Tun (Dr.) Haji Arshad bin Ayub (15 November 1928 – 14 Jun 2022) ialah seorang ahli akademik dan pendidik Malaysia. Beliau merupakan mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya dan Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM). Di luar bidang pendidikan, Arshad berpengalaman luas dalam pentadbiran awam di negara ini dengan memegang jawatan-jawatan penting dalam pelbagai jabatan kerajaan mahupun kementerian, termasuk sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia pada 9 Mac 1975 hingga 1977.

Yang Amat Berbahagia Tun (Dr.) Haji

Arshad Ayub

SSM, PSM; SPMS (Selangor); SPSK (Kelantan); SUNS (NS); PNBS (Sarawak); DPMJ (Johor); DSAP (Pahang); PGDK (Sabah); DPMT (Terengganu); DPMP (Perak); DSLJ (Brunei); JMN; PBE (Sarawak); Dip. in Agric, College of Agriculture (Malaya); B.Sc. (Hon), Wales; Dip. Bus. Admin (IMEDE), Laussane, Switzerland; LL.D(Hon) (Ohio); D.Ed (Hon) (USM); LLD(Hon) (Wales); D.Litt (UPM); Hon. Doktor Pengurusan Perniagaan (UiTM); Fellow (INTAN); Fellow U.C.W (Aberystwyth); Tokoh Ilmuan Pengurusan (KUSZA)
Pro Canselor
Universiti Teknologi MARA
Dalam jawatan
31 Mac 2000 – 14 Jun 2022
Berkhidmat dengan
Ahmadshah Abdullah
Abdul Rahman Arshad*
*(meninggal dunia ketika berkhidmat)
Sallehuddin Mohamed
Safri Awang Zaidell
Zarinah Anwar
Butiran peribadi
Lahir(1928-11-15)15 November 1928
Muar, Johor, Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia14 Jun 2022(2022-06-14) (umur 93)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianMakam Diraja Shah Alam
PasanganToh Puan Zaleha Mohd Arshad
Alma materUniversity College of Wales, Aberystwyth

Pendidikan dan kerjaya sunting

Tun Arshad memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Parit Keroma, Muar, Johor sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Kerajaan juga di Muar, Johor. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Singapura (1949-1951), Kolej Pertanian Serdang, Selangor (1951-1954) dan University College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom (1954-1958).

Kerjaya beliau bermula seawal tahun 1951 apabila beliau bertugas di Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA). Beliau banyak terlibat dalam perancangan agenda pembangunan negara khususnya pada era selepas kemerdekaan negara dan agenda pembangunan inilah juga yang menjadi teras pentadbiran Tun Abdul Razak.

Perkhidmatan sunting

Pengarah ITM/UiTM sunting

Beliau menjadi Pengarah Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1966. Beliau telah mewujudkan suatu institusi pengajian tinggi yang ulung kerana pelajar-pelajarnya terdiri daripada mereka yang institusi lain tidak mahu ambil kerana lemah keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ketika itu, pelajar ITM tiada tempat tinggal, bilik kuliah di Jalan Othman, Petaling Jaya yang terhad dan ketidakinginan Jabatan Perkhidmatan Awam mengiktiraf diploma-diploma keluaran ITM. Arshad meletakkan mahasiswa ITM di merata tempat sekeliling Petaling Jaya dan Jalan Klang Lama, di Petaling Jaya di Seksyen 14, Seksyen 17, dan di Jalan Klang Lama.

Ketika itu mahasiswa menerima elaun RM15.00 sebulan dan kebanyakan pelajar yang tinggal di Jalan Klang Lama. Konsep pelajar tinggal di luar kawasan kampus inilah yang telah banyak ditiru oleh lain-lain institusi pengajian tinggi.

