Arjuna atau Arjun (अर्जुन dalam tulisan Devanagari, arjuna dalam alih aksara IAST, disebut [ɐrˈɟunɐ] dalam bahasa Sanskrit klasik) ialah seorang ahli Pandava, sekumpulan perwira dalam epik Hindu Mahābhārata. Arjuna[1], yang namanya bererti 'terang', 'bersinar', 'putih' atau 'perak' (cf. Latin argentum), ialah seorang pemanah tanpa tandingan sehingga mendapat gelaran Jishnu (tak tertumpas). Arjuna yang ketiga daripada lima Pandava bersaudara, dilahirkan oleh Kunti, isteri pertama Pandu. Arjuna dianggap sebagai jelmaan Nara, adik kepada Narayana.[2][3] Adakalanya, beliau bergelar 'Krishna keempat' dalam Mahabharata.[4] Antara peranan terpentingnya adalah sebagai sahabat akrab dan adik ipar kepada Krishna yang memperdengarkan Bhagavad Gita kepadanya sebelum perang Kurukshetra.

Patung Arjuna di Bali.

Kehidupan sunting

Arjuna ialah seorang pakar memanah dwicekat yang memainkan peranan utama dalam pertempuran antara Pandava bersaudara dan musuh mereka, iaitu putera-putera Dhritarashtra yang dikenali sebagai Kaurava. Arjuna keberatan untuk melibatkan diri dalam pertempuran kerana sedar dirinya diharapkan membunuh ramai orang musuh, termasuk sebilangan besar sanak saudara sendiri. Arjuna dipujuk oleh penunggang rata dan sahabat akrabnya, Sri Krishna, agar mengubah pendiriannya. Perbualan mereka mengenai perihal perang — keberanian, kewajipan pahlawan, lumrah kehidupan manusia dan jiwa, serta peranan dewa-dewi, menjadi asas kepada perkara Bhagavad Gita, salah satu episod terpenting dalam epik Mahābhārata. Arjuna juga memainkan peranan penting dalam membunuh musuh ketatnya, Karna, yang tanpa disedarinya seorang saudara sedarah daging yang tergolong dalam Kaurava. Arjuna juga dikenali dengan sebelas nama lain: Kaunteya, Phalguna, Jishnu, Kireeti, Shwetavaahana, Vibhatsu, Vijaya, Pārtha, Savyasaachi, Dhananjaya dan Parthiba.

Keperibadian sunting

 
Watak Arjuna dalam wayang kulit Jawa.

Arjuna, putera kepada Indra, dikatakan tegap sasa dan segak menawan; beliau berkahwin sebanyak empat kali. Arjuna juga bersikap jujur dan setia kepada sahabat handainya, antaranya pahlawan handal Satyaki dan sepupunya dan saudara iparnya, Sri Krishna. Arjuna juga peka dan bertimbang rasa, seperti yang ditunjukkan oleh kewas-wasannya terhadap perang Kurukshetra, sehingga memanggil Sri Krishna untuk menyampaikan Bhagavad Gita kepadanya. Beliaulah satu-satunya Punra Purush di Bumi. Rasa tanggungjawabnya tajam sekali; beliau pernah sekali memilih untuk dibuang negeri daripada enggan menolong seorang warga brahmin.

Rujukan sunting

  1. ^ Maharishi Mahesh Yogi on the Bhagavad-Gita, a New Translation and Commentary, Chapter 1-6. Penguin Books, 1969, p 31 (v 4)
  2. ^ Mahābhārata, Adi Parva, Section I
  3. ^ Devi Bhagawatam, fourth book, chapter XXII
  4. ^ Hiltebeitel, Alf (1990). The ritual of battle: Krishna in the Mahābhārata. Albany, N.Y: State University of New York Press. ISBN 0-7914-0249-5. p61

Pautan luar sunting