Aset berwajaran risiko

Aset berwajaran risiko (“Risk-weighted asset”) merupakan aset bank atau dedahan luar kunci kira-kira, berwajaran menurut risiko.[1]. Pengiraan aset jenis ini digunakan bagi menentukan keperluan modal atau Nisbah Kecukupan Modal (Capital Adequacy Ratio-CAR) bagi institusi kewangan. Dalam permuafakatan Basel I yang diterbitkan oleh Jawatankuasa Basel bagi Penyeliaan Bank (Basel Committee on Banking Supervision), Jawatankuasa menjelaskan mengapa menggunakan pendekatan berwajaran risiko merupakan methodology yang diingini yang Bank perlu terima pakai bagi pengiraan keperluan modal [2].

  • ia memberikan pendekatan lebih mudah bagi membandingkan bank merentasi grografi yang berbeza
  • dedahan luar kunci kira-kira dapat dimasukkan dengan mudah dalam pengiraan kecukupan modal *bank tidak dihindari dari membawa aset cair berisiko rendah dalam kunci kira-kira mereka

Biasanya, kelas aset berlainan memiliki wajar risiko yang berbeza yang dikaitkan dengannya. Pengiraan wajar risiko bergantung samaada bank telah menggunakan pendekatan Pendekatan piwaian atau Pendekatan Berdasarkan Rating Dalaman (Internal Ratings-Based Approach-IRB) di bawah rangka kerja Basel II framework[3].

Sesetengah aset, seperti debentur, dikenakan risiko lebih tinggi berbanding yang lain, seperti tunai atau sekuriti kerajaan /Bon. Oleh kerana jenis aset berbeza memiliko profil risiko yang berbeza, aset berwajaran berdasarkan tahap risiko berkait dengannya terutamanya disesuaikan bagi aset yang kurang risiko dengan membenarkan bank membuat potongan aset risiko rendah. Bagi penggunaan paling asas, hutang kerajaan dibenarkan "risiko berwajaran" 0% [4] - iaitu, ia dikeluarkan dari aset keseluruhan bagi ujuan pengiraan CAR.

Dokumen yang ditulis pada tahun 1988 oleh Jawatankuasa Basel bagi Penyeliaan Bank yang mencadangkan piwaian dan peraturan tertentu bagi bank. Ini dikenali sebagai Basel I, dan Jawatankuasa kemudiannya mengeluarkan rangka kerja disemak yang dikenali sebagai Basel II. Lebih terkini, Jawatankuasa Basel telah mengeluarkan satu lagi rangka kerja yang disemak yang dikenali sebagai Basel III[5]. Cadangan utama dokumen ini adalah bank sepatutnya memiliki modal yang mencukupi bagi menyamai sekurang-kurangnya 8% dari aset berwajaran risiko mereka [6]. Pengiraan bagi jumlah aset berwajaran risiko bergantung pada semakan Permuafakatan Basel yang mana dipatuhi oleh diikuti oleh institusi kewangan tersebut. Kebanyakan Negara telah melaksanakan sesetengah versi peraturan ini[7].

Contoh sunting

Bagi contoh bagaimana aset berwajaran risiko dikira dan hasilan bagi kadar keperluan modal, lihat [8]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Moneyterms:Risk Weighted Assets
  2. ^ BCBS:Basel I Accord
  3. ^ "Question 4:Basel II questions and answers". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-14. Dicapai pada 2012-06-06.
  4. ^ Investopedia:Basel I
  5. ^ Basel III:International Regulatory framework for banks
  6. ^ "Basel II - a guide to capital adequacy standards for lenders". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-23. Dicapai pada 2012-06-06.
  7. ^ Progress on Basel II implementation
  8. ^ Reserve Bank of New Zealand:Capital adequacy ratios for banks