Auns (singkatan: oz) ialah nama untuk unit jisim dalam sebilangan sistem yang berbeza, termasuk berbagai-bagai sistem jisim yang merupakan sebahagian sistem unit Inggeris, unit imperial, dan unit kebiasaan Amerika Syarikat. Saiznya berbeza-beza dari satu sistem ke sistem yang lain. Auns yang paling biasa digunakan pada hari ini ialah auns avoirdupois antarabangsa dan auns troy antarabangsa.

Singkatan "oz" berasal daripada perkataan Itali kuno, "onza" (kini dieja oncia) yang membawa pengertian auns.

Perbezaan antara jisim dan berat (atau daya) dan perkembangannya dibincangkan dalam rencana Berat.


Auns avoirdupois antarabangsa sunting

Auns avoirdupois adalah sama dengan 437.5 grain. Terdapat 16 auns avoirdupois dalam satu paun avoirdupois. Pada tahun 1958, Amerika Syarikat dan negara-negara Komanwel mentakrifkan jisim paun avoirdupois antarabangsa sebagai 0.453 592 37 kilogram. Oleh itu, auns antarabangsa kini ditakrifkan sebagai sama dengan kira-kira 28.349 523 gram.

Auns biasanya digunakan sebagai unit jisim di Amerika Syarikat. Sedangkan unit imperial telah dibatalkan secara rasmi di United Kingdom, namun auns masih merupakan satu unit yang biasa, khususnya di kalangan orang-orang yang lebih tua.

Auns troy antarabangsa sunting

Satu auns troy (singkatan: t oz) adalah tepat sama dengan 480 grain. Terdapat 12 auns troy dalam satu paun. Oleh itu, satu auns troy antarabangsa adalah sama dengan kira-kira 31.103 476 gram.

Pada hari ini, auns troy hanya digunakan untuk menyatakan jisim logam berharga seperti emas, platinum, atau perak.

Bagi ukuran sejarah emas:

  • satu auns halus (bahasa Inggeris: fine ounce) ialah satu auns troy 99.5% ("995") emas tulen
  • satu auns piawai (bahasa Inggeris: standard ounce) ialah satu auns troy emas 22 karat, 91.66% tulen (11 "auns halus" tambah satu auns bahan aloi).

Auns-auns yang lain sunting

Secara sejarah di berbagai-bagai tempat di dunia pada waktu-waktu yang berbeza dan untuk kegunaan-kegunaan yang berlainan, auns (atau terjemahannya) merujuk kepada piawai jisim (atau berat, sebelum berat dan jisim dibezakan) yang agak sama tetapi berbeza. Sebilangan daripada auns-auns yang lain dihuraikan di bawah.

Uncia atau auns Rom sunting

Uncia Rom atau auns Rom ialah unit jisim yang kuno. Satu unit jisim digunakan untuk unit kewangan, manakala lagi satu unit jisim digunakan untuk perdagangan. Unit jisim yang digunakan untuk perdagangan adalah setara dengan lebih kurang 27.3 gram. Nama unit perdagangan membawa pengertian satu perdua belas dan oleh itu, terdapat 12 uncia dalam satu libra Rom (unit jisim yang digunakan untuk perdagangan), dan 12 uncia dalam satu Roman (unit jisim yang digunakan sebagai unit kewangan). [1]

Auns apotekari sunting

Auns apotekari yang ditakrifkan oleh sistem jisim apotekari (kini usang) adalah tepat sama saiznya dengan auns troy, dan simbolnya ialah (Templat:U+2125).

Auns Maria Theresa sunting

"Auns Maria Theresa" yang sama dengan 31.1025 gram pernah diperkenalkan di Ethiopia dan sebilangan negara-negara Eropah yang lain.

Aus metrik sunting

Sesetengah negara telah mentakrifkan semula auns masing-masing untuk menyesuaikannya dengan sistem metrik.

Belanda mentakrifkan semula paunnya (bahasa Belanda: ons) sebagai 100 gram. Ini telah diterima bersama-sama sistem metrik dan masih digunakan secara tidak rasmi.

Asia Timur memiliki satu auns tradisional yang dikenali sebagai tahil (bahasa Inggeris: tael) dan yang mempunyai nilai yang berbeza-beza. Di China, tael telah diberikan nilai metrik sebanyak 50 gram.

Rujukan sunting

  1. ^ Sizes, Inc. (2001-10-11). ""Unit jisim Rom yang lebih kecil"". Dicapai pada 2006-08-13.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting