . Di Malaysia , penyelarasan altimeter untuk aras penerbangan (1013 atau standard) dimulakan sewaktu pesawat terbang naik atau terbang turun apabila berada di [aras peralihan] (transition level) pada ketinggian 11,000 kaki aras laut. [1]

Aras Penerbangan tidak menunjukan ketinggian sebenar pesawat dari aras bumi atau aras laut. Walaupun tidak menunjukan aras sebenar dari aras laut. Kebaikannya ialah pesawat yang terbang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur apabila diaras FL320 (genap) dan pesawat Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu juga bertukar kepada altimeter standard aras penerbangan dan terbang di aras FL310 (ganjil). Dimana pesawat dari Kota Kinabalu altimeter dilaraskan mengikut tekanan udara di situ dan pesawat dari Kuala Lumpur dilaraskan mengikut tekanan udara di Sepang. Apabila kedua-dua pesawat mencapai aras peralihan 11,000 kaki dari aras laut maka aras penerbangan diguna pakai sebagai standard dan ianya tentu ukur yang sama untuk kedua-dua pesawat ini. Walaupun tekanan udara di Kota Kanabalu ialah 1006 hPa dan di Sepang ialah 1014 hPa. Pelarasan 1006 hPa digunakan di Kota Kinabalu hingga pesawat mencapai 11,000 kaki dan ditukar kepada tekanan standard kemudian ditukar kembali pada ketinggian terbang turun 11,000 kaki kepada 1014 hPa mengikut tekanan di Sepang jika tekanan masih sama. Begitu juga penerbangan sebaliknya.

Aras Penerbangan Standard Antarabangsa sunting

Peraturan standard mentakrifkan Arah atau Jalur Timur dan Barat :

Aras penerbangan sesuatu pesawat bergantung kepada kelulusan pengawal trafik udara dan ditentukan juga arah laluan mengikut jalur magnetik. Jika pesawat menghala ke arah barat , aras penerbangannya ditentukan dalam angka genap. Sebaliknya jika ke arah timur ianya berada pada julat ganjil. FL250 bermaksud aras penerbangan 25,000 kaki (ganjil) dan FL280 bermaksud aras penerbangan 28,000 kaki (genap).

  • Timur - jalur magnetik (Track Magnetik) 000-179 ° - ribuan yang ganjil (FL 250, 270, dan lain-lain)
  • Barat - jalur magnetik (Track Magnetik) 180-359 ° - ribuan yang genap (FL 260, 280, dan lain-lain)

Tekanan Udara Standard Antarabangsa sunting

  • 1013.25 hPa (29.92 inHg) ataupun STD


Lihat juga : sunting


Rujukan: sunting
  1. ^ "CAP 410 Manual of Flight Information Services" (PDF). UK Civil Aviation Authority. CAP410. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-11-26. Dicapai pada 27 February 2008.