Arkeopteriks atau Archaeopteryx (/ˌɑːrkˈɒptərks/ AR-kee-OP-tər-iks) merupakan suatu genus burung awal yang beralih daripada dinosaur berbulu pelepah kepada burung moden. Nama genus berasal daripada bahasa Yunani Purba ἀρχαῖος archaíos yang bermaksud "purba" dan πτέρυξ ptéryx yang bererti "sayap". Sejak lewat abad ke-19, ia secara umumnya diterima oleh para ahli paleontologi dan direkodkan dalam karya rujukan awam sebagai burung tertua yang dikenali (ahli kumpulan Avialae).[1]Walau bagaimanapun, beberapa spesies Avialae berpotensi yang lebih tua telah dikenal pasti termasuklah Anchiornis, Xiaotingia dan Aurornis.[2]

Archaeopteryx
Julat zaman: Jura Lewat, 150.8–148.5 Ma
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
†A. lithographica
Sinonim
Kesinoniman genus
  • Griphosaurus
    Wagner, 1862 [nomen rejectum]
  • Griphornis
    Woodward, 1862 [nomen rejectum]
  • Archaeornis
    Petronievics, 1917
  • Jurapteryx
    Howgate, 1984
  • Wellnhoferia?
    Elżanowski, 2001
Kesinoniman spesies
  • Pterodactylus crassipes
    Meyer, 1857 [nomen rejectum]
  • Rhamphorhynchus crassipes
    (Meyer, 1857) [nomen rejectum]
  • Scaphognathus crassipes
    (Meyer, 1857) [nomen rejectum]
  • Archaeopteryx crassipes
    (Meyer, 1857) [nomen rejectum]
  • Griphosaurus problematicus
    Wagner, 1862 [nomen rejectum]
  • Griphornis longicaudatus
    Woodward, 1862 [nomen rejectum]
  • Griphosaurus longicaudatus
    (Woodward, 1862) [nomen rejectum]
  • Archaeopteryx macrura
    Owen, 1862 [nomen rejectum]
  • Archaeopteryx siemensii?
    (Dames, 1897)
  • Archaeornis siemensii
    (Dames, 1897)
  • Archaeopteryx owenii
    Petronievics, 1917 [nomen rejectum]
  • Archaeopteryx recurva
    Howgate, 1984
  • Jurapteryx recurva
    (Howgate, 1984)
  • Archaeopteryx bavarica
    Wellnhofer, 1993
  • Wellnhoferia grandis?
    Elżanowski, 2001

Arkeopteriks hidup ketika zaman Jura Lewat, sekitar 150 juta tahun dahulu di kawasan yang dikenali sebagai selatan Jerman pada masa kini. Pada zaman itu, benua Eropah adalah sebuah kepulauan yang berada di laut tropika yang tohor dengan kedudukan yang lebih hampir dengan khatulistiwa berbanding sekarang. Mempunyai bentuk yang serupa dengan burung Murai Eurasia, dengan saiz terbesar mungkin mencapai saiz raven,[3] Arkeopteriks boleh membesar sehingga kira-kira 0.5 meter (1.6 ka) panjang. Walaupun saiznya kecil, sayap yang lebar dan berkeupayaan untuk terbang dan meluncur, Arkeopteriks mempunyai lebih banyak persamaan dengan dinosaur zaman Mesozoik kecil yang lain berbanding dengan burung moden. Secara khusus, ia berkongsi ciri-ciri dengan deinonychosaur (dromaeosaur dan troodontid) seperti rahang dengan gigi yang tajam, tiga jari dengan cakar, ekor bertulang yang panjang, jari kaki kedua yang boleh diperluaskan ("cakar membunuh"), bulu pelepah (yang juga mencadangkan homeoterma) serta pelbagai ciri rangka.[4][5]

Rujukan sunting

  1. ^ Xing Xu, Hailu You, Kai Du and Fenglu Han (28 Julai 2011). "AnArchaeopteryx-like theropod from China and the origin of Avialae". Nature. 475 (7357): 465–470. doi:10.1038/nature10288. PMID 21796204.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ doi:10.1038/nature12168
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Erickson_etal_2009 tidak disediakan
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Yalden_1 tidak disediakan
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan UCal_Chiappe tidak disediakan

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Erickson etal 2009" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Yalden 1" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "UCal Chiappe" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Bacaan lanjut sunting

  • G. R. de Beer (1954). Archaeopteryx lithographica: a study based upon the British Museum specimen. Trustees of the British Museum, London.
  • P. Chambers (2002). Bones of Contention: The Fossil that Shook Science. John Murray, London. ISBN 0-7195-6059-4.
  • A. Feduccia (1996). The Origin and Evolution of Birds. Yale University Press, New Haven. ISBN 0-300-06460-8.
  • Heilmann, G. (1926). The Origin of Birds. Witherby, London.
  • T. H. Huxley. (1871). Manual of the anatomy of vertebrate animals. London.
  • H. von Meyer (1861). Archaeopteryx litographica (Vogel-Feder) und Pterodactylus von Solenhofen. Neues Jahrbuch für Mineralogie, Geognosie, Geologie und Petrefakten-Kunde. 1861: 678–679, plate V. [Article in German]. Full text, Google Books.
  • P. Shipman (1998). Taking Wing: Archaeopteryx and the Evolution of Bird Flight. Weidenfeld & Nicolson, London. ISBN 0-297-84156-4.
  • P. Wellnhofer (2008). Archaeopteryx — Der Urvogel von Solnhofen (in German). Verlag Friedrich Pfeil, Munich. ISBN 978-3-89937-076-8.

Pautan luar sunting