Arshad dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab dalam pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM), sebuah universiti yang ditubuhkan bagi memberikan peluang pendidikan tinggi yang lebih baik kepada golongan Melayu dan bumiputera. Sumbangan, peranan dan perjuangannya membangunkan pendidikan profesional dalam kalangan anak Melayu dan menjadikan mereka Bumiputera yang mampu memajukan potensi diri. Beliaulah yang menjadi arkitek penubuhan UiTM yang menjadi gedung modal insan pribumi yang teragung di Malaysia. Beliau merupakan pengarah pertama universiti tersebut dari tahun 1967 hingga 1975 yang pada waktu itu dikenali sebagai Institut Teknologi MARA.[1]

Menteri Pelajaran ketika, Mahathir Mohamad meluluskan perpindahan beliau ke Bank Negara Malaysia. Tindakan ini dibantah oleh Kesatuan Mahasiswa Institut Teknologi MARA (KSITM) kerana bimbang merencatkan pembangunan ITM. Akta Universiti dan Kolej Universiti digubal pada 1975 bagi mengekang kegiatan demonstrasi dalam kalangan mahasiswa. Antara pelajar ITM yang aktif dalam demonstrasi ketika itu ialah Datuk Ibrahim Ali. Beberapa orang kakitangan dan pelajar menjadi tahanan polis dan Unit Simpanan Khas (FRU) keluar masuk kampus ITM.[2][3]

Timbalan Gabenor Bank Negara dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian sunting

Di Bank Negara, Tun Arshad bekerja di bawah Tun Ismail Mohd Ali, suatu institusi terkenal selaku Gabenor Bank Negara yang lama berkhidmat di Komanwel.

Selepas itu, beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian.

Persaraan sunting

Walaupun usia beliau telah menjangkau usia melebihi 90 tahun, Tun Arshad masih berkecimpung dalam perniagaan dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah untuk beberapa syarikat awam dan badan-badan berkanun seperti Perbadanan Johor sehinggalah beliau meninggal dunia.

Kematian sunting

Beliau telah dimasukkan ke unit kawalan rapi di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya pada 7 Jun 2022 akibat masalah kesihatan dan doktor menyatakan keadaan kesihatan beliau adalah "separuh-separuh" sama ada akan bertambah baik keadaannya pada ketika itu.[4] Tun Arshad Ayub meninggal dunia pada 14 Jun 2022 pada usia 93 tahun dan jenazahnya disemadikan di Makam Diraja Shah Alam, Selangor.

Dalam budaya masyhur sunting

Arshad dilakonkan oleh Fizz Fairuz dalam filem 2013, Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba.

Sultan Selangor telah menitahkan agar Persiaran Tun Arshad Ayub menjadi nama jalan baharu menggantikan Persiaran Institut yang menghubungkan kampus induk UiTM di Shah Alam, Selangor sempena menghargai jasa beliau sebagai Pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini merupakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).[5]

Anugerah sunting

Pada 20 Julai 2012, beliau dianugerahkan Bintang Pribumi Perkasa Negara dan dinobatkan sebagai "Bapa Modal Insan Pribumi Negara" oleh pertubuhan pro-Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa. Sepanjang kerjaya dalam perkhidmatan awam Malaysia, beliau telah dikurniakan dengan pelbagai anugerah, antaranya:[6]

Malaysia sunting

Brunei sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Ibrahim Ali: Arshad Ayub dianugerahkan 'Bapa Modal Insan Pribumi Negara". sinarharian.com.my. Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-30. Dicapai pada 30 Julai 2012.
  2. ^ Gerakan Mahasiswa UiTM , AUKU dan Dr. Mahathir (1)
  3. ^ "Penghargaan kepada Arshad Ayub". utusan.com.my. Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-13. Dicapai pada 3 Jun 2011.
  4. ^ Ayub dimasukkan ke ICU
  5. ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/sultan-selangor-titah-tukar-nama-jalan-persiaran-tun-arshad-ayub/
  6. ^ Senarai Pro Canselor UiTM